Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

HUGGIES DRY PANTS CIPTA REKOD MBOR

Huggies® Dry Pants telah cuba mencipta rekod menukar lampin seluar terbanyak Malaysia Book of Records. Lebih daripada 2,100 ibu dan anak telah menyertai percubaan bersejarah ini termasuklah para selebriti seperti Amber Chia (dengan anaknya Ashton), Belinda Chee (dengan anaknya Danielle), Daphne Iking (dengan anaknya Iman), Faezah Elai (dengan anaknya Dealova) and Kartini Ariffin (dengan anaknya Kaseh). Semua peserta telah menerima pek Huggies® Dry Pants baharu dalam beg goodie bernilai RM150 dan sijil penghargaan istimewa, serta foto bayi mereka akan dipamerkan pada Wall of Fame Huggies® Dry Pants yang akan disiarkan kepada orang ramai!
Para peserta juga berpeluang membantu mereka yang kurang bernasib baik: Bagi setiap lampin yang telah ditukar semasa cubaan untuk mencipta rekod ini, Huggies® akan menyumbangkan satu pek lampin kepada bayi yang kurang bernasib baik dengan kerjasama organisasi tanpa keuntungan, OrphanCARE yang berpegang kepada prinsip bahawa 'setiap kanak-kanak memerlukan keluarga'.
Ibu-ibu dapat mencuba Huggies® Dry Pants baharu dengan meminta sampel percuma di laman Facebook Huggies® Malaysia kerana Huggies® Dry Pants menemui ibu-ibu di mana sahaja melalui program percubaan seluruh negara bermula 1 Ogos hingga 15 Oktober 2013. Pengguna juga boleh mengambil bahagian dalam Peraduan Pengguna Kebangsaan Huggies® Dry Pants dan berpeluang memenangi Hadiah Utama bernilai RM1 juta serta banyak lagi hadiah lain!
Huggies® Dry Pants yang diperbaharui boleh didapati pada harga RM33.00 (Super Jumbo Pack). Ketahui lebih lagi mengenai Huggies® Dry Pants di www.huggies.com.my dan ‘suka’ laman Facebook Huggies® Malaysia untuk menerima berita terkini, peringatan dan juga tip dan nasihat berguna tentang penjagaan bayi!
Faezah Ilai, Daphe Iking, Kartini dan Belinda (kiri bawah) bersama anak masing-masing.
AMBER CHIA bersama anaknya turut sertai.




Tiada ulasan: