Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SHAH RUKH KHAN, MADHURI DIXIT & YO YO HONEY SINGH DI KL 11 OKTOBER

PENGANJUR bersama Konsert Tempataion Reloaded... 2spicy Entertainment dan Hitman Solutions......
Mendengar sahaja Konsert Tempatan Reloaded yang akan menampilkan diva Bollywood yang tidak asing lagi Datuk Shah Rukh Khan serta Madhuri Dixit mahu pun Yo Yo Honey Singh,, sudah pasti ia boleh disimpulkan sebagai konsert terhebat sepanjang tahun ini.

Mahunya tidak, kehadiran Shah Rukh Khan sentiasa dinanti-nantikan malah bagi mereka yang belum pernah melihat aksi 'Raja Bollywood ini di pentas tentu sekali konsert "Temptation Reloaded' akan dinanti-nantikan pada 11 Oktober depan.

Mengumumkan demikian di majlis sidang media di Menara KL baru-baru ini, pihak penganjurnya memberitahu 'Temptation Reloaded' merupakan kesinambungan kepada konsert jelajah dunia  'Temptation' yang bermula pada tahun 2004 di mana ia telah dianjurkan di lebih 45 buah negara seluruh dunia seperti antaranya di UK, USA dan Canada mahu pun di Muscat, Oman dan Jakarta, Indonesia.

Edisi kedua konsert yang dinamakan "Temptation Reloaded' bakal menyaksikan Shah Rukh Khan dengan bintang-bintang Bollywood terkenal seperti pasangannya dalam filem, Madhuri Dixit, Yo Yo Honey Singh dan mungkin beberapa lagi personaliti Bollywood ternama dijangka hadir.

Pada konsert-konsert terdahulu, Shah Rukh Khan telah menampilkan Preety Zinta, Rani Mukherjee, Kareena Kapoor, Saif Ali Khan, Bipasha Basu, Priyanka Chopra dan ramai lagi.

Dan sekiranya di Muscat, Shah Rukh Khan muncul ke pentas melalui kren manakala di Jakarta beliau menunggang motosikal,,,agaknya bagaimana pula kejutan yang bakal disaksikan penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Oktober kelak.

Bagi peminat yang terlalu meminati Shah Rukh Khan barangkali berpeluang mendekatinya apabila memperoleh tiket berharga paling tinggi iaitu Berlian dengan harga RM1,999.

Tiket-tiket yang sudah mula dijual dan mendapat sambutan hangat turut diletak pada harga paling rendah iaitu RM99 diikuti RM149, RM179, RM249, RM499 dan RM999.

Lihat carta kedudukan harga tiket seperti di bawah ini:

Pilihlah harga yang anda mampu kerana yang pasti semua penonton akan menyaksikan satu persembahan yang tentu sekali hebat apatah lagi dengan kehadiran bersama Madhuri Dixit yang terkenal dengan tarian lincahnya dalam filem 'Dil To Pagal Hai".
Anda boleh saksikan sendiri kedudukan tiket-tiket melalui warnanya (lihat sebelah) malah tiket boleh diperoleh juga secara online melalui www.vip.my atau terus ke Rock Corner outlets.
SHAH RUKH KHAN & Madhuri Dizit ,,, pasangan ideal dalam 'Dil To Pagal Hai'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan