Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

CABARAN FUTSAL NEON DASHING KEMBALI

REMY ISHAK (dua dari kiri) dan Henry Golding (dua dari kanan) sebagai selebriti Dashing dapat dua lagi rakan baru pemain bola sepak kebangsaan Afiq Azmi (kiri) dan Bunyamin.

Pertandingan futsal neon pertama di Malaysia kembali untuk musim yang kedua bagi mencari juara neon futsal Malaysia yang baru. Diperkenalkan kepada para penggemar sukan ini  pada tahun 2012, Cabaran Dashing musim pertama telah berjaya mengrekrut lebih daripada 92 pasukan seluruh Malaysia dan mencungkil bakat empat pasukan daripada empat bandar utama dan meraikan Juara Brabus UTD pasukan neon futsal daripada Pulau Pinang.
Dianjurkan oleh Dashing For Men, jenama produk penjagaan diri lelaki terulung tempatan yang diyakini di Malaysia, musim kedua Cabaran Dashing menawarkan hadiah  bagi juara keseluruhan yang bernilai RM10,000 dan peluang untuk melawat secara esklusif studio pengambaran Astro Sports HD.
“Sebagai sebuah jenama yang menjadi kunci keyakinan setiap jejaka moden, kami memahami mereka lebih dari batasan jenama dan pengguna, kami adalah teman setia jejaka kini yang arif mengenai keperluan gaya dan obsesi jiwa maskulin mereka. Cabaran Dashing adalah ruang untuk mereka meraikan keyakinan maskulin bersama rakan-rakan dan sentiasa mencabar diri untuk menjadi individu yang lebih menyerlah. Uji keyakinan dan kehebatan anda untuk menjaringkan gol hanya diterangi cahaya Neon, adakah anda bersedia menyahut Cabaran Dashing 2?Puan Christina Yong, Pengurus Besar Kanan (Pemasaran) Wipro Unza (M) Sdn Bhd berkongsi mengenai Cabaran Dashing 2.
Cabaran Dashing 2 diraikan dengan gema komposisi muzik eletronik dan nuansa neon bagi para media merasai pengalaman futsal neon ini. Turut hadir bersama adalah Duta Dashing For Men, pelakon & selebriti tempatan Remy Ishak dan selebriti terkenal Henry Golding. Kedua-dua selebriti ini tidak asing lagi dengan personaliti penuh karisma dan obsesi mereka kepada aktiviti lasak.  “Secara ringkas, Dashing adalah sebahagian daripada jiwa lasak setiap lelaki. Kami mahukan ruang dan cabaran yang menyeronokkan untuk berkongsi minat kami bersama para teman. Cabaran Dashing 2 adalah gelanggang pertemuannya” jelas  Remy Ishak dan Henry Golding.
Bagi musim ke-2 kejohanan, Dashing for Men turut memperkenalkan dua personaliti bola sepak tempatan yang bakal bersama-sama menerajui dalam misi mencari juara neon futsal yang baru. Teraju pasukan bola sepak Selangor Darul Ehsan, penyerang Afiq Azmi dan personaliti benteng pertahanan pasukan tersebut Bunyamin Omar tampil dengan jersi Cabaran Dashing mereka bernombor 11 dan 12. 
“Kami melihat Cabaran Dashing 2 sebagai  landasan positif untuk membentuk personaliti dan minda yang positif serta fizikal yang sihat”. Jelas mereka berdua.
“Sebagai pemain bola sepak, pengalaman bermain hanya diterangi lampu neon adalah sesuatu yang menarik dan baru buat kami, ia pasti menyeronokkan dan mencabar. kami ingin anda, peminat sukan ini untuk merasai pengalaman ini” tambah mereka lagi.
Menurut Encik Kumar, kehadiran dua bintang bola sepak ini menunjukkan komitmen Dashing dalam menjadikan Cabaran Dashing 2 sebuah acara sukan tahunan yang dinantikan oleh semua penggemar sukan ini. Beliau berpendapat Afiq Azmi dan Bunyamin Umar adalah wajah generasi kini, yang berkredibil, bersungguh dan keterampilan bersahaja mereka dikagumi itu selari dengan imej jenama Dashing yang bertenaga dan sentiasa segar bagi generasi moden.
Momentum Kehangatan Cabaran Dashing 2 terus menguji ketangkasan ardernalin anda bermula dari sesi pemilihan yang bermula pada Oktober ini dan, separuh akhir dan pertandingan akhir yang akan berlangsung pada Disember 2013 ini. Sebuah Klinik futsal juga bakal dianjurkan dan menampilkan personaliti bola sepak tempatan hebat ini untuk anda menajamkan lagi teknik beraksi digelanggang dan memupuk minat terhadap sukan ini.
Cabaran Dashing 2 dikuasakan oleh inovasi produk terbaru Dashing For Men.  Pembersih muka & mandian badan 2 dalam 1 Dashing For Men Clear Matte & Hydra Energy adalah untuk setiap jejaka moden kini. Diperkaya dengan formulasi dwi fungsi Multi Minerals seperti (Zink, Magnesium dan tembaga) di dalam Dashing For Men Clear Matte merupakan ejen antioksida yang mampu membersih terus kedalam sel kulit membuatkan setiap sesi mandian  adalah sesi detokfikasi menyegarkan dan menguatkan struktur kulit  agar tampil yakin dan segar.  Dashing For Men Hydra Energy diperkaya dengan formulasi dwi fungsi dengan tindakan pencerahan tiga kali ganda gen aktif pencerahan kulit (Azelaic Acid, Vitamin B3 dan Vitamin C) membuatkan tona kulit lebih sekata,cerah dan bermaya. Produk evolusi penampilan jejaka moden hadir dalam gaya futuristik 250ml (RM10.90) dan 500ml (RM18.90).
Inovasi produk terbaru Dashing For Men ini memperlihatkan kepekaan Dashing memahami kehendak keperluan penampilan golongan moden kini. Gaya hidup sibuk dan aktif mereka membuatkan mereka memerlukan sebuah produk yang memberikan manfaat berganda buat kulit wajah dan badan.
“Produk Pembersih wajah dan mandian 2 dalam 1 Clear Matte & Hydra Energy Dashing For Men merupakan satu-satunya  pelopor produk pembersih 2 dalam 1 yang berfomulasi khusus untuk kulit muka dan badan. Ada golongan yang membersihkan wajah menggunakan sabun  atau gel mandian. Ini sebenarnya membahayakan kesihatan kulit anda”,  jelas Encik Rishi Pashwa, Pengurus Pemasaran Wipro Unza (M) Sdn Bhd.
“Lelaki mahukan sesuatu yang ringkas,tidak merumitkan dan berkesan, produk ini amat sesuai untuk semua pengguna diluar sana. Jadikan ia sebahagian daripada rejim yakin dan segar selepas bersukan atau menguji stamina di gymnasium”, tambah beliau lagi.
“Produk Pembersih muka & mandian badan 2 dalam 1 Dashing For Men ini amat bersesuaian dengan gaya hidup sibuk dan lasak kami sebagai atlet. Daripada sesi latihan yang padat ke setiap sesi perlawanan, formulasi produk ini memberikan kami kesegaran dan keyakinan berpanjangan. Tidak perlu membawa dua set produk, satu sahaja sudah cukup” Jelas Bunyamin dan Afiq.
Adakah anda Penyerang Neon yang kami cari? Keluar dari zon selesa anda dan mara bersama Cabaran Dashing 2. Pastikan pasukan anda berada didalam kelompok hebat ini dengan pembelian produk Dashing For Men dan Elite berjumlah RM 140.00 (setiap kumpulan). Dapatkan borang penyertaan anda secara online di cabarandashing.com.my serta pasaraya dan pusat futsal terpilih atau di program jelajah Krew Cabaran Dashing dilokasi pilihan. cabarandashing.com.my untuk maklumat lanjut mengenai Cabaran Dashing 2.

Tiada ulasan: