Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ROSYAM NOR SASAR 1 JUTA SAHABAT MELALUI LAMAN KOMUNITI 'SAHABAT'

Penerbit Suhan Movies, Rosyam Nor serta Raqim dari Astro dengan barisan artis Sahabat.
Kisah golongan muda serta penggunaan aktif pelbagai alat komunikasi seperti telefon bimbit, ipad, tab dan sebagainya memberikan ilham kepada penerbit Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.,  yang tidak asing lagi, Rosyam Nor untuk menerbitkan sebuah cerita yang berlingkar pada erti persahabatan.

Lahirnya drama bersiri 36 episod 'Sahabat' berkisar pada persahabatan tujuh remaja yang baru selesai peperiksaan SPM lantas mahu mengejar impian, cinta dan cita-cita mereka yang dibarisi pelakon muda seperti Lyana Jasmay (Haneez), Izzue Islam (Toi), Syukri Yahaya (Bakri), Iezah Diyana (Alia), Sara Ali (Azie), Aedy Ashraf (Aliff)  dan penampilan pertama anggota kumpulan Sleeq iaitu Sharif sebagai Shaq.

Bermula dengan persahabatan di antara empat remaja iaitu Bakri, Alif, Azie dan Alia yang merupakan rakan karib. Pelbagai kisah berlaku apabila kemunculan  Haneez, Toi dan Shaq  tmenimbulkan sedikit pergolakan dalam persahabatan yang telah lama terjalin di antara mereka. Mulai itulah segala impian, cita-cita dan perasaan cinta remaja mula berputik di kalangan mereka apatah lagi dalam diam, Alia yang sebenarnya menaruh hati pada Bakri terpaksa bersaing dengan Haneez untuk mengejar cinta Bakri.

Telah mula bersiaran pada 16 September lalu menerusi saluran 104, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 5.30 petang, 'Sahabat' akan berterusan sebanyak 36 episod dan pastinya anda harus terus mengikutinya hingga tamat untuk mengetahui bagaimana kah pengakhiran persahabatan mereka ini.

Sementara itu, Rosyam memberitahu, dengan penerbitan ini pihaknya turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik menerusi laman komuniti interaktif di www.mysahabat,com.

Kata Rosyam melalui laman ini para penonton boleh berinteraksi dengan penonton lain di samping menikmati pelbagai perkhidmatan interaktif yang ditawarkan seperti menghantarkan dedikasi muzik video khas, berkongsi gambar di 'Dinding Sahabat' serta menonton 'episod tambahan' serta rakaman istimewa yang tidak pernah disiarkan di televisyen.

Selain itu, para penonton juga berpeluang untuk mendapatkan barangan eksklusif seperti yang boleh dilihat dalam drama 'Sahabat' melalui laman komuniti interaktif ini.

"Saya sasarkan untuk mengumpul 1 juta sahabat melalui laman komuniti ini, ' harapan Rosyam.

Turut hadir di prebiu drama episod pertama 'Sahabat' yang berlangsung di GSC Signature, The Gardens, Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad,




Tiada ulasan: