Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

I-PMART: KAD GAYA HIDUP SEMUA DALAM SATU


i-Pmart Lifestyle Sdn Bhd, sebuah syarikat promosi gaya hidup dan acara, serta sebahagian daripada Kumpulan Syarikat i-Pmart, telah melancarkan i-Pmart Lifestyle Link, sebuah kad gaya hidup semua-dalam-satu yang menawarkan bayaran Touch ’n Go, perlindungan insurans, pendapatan hospital, diskaun, penebusan, dan pelbagai faedah lain.  

Majlis pelancaran turut dihadiri  Gabriella Robinson, Ratu Pelancongan Antarabangsa 2012; Kim Low, Ratu Pelancongan Antarabangsa Malaysia 2012; Josiah Glenn Mizumaki, model, hos televisyen dan Duta Fesyen untuk Kronenbourg 1664; dan Isaac Ong, Top New Model Malaysia 2007 dan pelakon utama The Hunter 3D,  wayang gambar 3D pertama di Asia Tenggara.

Sempena pelancaran tersebut, i-Pmart Lifestyle turut menyumbangkan cek bernilai RM3000 setiap satu kepada enam buah organisasi bukan membuat untung, termasuklah Pertubuhan Pertolongan Wanita, Rumah Orang Tua Chong Keng Seong, St. John Ambulance Malaysia, Rumah Charis, Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia, dan Yayasan AIDS Malaysia.

“Kad i-Pmart Lifestyle Link bukanlah suatu kad kesetiaan. Ia merupakan kad kemudahan gaya hidup yang menggabungkan semua keperluan gaya hidup moden dalam satu kad pelbagai fungsi. Sebagai syarikat jualan dan perdagangan gajet dan produk IT dalam talian terkemuka di Malaysia yang telah ditubuhkan sejak tahun 2001, kita dapat mengesan corak tingkah laku dan trend pembelian di kalangan pengguna moden dan  mahir teknologi pada hari ini. Berdasarkan analisis data, maklum balas, serta permintaan khusus daripada pelanggan setia kami, maka terhasillah i-Pmart Lifestyle Link, kad semua-dalam-satu yang menawarkan pautan muktamad dengan gaya hidup moden,” kata Mart Tang, CEO i-Pmart Lifestyle Sdn Bhd.
,
“Berdasarkan analisis kami, peningkatan pembelian dalam talian telah bertambah secara mendadak sepanjang enam bulan yang lepas terutamanya daripada golongan Generasi Y. Tidak seperti generasi sebelumnya, generasi ini tidak ragu atau takut untuk melakukan pembelian dalam talian kerana e-perdagangan sudah sebati dengan gaya hidup mereka,” tambah Tang.

“Dalam keadaan ekonomi teknologi sekarang, yang memaparkan permintaan yang meningkat bagi produk IT dan gajet, serta penggabungan dunia sosial dan dunia sebenar, program i-Pmart Lifestyle Link sememangnya perlu.”  

i-Pmart telah membolehkan lebih ramai pengguna mendapatkan produk IT serta gajet melalui harga mereka yang kompetitif sejak 12 tahun yang lalu; dan kini,  dengan pelancaran kad i-Pmart Lifestyle Link, faedahnya turut termasuk manfaat gaya hidup.

Dengan harga serendah RM11.50 setiap bulan atau RM138 setiap tahun, pengguna dapat menikmati insurans kemalangan peribadi secara berkumpulan sehingga RM30,000 dan  pendapatan hospital sebanyak RM60 sehari sehingga 30 hari, nilai kredit RM10 dalam Touch n’ Go yang telah diisi, dan hadiah, baucar tunai serta baucar diskaun bernilai RM188. 

Pemegang kad juga boleh menikmati harga barangan ketiga serta merta dan sepanjang tahun bagi kesemua produk yang tersenarai di www.ipmart.com.my.  Ini berbaloi bagi pengguna yang bercadang untuk membeli atau menambahbaikkan telefon bimbit, tab, komputer riba atau komputer peribadi mereka, atau menukar toner mahupun menambah bahagian atau aksesori baru. Mereka yang bukan ahli perlu membeli tiga unit daripada sebarang produk untuk menikmati harga barangan ketiga. 

Kredit Touch ‘n Go boleh ditambah di ATM, stesen LRT, stesen minyak atau penjual yang tersenarai. Fungsi bayaran meningkatkan pergerakan pengguna dengan memberikan mereka capaian untuk menggunakan pelbagai pengangkutan awam (bas, LRT, KTM, MRT, ERL), ruangan parkir, serta tol.

Selain daripada itu, pemegang kad juga dapat mengumpul mata untuk ditebus serta mendapatkan diskaun bagi pembelian di lebih daripada 50 penjual yang akan datang. Manfaat lain termasuklah promosi setiap suku tahun bagi ahli, pesta gaya hidup serta ganjaran rujukan.

Mulai hari sehingga 31 Oktober 2013 dapatkan kad i-Pmart Lifestyle Link dengan hanya RM99  di lokasi berikut:
21 - 22 September 2013
Kuala Lumpur Sentral
25 – 27 September 2013
LRT Pasar Seni
4 – 6 Oktober 2013
LRT Wangsa Maju
11-13 Oktober 2013
LRT Masjid Jamek
16 – 18 Oktober 2013
LRT Bukit Jalil
22 - 24 Oktober 2013
LRT Ampang Park

 

Tiada ulasan: