Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN CHINA DI ISTANA BUDAYA 26-27 OKTOBER


Dato Juhari (dua, kiri) ketika memperkenalkan poster program kebudayaan China di Istana Budaya baru-baru ini.
Bersempena dengan ulang tahun ke 40 kerjasama bi lateral antara China dan Malaysia, satu persembahan yang dinamakan "China-Malaysia Cultural and Trade Exchange 2013' akan berlangsung selama dua malam bermula pada 26 dan 27 Oktober ini di Istana Budaya.

Program yang dicetuskan  oleh Kedutaan People's Republic of China ini dianjurkan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dengan kerjaama Yayasan Guan Yin dan Prodigee Media Sdn. Bhd. 

Terbahagi kepada tiga komponen meliputi "China Ethnic Song and Dance Gala Show' yang akan berlangsung pada 26-27 Oktober ini di Istana Budaya; "Chinese Ethnic Cultural & Art Exhibition' di Balai Seni Lukis Negara dari 22-30 Oktober dan terakhir lawatan kira-kira 40 delegasi China sekitar Kuala Lumpur, Melaka, Pulau Pinang dan Pulau Pangkor.

'Program ini sebagai usaha untuk merapatkan lagi hubungan China dan Malaysia terutama dalam bidang kebudayaan," jelas En Gao Wei selaku Pengarah Biro Kebudayaan dan Pengajian Kedutaan China pada majlis sidang media baru-baru ini.

Majlis turut dihadiri Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani yang mewakili Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato Seri Mohamed Nazri Aziz yang tidak hadir kerana berada di luar negara. Bersama beliau, Pengarah Pusat Tarian Kebudayaan dan Seni Sdn Bhd, Puan Ya Mei.

Dalam ucapan Menteri yang dibacakan oleh Juhari yang lebih dikenali dengan panggilan 'Abang Jo' di kalangan media memberitahu,"Malaysa dan China sudah lama menjalinkan perhubungan erat. Dengan kehadiran Tahun Melawat Malaysia 2014, kami amat berbangga untuk mengambil bahagian dalam program seperti ini."
SESI soal jawab bersama media....

Dengan China berada di senarai tangga kelima tertinggi di Malaysia (dari Januari hingga Jun lalu) yang menyumbang kepada peningkatan pemasaran pelancongan di Malaysia, pihak Kementerian mengalu-alukan kedatangan lebih ramai rakyat China menjelang Tahun Melawat Malaysia 2014, sejajar dengan tema, Celebrating 1Malaysia, Truly Asia'.

'Kedatangan pelawat dari China meningkat dua kali ganda iaitu 24.5% atau 943,756 orang berbanding tahun 2012," ujar Juhari mewakili Menteri.

Keseluruhannya,  Melaysia mencatatkan kedatangan 12.55 juta pelancong dari Januari hingga Jun lalu, peningkatan sebanyak 7.9% berbanding tahun 2012 dengan sumbangan pendapatan sebanyak RM31.18 bilion iaitu peningkatan sebanyak 16.3% berbanding RM26.8 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan