Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NIPPON PAINT MERANGSANG DAYACIPTA

YAW dan Gladys memperlihatkan sebahagian daripada ruang di Expo Nippon Paint di Shah Alam baru-baru ini.


Pertumbuhan pesat ekonomi di Malaysia telah membawa kepada peningkatan bilangan kelas pertengahan di kalangan rakyat Malaysia. Arus permodenan menyaksikan perubahan citarasa warganya yang lebih sofistikated dan eksklusif. Rakyat Malaysia yang berkemampuan kini boleh merealisasikan rumah impian mereka dengan pelbagai bahan bagi mencantikkan permukaan.

Bagi meningkatkan kesedaran di kalangan pakar-pakar dalam industri bahawa cat masih merupakan bahan hiasan yang paling berkesan, Nippon Paint kini mengadakan “Re:Think. Re: Create. Expo” (Ekspo Ilhamkan, Ekspresikan) yang bertempat di kilangnya di sini.

Re:Think. Re:Create. Expo” yang meliputi kawasan dalaman dan luaran seluas 12,000 kaki persegi juga mengetengahkan Nippon Paint sebagai satu-satunya syarikat pembekal “Penyelesaian Salutan Cat yang Menyeluruh” (Total Coating Solutions) di Malaysia.

“Ekspo ini direka khusus bagi golongan pengedar cat, pengecat, arkitek dan pakar industri reka bentuk. Matlamat kami adalah untuk memberi dan berkongsi pengetahuan kepada rakan perniagaan kami dengan membolehkan mereka mengikuti perkembangan terbaru berkaitan dengan teknologi cat. Oleh hal yang demikian, kami dapat mengesyorkan produk yang lebih baik kepada pelanggan. Bagi golongan profesional, pengetahuan mengenai produk-produk ini dapat membantu mereka memilih spesifikasi produk yang lebih baik untuk reka bentuk yang dikehendaki,”  kata Encik Yaw Seng Heng, Pengarah Urusan Nippon Paint Malaysia Sdn. Bhd. Beliau turut ditemani Gladys Goh selaku Pengurus Besar Kumpulan Nippon.
NIPPON juga mengeluarkan cat untuk kereta dan sebgainya.

Kata Yaw,  kini terdapat  kecenderungan terhadap ba
han-bahan mampan. “Oleh itu, adalah penting bagi Nippon Paint sebagai peneraju pasaran untuk sentiasa menepati aliran dan keperluan terkini bagi membolehkannya memenuhi kehendak pelanggan-pelanggan dengan lebih berkesan”. Atas kesedaran ini, Nippon Paint telah meningkatkan penyeli-
dikan dan pembangunan untuk mencipta produk dan penyelesaian yang lebih memberansangkan serta berinovatif.

“Kami memberi lebih perhatian kepada kefungsian, ketahanan, keberkesanan kos dan yang paling utama produk yang mesra alam serta tidak menjejaskan kesihatan. "Penyelesaian Salutan Cat yang Menyeluruh” memberi variasi yang paling komprehensif kepada pelanggan-pelanggan kami untuk memenuhi semua keperluan dan pelbagai permukaan,” katanya.

Menurutnya, Nippon Paint mendahului pasaing-pesaingnya yang lain dalam bidang inovasi cat di mana a melaburkan 5% daripada pendapatannya kepada program-program penyelidikan dan pembangunan. Penekanan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan membolehkan Nippon Paint menghasilkan lebih daripada 10,000 rumusan cat untuk pasaran hiasan, seni bina, automatif, perindustrian, salutan perlindungan dan kapal-kapal perikanan.

Ia juga banyak memperkenalkan produk-produk ‘perintis’- seperti perubahan kategori dari Nippon Odour-less kepada Nippon Spot-less dan Nippon Odour-less AirCare. Selain itu, cat kesan khas Nippon Momento Special Effects yang terkenal sebagai pengasas kepada trend dan nafas baru kepada warna.  Sehingga kini, Nippon Paint tidak pernah berhenti untuk terus mencipta dan memberi inspirasi kepada industri cat negara. 

Nippon Paint mempunyai rangkaian pengedaran yang kukuh dengan pemasangan melebihi 1,000 Mesin Pencipta Warna (Colour Creations Machine, CCM) di kedai-kedai di seluruh Malaysia – jumlah yang paling banyak berbanding dengan syarikat-syarikat cat yang lain. Mesin CCM ini membolehkan penjual atau pengedar mengurus inventori produk dengan lebih berkesan serta menyediakan ribuan pilihan warna sedia ada kepada pelanggan.

Re:Think. Re:Create. Expoyang berkonsepkan bilik pameran kini dibuka secara ekslusif kepada rakan-rakan niaga dan pakar-pakar industri. Ianya dibahagikan kepada tiga bahagian utama: Sky Garden, Lifestyle Condo dan Colour Creations Centre. Melalui bahagian-bahagian ini, Nippon Paint akan mempamerkan variasi penggunaan cat pada permukaan-permukaan unik seperti logam, kaca, lantai, kayu dan sebagainya. Secara langsung, hadirin akan didedahkan kepada kepelbagaian fungsi cat; hiasan dan perlindungan untuk pelbagai permukaan yang berbeza.

“Jika anda menginginkan kelainan, anda boleh mencuba pelbagai jenis cat kesan khas kami. Anda akan dapat melihat bagaimana cat boleh mewujudkan semula tekstur batu, marmar dan baldu- tanpa perlu menggunakan bahan sebenar,” kata Yaw.

Bayangkan dengan menggunakan satu warna atau warna berpigmen, anda boleh mewujudkan kesan “dinding batu bata” tanpa kertas hias dinding atau batu-bata. Selain daripada itu, cat Nippon Momento Special Effects memberi ilusi seperti kertas hias dinding tanpa sebarang masalah yang dikaitkan dengannya. Anda juga boleh memperbaiki jubin bilik mandi tanpa pengubahsuaian yang memakan masa dan wang.
WARNA warni yang cukup menarik boleh menjadikan ruang tamu anda kelihatan baru.

HIASAN menggunakan cat Nippon di bilik kanak-kanak.
 
Semasa ekspo tersebut, Nippon Paint juga akan memperkenalkan cat terbaru Nippon Momento Special Effects Paint “Enhancer Series”– cat istimewa lut cahaya yang boleh diaplikasikan secara serta merta sebagai cat kilauan pada warna-warna dinding yang sedia ada. Ini memudahkan lagi pengguna-pengguna yang ingin mewujudkan sesuatu yang unik tanpa mengggunakan terlalu banyak teknik-teknik yang tertentu.

“Kami berharap ekspo Nippon Paint ini dapat menarik minat para pelawat untuk mempertimbangkan semula penggunaan cat dan pelbagai kemungkinan hasil daripada penggunaannya dalam projek-projek mereka yang akan datang. Inilah strategi utama kami dalam usaha untuk mengembangkan pasaran melalui penyelesaian yang kreatif dan mampan untuk masa depan,” kata Yaw.
 
HIASAN ruang makan... semuanya menggunakan cat Nippon.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan