Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KLINIK MEDIVIRON UOA RAI ULANG TAHUN KE 12

DR, CHEN (tenah) bersama para tamunya termasuk Datuk Ahmad Nawab meraikan ulang tahun Mediviron.

Jarang sebenarnya mendapat undangan daripada sebuah klinik... apatah lagi klinik yang terlibat dengan kecantikan sepertimana perkhidmatan yang ditawarkan oleh Mediviron Klinik, terletak di Wisma OUA 11 ini.

Berlangsung pada tengah hari Sabtu lalu (19 Okt), Mediviron menjemput para media dan tetamu khasnya untuk bersama meraikan ulang tahun ke 12 penubuhan kliniknya "Mediviron' yang mula beroperasi sejak 2001 lalu.

Ini pertama kalinya juga, Kak Fas berhadapan dan berkenalan dengan seorang pakar kecantikan yang terlibat dalam bidang aesthetik iaitu Dr. Chen Tai Ho.

Meninjau kliniknya terdapat beberapa rawatan kecantikan menggunakan kaedah laser daripada rambut hingga hujung kaki... pilih sahaja kemahuan samada mahu menurunkan berat badan, masalah rambut gugur,  menghilangkan lemak, jeragat, jerawat dan segalanya yang berkaitan dengan kecantikan... semuanya ada.

Harga yang ditawarkan boleh mencecah hingga RM8,000 bergantung kepada rawatan yang diperlukan namun pada majlis ulang tahun ke 12 pada 19 Oktober lalu sahaja,  Mediviron memberikan diskaun khas sehingga 50 peratus kepada pelanggan setianya bagi rawatan aesthetik.
DR. CHEN..... foto Farish Ayub

Majlis yang berlangsung santai diserikan dengan pertunjukan fesyen oleh para model daripada Simones memperagakan koleksi pakaian Atellier rekaan pereka fesyen Azrul Azizan dengan solekan daripada Glamzstudio.

Turut dipertontonkan kepada tetamu berupa koleksi aksesori rantai daripada Imaan serta bag tangan jenama eksklusif dan ternama oleh butik Surprisel.

Menambahkan seri majlis, kehadiran penyanyi yang mendapat jolokan 'Leslie Cheung Malaysia" iaitu Glenn Yu dengan gayanya yang tersendiri menyampaikan lagu=lagu rancak menarik perhatian  hadirin.

Juara Manhunt 2012, John Tan turut hadir sebaga pengacara majlis bersama pihak penganjur bagi mengumumkan beberapa pemenang bertuah dalam kategori-kategori yang telah ditetapkan di mana pertandingan tersebut dikhaskan kepada pelanggan Mediviron yang layak.

Peraduan yang berlangsung selama 10 hari bermula 12 Okt hingga kemuncaknya pada 19 Okt melayakkan setiap pelanggan Mediviron yang membelanjakan RM50 ke atas untuk bertanding bagi merebut hadiah rawatan aesthetik bernilai RM12,000.

Turut hadir sebagai tetamu khas, Seniman Negara, Datuk Dr. Ahmad Nawab yang turut menyampaikan hadiah kepada pemenang kategori pasangan terbaik.

PERTUNJUKAN FESYEN ATELLIER bersama perekanya, Azrul (gambar kiri, atas).

KOLEKSI IMAAN
BAG TANGAN dari butik Surprisel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan