Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KINDERDIJK TERAJUI PENDIDIKAN KESELAMATAN KANAK2

(DARI KIRI), Gwei, Kwan  dan Tee memperlihatkan produk Aprica dan Graco yang sesuai untuk bayi.

Sepertimana ibu bapa memegang bayi yang baru sahaja lahir, pastinya mereka sentiasa mempunyai perasaan kasih sayang dan perhatian yang tidak terkata di saat bayi itu berada di pangkuan mereka. Apatah lagi dengan senyuman bayi itu yang memberikan saat manis kepada ibu bapanya yang seolah-olah tahu bahawa anak mereka gembira, berasa selamat dan dilindungi. Senyuman tersebut walau bagaimanapun sebaliknya telah menarik perhatian pakar-pakar Aprica dan Graco untuk mencipta suatu penyelesaian mudah yang moden bagi memperkaya setiap perjalanan kehidupan berkeluarga ini dengan menjadikan keselamatan sebagai teman pengiring dalam dan luar anak-anak.
 
Bagi memastikan perkembangan tumbesaran bayi dengan sihat dalam persekitaran yang selamat, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk melindungi mereka daripada kecederaan yang lebih serius sehingga boleh membawa kepada risiko menjadi kurang upaya dan juga kematian. Kemalangan boleh berlaku di dalam dan luar rumah, dan kebanyakan daripada kemalangan tersebut boleh dielakkan sekiranya tindakan berhati-hati dan selamat diambil. Sebagai contoh, peningkatan dalam kemalangan kereta yang melibatkan bayi dan kanak-kanak setiap tahun merupakan satu realiti yang dahsyat sehingga membawa kepada penekanan isu keselamatan anak-anak.

Analisis ujian kemalangan yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) pada tahun 2010 mendedahkan bahawa penumpang dewasa tidak akan mempunyai kekuatan untuk mengelakkan bayi atau kanak-kanak daripada terhumban atau tercampak ke depan semasa perlanggaran pada tahap kelajuan tertentu berlaku. Lebih menakutkan, kenderaan yang dipandu pada kelajuan 50km per jam, seorang bayi seberat 7.0kg sebenarnya boleh tercampak ke depan di bawah tekanan 240kg/sq2, iaitu menyerupai impak yang sama dengan seorang dewasa yang jatuh daripada tingkat lima sebuah bangunan. Pendedahan ini menunjukkan bahawa bayi adalah penumpang yang paling lemah dan mencatat peratusan yang tinggi dalam statistik kanak-kanak di Malaysia yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya; lebih daripada mana-mana sebab lain yang diketahui setakat ini.

Oleh sebab itu, Kinderdijk Sdn Bhd melancarkan Kempen Jelajah Keselamatan Kanak-kank selama satu minggu yang melibatkan komitmen yang kukuh daripada Kinderdijk dalam memberi peringatan kepada ibu bapa dan penjaga supaya berhati-hati dan mengambil semua langkah berjaga-jaga yang perlu bagi untuk memastikan keselamatan anak-anak mereka. Siri penjelajahan ini akan diadakan bermula pada tarikh 14 sehingga 20 Oktober 2013 di Mid Valley Megamall, turut dipamerkan adalah kerusi keselamatan kanak-kanak Aprica and Graco, kereta sorong kanak-kanak, 'carrier' bayi dan sistem perjalanan, yang semuanya direka selaras dengan prinsip-prinsip pediatrik dan penjagaan kanak-kanak untuk meningkatkan penjagaan kanak-kanak dan mewujudkan kehidupan keluarga yang menyeronokkan.



Gwei Tze-Co, Pengarah Urusan, Kinderdijk Sdn Bhd berkata, "Berdasarkan statistik, ramai ibu bapa seolah-olah menganggap bahawa anak-anak mereka yang dibiarkan duduk di atas riba cukup untuk melindungi mereka daripada kemalangan. Ia juga menjadi satu ‘trend’ yang membimbangkan apabila penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak dan sistem perjalanan tidak diambil serius oleh kebanyakan ibu bapa di Malaysia. Ibu bapa perlu faham bahawa anak-anak adalah berharga seperti kargo 'on-board', justeru nilai keselamatan tidak boleh diabaikan dan tidak boleh dipandang mudah kerana ia memberi manfaat kepada mereka dalam jangka masa yang panjang.



"Menurut kajian yang dijalankan oleh MIROS, bayi akan tercampak ke depan pada kelajuan yang tinggi walaupun dipegang oleh orang dewasa semasa perlanggaran kenderaan walaupun dengan hanya 30km per jam dan kebanyakannya akan terbunuh sebagai kesan langsung daripada impak tersebut. Oleh sebab itu, dilengkapi dengan peralatan perjalanan bayi yang betul dan selesa membantu memberikan ketenangan fikiran kepada ibu bapa apabila penggunaan peralatan keselamatan bayi ini dipratikkan," kata Jenny Kwan, Pengurus Kanan Jualan, Hong Kong & ASEAN, Newell Rubbermaid Asia Pasific. “Tambahan lagi, ibu bapa perlu mengamalkan penggunaan pemasangan tali pinggan dan anak-anak muda perlu diajar untuk menggunakannya. Keselamatan adalah penting bagi perkembangan anak-anak dan ia juga penting untuk memupuk tabiat berhemah ini bermula dari kecil lagi.

Memahami Sebab di Sebalik Senyuman Bayi

Ahli psikologi mendapati bahawa bayi merupakan individu yang paling gembira apabila mereka berasa selamat dalam persekitaran yang boleh dipercayai. Senyuman bayi boleh membawa keajaiban dan menghilangkan tekanan. Untuk memastikan keselamatan bayi, pakar-pakar Aprica merekabentuk produk-produk yang dibangunkan dengan pendekatan saintifik dan sains perubatan kepada bayi dan penjagaan kanak-kanak bagi menyediakan keselesaan kepada bayi. Begitu juga Graco yang menyediakan penyelesaian keselamatan yang membuatkan kanak-kanak lebih mudah dengan produk yang sangat selesa dan intuitif, memenuhi kehidupan keluarga yang menyeronokkan.

Sehubungan dengan ini, Aprica telah membentuk Prinsip 8.3.8 untuk mengenalpasti, melindungi dan memupuk badan dan minda bayi bagi mewujudkan persekitaran yang terbaik untuk bayi-bayi dengan membangunkan produk bayi yang lebih selesa. Aprica telah mengenakan konsep '8 Kedah untuk Melindungi dan Menjaga Minda dan Badan Bayi' daripada struktur '8 Ketidakmatangan dalam Badan Bayi yang perlu Dilindungi' dan '3 Perkembangan Emosi Bayi yang Digalakkan’ yang merupakan konsep yang dikenal pasti melalui kajian ke atas pediatrik bayi dan penjagaan anak.



"Di Kinderdijk, kami memahami bahawa penjagaan dan keselamatan adalah penting dalam memastikan bayi selesa dan selamat. Produk Aprica dan Graco yang diedarkan oleh Kinderdijk diatur secara inovatif dan direka secara berhati-hati bagi tujuan penyediaan keselesaan dan keselamatan untuk ibu bapa, terutamanya mereka yang menjalani gaya hidup moden," tambah Gwei. Memandangkan keselesaan dan keselamatan adalah penting dalam membentuk asas peralatan penjagaan kanak-kanak, berikut adalah standard yang dijadikan panduan oleh jurutera Aprica untuk membangunkan produk bayi khasnya bertujuan membuatkan bayi gembira.
 
WONG (tengah) memberikan penerangan bagaimana menjaga keselamatan bayi dengan konsep Aprica 838.

Prinsip 8.3.8 Aprica:
‘Di Sebalik Senyuman’ yang membentuk perkembangan produk Aprica
8 Ketidakmatangan dalam Badan Bayi yang perlu Dilindungi

3 Perkembangan Emosi Bayi yang Digalakkan

8 Kaedah untuk Melindungi dan Menjaga Minda dan Badan Bayi
1.     Ketidakstabilan kepala dan leher
2.     Ketidakstabilan fungsi respiratori
3.     Tulang belakang lurus, risiko tinggi untuk pinggul terkehel
4.     Thermoregulation tidak berkembang
5.     Ketidakstabilan cara tidur
6.     Fungsi kulit lemah
7.     Fungsi deria tidak berkembang
8.     Sistem imunisasi tidak berkembang
1.     “Kepercayaan dalam hubungan” yang diasuh melalui hubungan fizikal.
2.     “Perasaan ingin tahu” yang dikembangkan melalui stimulasi 5 deria.
3.     “Kebolehan komunikasi” yang digalakkan melalui senyuman daripada orang sekeliling.

















1.     Baringkan bayi di atas katil yang rata.
2.     Letakkan ‘pembatasan’ di atas kepala dan leher.
3.     Biarkan postur semula jadi mengikut tumbesaran bayi.
4.     Sediakan persekitaran yang selesa bagi hidroterma dan pernafasan.
5.     Lindungi bayi daripada benda berhabuk dan berbahaya.
6.     Kurangkan kejutan yang tidak selesa.
7.     Pastikan tidur bayi mengikut rentak yang betul.
8.     Sokongan komunikasi dengan bayi.


Tiada ulasan: