Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JAMAL ABDILLAH KINI BERGELAR 'DATUK'

JAMAL menerima darjah kebesarannya di Pahang... sumber Mstar.
Tahniah diucapkan kepada penyanyi favourite Kak Fas, Jamal Abdillah yang kini bergelar 'Datuk',

Raja Pop dengan nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah, 54, menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) bergelar 'Datuk' pada majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Pahang di Balairong Seri, Istana Abu Bakar, Pekan, Khamis lalu.

Menurut sumber yang dipetik daripada Mstar, Jamal memberitahu;

ELAINE KANG
"Gelaran yang dibawa merupakan satu tanggungjawab besar pada dirinya untuk masyarakat malah tidak mengharapkan orang sekeliling memanggilnya dengan gelaran itu.


"Saya tidak mempunyai masalah pun sama ada orang mahu memanggil saya sebagai 'Datuk' atau tidak. Gelaran ini sebenarnya satu amanah yang sangat besar di mana ia bukan sekadar untuk panggilan harian semata-mata.


"Tetapi lebih kepada tuntutan berbakti kepada masyarakat. Bukannya nak bersikap angkuh dengan status itu. Saya bukan hanya perlu membangunkan industri seni tanah air tetapi juga melakukan sesuatu yang boleh memberikan faedah kepada masyarakat."

Selain Jamal, dua selebriti lain turut menerima anugerah yang sama iaitu penyanyi Indonesia, Rossa atau nama sebenarnya Sri Rosa Roslaina Handiyani serta penyanyi 1990-an, Elaine Kang.

Dalam perkembangan lain Jamal  khabarnya bakal mengadakan persembahan di Kelantan pada Disember depan.
 
BERSAMA ROSSA................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan