Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 BERMULA 8 NOVEMBER

13 KUMPULAN Maharaja Lawak yang layak bertanding.
Maharaja Lawak Mega 2013 menghimpunkan sebahagian besar daripada pelawak tempatan yang popular apabila 13 kumpulan pelawak layak beranding bagi merebut kejuaraan hadiah wang tunai RM500,000.

Di samping itu, 12 kumpulan lain akan bertanding merebut kerusi 3  kerusi 'hot seat' pada saingan yang akan berlangsung secara langsung pada 8 November 2013 ini di saluran Astro Warna 132 dalam pakej Mustika dan juga Mustika HD (134) dan Astro-on-the-go (Warna) bermula jam 10 malam.

12 kumpulan yang akan berentap terdiri daripada kumpulan Shake, Glory, Santan, Hai, Mamu, Zero, Pajak, Gadai, Kecik, 2Yol, Gerak dan Keross manakala 13 kumpulan yang sudah pun layak meliputi Boboi, Jambu, Shiro, Saywho, Wala, Comey, Osama, Tulang, Bocey, Sepahtu, Kucai, SYJ dan satu-satunya peserta solo iaitu Nabil.

Pada ujian kerusia panas MLM (Hot seat) yang akan berlangsung pada 8 November, hanya tiga kumpulan akan dipilih oleh pihak juri profesional untuk melengkapkan seramai 16 peserta  Maharaja Lawak Mega yang akan memulakan siaran pada 15 November setiap Jumaat 10 malam.

Turut mengumumkan pengekalan Dato AC Mizal sebagai pengacara MLM, Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Encik Khairul Anuar Salleh seterusnya berkata,"kami membawakan musim terbaru ini dengan mengekalkan sebahagian besar format sedia ada di samping memperkenal beberapa kelainan terutamanya barisan para peserta".
NIZAM, Khairul dan Rostam melancarkan MLM2013.

"JIka dilihat barisan peserta kali ini merupakan yang terbaik pernah dihimpunkan dalam sebuah pertandingan komedi di saluran ini," tambah Khairul. Turut hadir Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani dan Pengurus Saluran Astro Warna, Rostam Said.

MLM2013 menawarkan wang tunai RM500,000 manakala tempat kedua dan ketiga akan membawa pulang RM250,000 dan RM150,000. Pemenang keempat dan kelima turut diberikan hadiah wang tunai.

Astro turut menyediakan aplikasi permainan percuma kepada pengguna telefon pintar Android dan IoS dengan kemaskini terbaharu iaitu 'Mana Naga?" bermula 16 November di mana pengguna berpeluang menyertai peraduan yang dianjurkan dan membawa pulang hadiah menarik. 

Peminat juga boleh menghantar video-video  parodi bermula 22 November untuk memenangi beberapa lagi hadiah istemewa. Maklumat lanjut layari www.maharajalawakmega.com.my berula 14 November ini.
AC Mizal kekal pengacara.

Sementara itu, barisan empat juri tetap akan hanya diketahui pada hari Jumaat 15 November depan dan penjurian ditetapkan 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus hasil undian penonton.

MLM2013 ini seperti musim lalu menerima penyertaan daripada Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Jangan lupa untuk menyaksikan siapakah tiga kumpulan yang bertuah merebut kerusi panas dan layak bersaing dengan 13 kumpulan sedia ada pada siaran langsung yang akan disiarkan di Astro Warna (saluran 132), Mustika HD (134) serta Astro-on-the -go (Warna) sekiranya anda tidak dapat kembali ke rumah untuk menyaksikannya melalui peti tv anda.  Yang pasti cuma Nabil bertindak solo manakala yang lain kekal atau pun berubah kumpulan.
12 KUMPULAN yang akan melalui ujian Kerusi Panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan