Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AF: SANI PESERTA PERTAMA TERSINGKIR

Kak Fas tidak berkesempatan berkunjung ke Putrajaya minggu ini bagi menyaksikan Konsert Minggu Pertama Akademi Fantasia (AF) kerana mempunyai tugasan lain.. apa pun agar tidak ketinggalan Kak Fas tetap mahu memberikan maklumat terkini. Terpaksalah Kak Fas memetik sumber daripada Mstar On line ini... Teruskan membaca... terima kasih Mstar...


Tirai minggu pertama program realiti Akademi Fantasia dikejutkan apabila peserta daripada Singapura iaitu Kamsani Jumahat atau Sani tersingkir pada program yang berlangsung pada malam Sabtu di Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya, di sini.

Sani, 23, mendapat undian terendah sebanyak dua peratus selepas menyampaikan lagu nyanyian asal Jaclyn Victor berjudul Gemilang.

Pengumuman itu dibuat oleh 'Inspirer' minggu ini iaitu Faizal Tahir.

Dalam padaa itu, duo lelaki iaitu Mohd Azhar Osman, 25, dan Hal Husaini Razmi, 25, (Azhael) mengungguli persembahan pada malam itu dengan undian sebanyak 26 peratus.

Sani ketika ditemui memberitahu terkejut dengan keputusan itu namun menganggap rezeki tidak memihak kepadanya.

"Ini bukan pengakhiran buat saya tetapi permulaan dan jika mempunyai rezeki saya akan teruskan karier nyanyian di Malaysia," ujarnya kepada mStar Online.

Selain Azhael, sebelas lagi peserta yang mara ke minggu seterusnya adalah Nur Nabila Razali (Nabila), 21, Nur Aisyah Aziz (Aisyah), 19, Siti Ruhailah Hussein (Indah), 23, Rasmawatie Mohd Thamrin (Nona), 18, dan Nadia Amira Othman, 20.

Manakala turut mara adalah Chin Teik Meng (Darren), 21, Muhammad Ikhtiman Che Ismail (Iman), 23, Abdul Suhadah Unding (Suhada), 21, dan Mohd Faizul Sani, 28 dan peserta duo perempuan iaitu Irsa Sahabuddin, 26, dan Irmiza Sahabuddin, 23, (Irmisa).

Tiga pengkritik tetap terdiri daripada komposer Roslan Aziz, Pelakon Sharifah Amani dan Penyanyi dan komposer Edry KRU.

Sementara itu, Faizal berkata, secara keseluruhannya kesemua peserta telah menunjukkan potensi cemerlang pada minggu ini selain ada di antara mereka telah menunjukkan hala tuju dalam bidang nyanyian.

"Paling menyerlah adalah Indah, Nona dan Faizul yang menunjukkan prestasi cemerlang dan peserta-peserta lain nampak yakin dan selesa ketika berada di pentas," jelasnya.

Pada minggu pengenalan ini, konsert bertemakan 'Meraikan 15 Ikon Malaysia' dan para peserta dibawah bimbingan Faizal dengan susunan muzik terbaharu menerusi lagu pilihan peserta.

Konsert yang berlangsung selama dua jam ini turut dihadiri tenaga pengajar AF 2013 seperti Fizz Fairuz, Shafi Sharif, Alam Wakaka dan Suhaili.

Selain Faizal AF 2013 turut menampilkan dua lagi tenaga pengajar utama yang dikenali sebagai 'Inspirer' iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan Melly Goeslow.

AF 2013 bersiaran secara langsung setiap Sabtu pukul 9 malam di Astro Ria (104) dan Astro Maya (135) dan ia dihoskan oleh Zizan Razak.

Dalam pada itu Kak Fas berkesempatan bercakap melalui telefon dengan calon popular iaitu pelakon Arja Lee mengenai kekalahan beliau di Konsert Prelude yang berlangsung di Kuantan minggu lalu.  Kata Arja:
ARJA Lee


"Saya memang rasa terkilan kerana tidak dapat belajar selanjutnya dengan tenaga pengajar terutamanya kelas nyanyian/vokal. Saya masuk AF pun nak belajar kerana saya minat menyanyi sebelum menjadi pelakon pun.
Tujuan saya bukan untuk bersaing dengan bakat-bakat baru tetapi mengukur kemampuan saya sendiri sejauh mana kemampuan bernyanyi. 
Memang sebagai artis yang sudah dikenali saya boleh terus sahaja merakamkan lagu 'single' tetapi saya tidak mahu mengikut jalan pintas kerana saya mahu belajar sebelum benar-benar boleh digelar penyanyi.
Sekiranya AF bukanlah pintu rezeki lagi saya akur namun ia bukanlah pengakhiran kepada kerjaya nyanyian saya kerana saya tetap akan terus belajar. Dan andainya ada kejutan untuk saya diserapkan semula .. tentulah saya bersyukur dapat teruskan perjuangan. Jika tidak pun saya rasa puas melalui detik-detik baru bersama adik adik lain di AF yang menjadikan saya sebagai 'abang' mereka untuk mencurahkan perasaan. Seronok dapat belajar seketika di AF".

Kak Fas pun antara yang rasa sedih apabila Arja Lee terkeluar daripada senarai 12 pelajar yang terbaik kerana suaranya boleh tahan dan seharusnya dia berada bersama.. barulah kita berkesempatan untuk melihat sejauh mana bakat nyanyiannya... sebab daripada yang terpilih tu ada juga yang vokalnya tidak berapa sedap didengar... apa pun keputusan telah dibuat dan anda sendiri sudah maklum siapa yang terkeluar pada minggu pertama ini. Kita tunggu minggu depan mungkin ada kejutan?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan