Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KENAPA SOO WINCCI PILIH AKIM?

SOO WINCCI bersama pilihannya Akim di pelancaran klip videonya baru-baru ini,
"Saya pilih Akim kerana wajahnya mirip bekas teman lelaki saya," ringkas Soo Wincci menjawab terus terang  pertanyaan pertama para wartawan.

Kejujuran Soo membuat para media yang hadir ketawa sambil Akim turut senyum bersebelahan Soo Wincci di majlis  pelancaran klip videonya 'Musim Asmara" di Red Box Sogo baru-baru ini.

Menurut Soo, sebaik sahaja beliau dan Ajai bekerjasama untuk mencipta lagu berkenaan, dia sudah membayangkan wajah Akim sebagai 'model' untuk klip video berkenaan. Kata Soo, Akim memiliki pakej ciri-ciri lelaki yang ingin ditampilkan dalam klip videonya itu.

"Saya berterima kasih kepada Akim yang sudi bekerjasama," ujar Soo. 

Akim dalam jawapannya berkata, "Saya terharu dengan tawaran yang diberikan oleh Soo kerana namanya besar dan saya rasa bangga dapat tampil bersamanya."

Lagu yang liriknya ditulis oleh Slen ini memakan belanja besar sebanyak RM50,000 di mana penggambarannya berlaku di Ladang Ternakan UPM dan kedai usang di Jalan Klang Lama.

Kenapa berbelanja tinggi bagi sebuah klip video yang belum tentu mampu mengembalikan modal?
Memperlihatkan klip videonya "Musim Asmara".

Menjawab pertanyaan itu, Soo memberitahu, "saya mahu satu klip video yang berkualiti kerana klip ini akan dipromosikan di Taiwan di mana kebanyakan klip-klip video saya yang dipasarkan di sana semuanya berkualiti."

"Saya mahu tunjukkan bahawa Malaysia juga mempunyai kepakaran untuk menghasilkan video yang berkualiti setanding dengan luar negara," tambah Soo yang memberikan kepercayaan mengarah kepada pengarah Abilash Chandra.

Menurut Soo Wincci konsep penggambaran video muziknya itu mengambil kira konsep 1 MALAYSIA dengan menonjolkan pengarah India, model Melayu (merujuk kepada Akim) dan beliau sendiri sebagai penyanyi berbangsa Cina. - Foto RBG Studio Photography.


Tiada ulasan: