Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

EKSKLUSIF BERSAMA ANUAR ZAIN 19 OKTOBER

ANUAR ZAIN ...sentiasa segak... Foto Farish Ayun (Galaksi Media).
Sudah lama Kak Fas tidak berkesempatan bertemu jejaka idaman Malaya ini siapa lagi jika bukan Anuar Zain yang sentiasa bergaya dan segak. Kak Fas dengar petang tadi berlangsungnya sidang media Anuar Zain tetapi malangnya Kak Fas tidak pula mendapat jemputan.. khabarnya jemputan media dilakukan oleh Sam Kassim. Barangkali Sam terlupa mahu menjemput Kak Fas atau terlepas pandang... apa pun tak mengapa lah,,, memandangkan Kak Fas antara yang meminati lagu-lagu dan persembahan Anuar Zain...biarlah Kak Fas ambil berita terbaru Anuar melalui teman media lain.

Khabarnya, Anuar Zain menganjurkan sidang media di Rebung petang tadi bagi mengumumkan projek terbarunya iaitu majlis makan malam eksklusif yang dinamakan "Eksklusif Bersama Anuar Zain" amjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Perancangan Bandar & Desa Semenanjung Malaysia (KESPERB) yang akan berlangsung pada 19 Oktober ini bertempat di Telekom Malaysia Convention Centre, Kuala Lumpur bermula jam 8 malam hingga 10 malam.

Majlis bertujuan mengutip dana untuk disalurkan kepada tabung Kelab Sukan dan Kebajikan KESPRB tersebut di mana penyanyi tersohor itu dijangka akan mendendangkan sebanyak 5 hingga 7 buah lagu dalam tempoh persembahan berdurasi 30 minit.

Konsep makan malam  berbentuk intimasi di mana Anuar akan berkomunikasi dengan lebih dekat dengan tetamu-tetamu yang hadir.

Untuk tempahan meja, anda boleh hubungi Didi di talian 017-3577537, Imazara 017-4040001 dan pejabat 03-62064756. Menu pada malam tersebut adalah berkonsepkan makanan ala Cina. Harga meja bermula dari RM3,000 hingga RM30,000 untuk satu meja ( 10 orang). Berikut kadar harga mengikut jenis meja:

Platinum : RM30,000 ( sesi eksklusif Anuar Zain bersama peminat )
Gold : RM10,000
Pandora :RM7,000
Swarovski : RM5,000
Silver : RM3,000
 
ANUAR bersama pihak penganjur......di Restoran Rebung, Kuala Lumpur petang tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan