Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'ROMBONGAN CIK KIAH KE KELANA JAYA' MENCUIT HATI


Mungkin anda berasal dari Perak tetapi dah lama meninggalkan loghat Perak waima telah berhijrah dan tinggal lama ke tempat lain  meninggalkan negeri Darul Ridzwan itu.

Sejujurnya Kak Fas antara orang Perak yang  sudah lama tidak mendengar dan lupa dengan beberapa perkataan Perak yang jarang digunakan kecuali mereka yang tinggal di Perak khususnya yang pekat berbicara loghat Perak.

Perkataan-perkataan seperti ‘ tak semiak’, ‘bengkeng’  atau pun yang lazim di sebut seperti ‘bangkit’ (bangun) dan seumpamanya  sudah jarang disebut apatah lagi bila sudah berada di KL.


Dan apabila menonton  filem televisyen komedi ‘Rombongan Cik Kiah ke Kelana Jaya’ dalam satu majlis  pra tonton  kepada media baru-baru ini, baharulah Kak Fas dapat mengenangkan kembali  sebutannya dan maksud disebaliknya. Kak Fas yakin orang-orang Perak tentu rindukan gaya percakapan Perak yang pekat itu.

Inilah yang dapat anda dengar melalui filem karya dan arahan Mamat Khalid yang bakal ditayangkan di Astro First Eksklusif  (saluran 480) bermula pada 23 Oktober ini dalam tempoh sebulan.

Cerita  mengisahkan rombongan yang ikelolakan oleh Cik Kiah (Delimawati) untuk menghantar Encik Isnin (Man Kadir) ke Kelana Jaya bagi mengerjakan fardhu Haji. 

Sepanjang perjalanan itu berlakunya berbagai peristiwa yang mampu mengeletek jiwa anda kala menonton.

Sub plot cerita ini berkisar juga kepada  karakter Encik Leman (Imuda) yang  mengikut agensi pakej swasta  yang murah untuk menunaikan fardhu Haji berbanding Encik Isnin yang mengikuti pakej Tabung Haji.

Tetapi akibat daripada mengambil pakej Haji yang murah dan tidak berwibawa, Encik Leman mendapati visanya tidak lulus ketika hendak berangkat ke Kelana Jaya. Dalam pada itu, Majid (Hazwan Skool of Lawak) , anak kepada Encik Leman ingin berkahwin dengan Nur Ain (Caca Maembong), anak kepada Cik Kiah. Tetapi Majid tidak berani menyuarakan hasrat mereka kerana orang tua mereka selalu bertengkar.

Turut memberikan lakonan yang berkesan dengan dialog yang mencuit adalah watak Sharwani NS, Syuk SYJ, Azwan Annuar malah sepanjang 1 jam 40 minit, penonton akan terhibur dengan percakapan dan setiap gelagat  rombongan Cik Kiah.

Penggambaran filem yang berlaku di Chemor, Perak dan Kelana Jaya, Selangor ini merupakan filem kedua selepas kejayaan ‘Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel’  yang turut diarahkan oleh Mamat Khalid 16 tahun lalu.

BARISAN pelakon 'Rombongan Cik Kiah  ke Kelana Jaya'........gabungan pelakon baru dan lama.


Benar seperti kata Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh (gambar bawah, kiri)  dalam ucapan aluannya, “Mamat Khalid seorang karyawan yang lain daripada yang lain, pembikin filem yang sentiasa memperjuangkan keunikan dalam hasil kerjayanya dengan komedi serta satira yang penuh dengan mesej tersirat.”

Itulah mesej yang dapat anda terima daripada menonton ‘Rombongan Cik Kiah ke Kelana Jaya’ ini. Malah kata Mamat Khalid,  apa yang ditonjolkan adalah situasi sebenar yang berlaku di kalangan masyarakat hari ini.

“Bebeapa watak yang ditonjolkan berlaku  di kalangan kita contohnya watak pemuda yang kurang upaya, Kuntum (lakonan Azwan Annuar) yang dibawa bersama untuk menunaikan fardhu Haji adalah satu perkara yang tidak salah. Semua lapisan masyarakat tidak kira normal atau tidak sekali pun, mereka berhak menunaikan fardhu Haji. Tidak salah.” jelas Mamat (gambar bawah, kanan)  mengenai karya terbitan  di bawah naungan syarikat Enjit Semut Sdn. Bhd. Ini.

Bagi menonton filem menarik ini, pelanggan cuma perlu membayar caj RM15 utnuk tempahan menerusi Astro First dan mempunyai pilihan masa untuk menonton telefilm ini mengikut keselesaaan masing-masing dalam tempoh 48 jam dari masa pembelian.


Selain Astro First Eksklusif, ia juga boleh disaksikan melalui Asro on the Go pada kadar yang sama RM15. Maklumat lanjut layari www.astro.com.my/astrofirst.

Tiada ulasan: