Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ELLIE SURIATY PENGARAH HARAPAN FFM26


Pembukaan Festival Filem Malaysia ke 26 berlangsung dalam suasana sederhana tetapi tetap meriah dengan pemberian 11 anugerah bagi sebelas kategori yang dipertandingkan di mana pengarah yang julung kalinya mengarah filem 'Penangga;", Elliey Suriaty menewaskan lima pesaing lain dalam merebut gelaran Pengarah Harapan FFM26.

Ellie menewaskan  empat calon lain iaitu Nam Ron (Psiko Pencuri Hati), Syed Hussein (Langgar), Nik Amir Mustapha (KIL) dan Esma Daniel (Zaiton Ceritaku).


Selain memenangi Pengarah Harapan, filem tersebut turut membolot anugerah Penataan Seni Terbaik melalui Nazrul Asraff.

Turut memenangi dua anugerah ialah filem yang menjadi tanda tanya bagaimana tidak termasuk dalam kategori anugerah utama, iaitu 'Tanda Putera' di mana filem ini memenangi Anugerah Skor Muzik Asal Terbaik oleh Sharon Paul (pix, bawah) dan Hasnan Yaacob serta Fadzilah Abdullah bagi kategori Pereka Kostum/Busana Terbaik.

Bertemakan 'Transformasi Sinema Malaysia' FFM26 yang dihadiri oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Johari Jailani turut menyaksikan tujuh lagi penyampaian anugerah.

Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik dimenangi oleh Rycarl Iskandar menerusi filem "Aji Boy". Bagaimama pun Rycarl tidak hadir kerana berada di Indonesia dan trofinya diambil oleh Fiza yang mewakilib pihak penerbit, MIG Filem.

Filem 'KL Gangster 2' yang mencetuskan kontroversi apabila ia dicetak rompak lebih awal daripada tayangan di pawagam  sekadar memenangi Anugerah Penataan Bunyi Terbaik bagi pengarahnya Shamsul Yusof dan Hisham Jupri. Shamsul juga tidak hadir dan diwakili oleh adiknya, Shafiq.



Selain itu juga, 'Aku Datang' nyanyian Tomok berjaya memenangi anugerah Lagu Tema Asal Terbaik bergandingan dengan Rafidah Abdullah sebagai penullis lirik bagi filem lakonan Lisa Surihani dan Beto Kusyairy iaitu "Istanbul Aku Datang'.

Lain-lain kemenangan meliputi Anugerah Penggiat Belakang Tabir yang diterima oleh Ali Hussin manakala filem 'Kil' berjaya memperoleh Anugerah Poster Terbaik  sementara Anugerah Filem Pendek Terbaik diangkat oleh 'Jahit'.


Barisan penyampai anugerah yang turut dihadiri oleh bintang yang terkenal dengan mata galak, Noor Kumalasari mengumumkan tiada pemenang bagi kategori Anugerah Filem Animasi. Noorkumalasari turut diiringi Sofea Jane, Fimi Don dan beberapa lagi pelakon terkenal seperti Aqasha, Adam Corrie serta Ratu Cantik Malaysia,  Dewi Liana Seriestha.

Acara persembahan pentas yang diacarakan oleh Didie Alias serta pasangannya Shahrol Shiro menyaksikan pembukaan oleh pemain biola, Zoe J dan seterusnya diserikan dengan beberapa artis tempatan seperti Azlan The Typewriter, Salma Mentor, Bob AF manakala Kumpulan Muzik Sapelele dari pelajar SMK Cheras tidak ketinggalan memukau penonton dengan 13 lagu persembahan mereka. Ternyata, anak-anak muda ini mempunyai bakat yang terpendam dan mampu pergi jauh dengan bimbingan sempurna.

KEPUTUSAN PENUH:


  1. Anugerah Pengarah Harapan                      -  Ellie Suriaty
  2. Anugerah Filem Pendek Terbaik                  - Jahit
  3. Anugerah Pelakon Kanak-kanak Terbaik     -  Rykarl Iskandar
  4. Anugerah Lagu Tema Asal Terbaik              -  Aku Datang - Tomok/Rafidah Abdullah
  5. Anugerah Penataan Seni Terbaik                 -  Penanggal - Nazrul Asraff
  6. Anugerah Pereka Kostum/Busana Terbaik   - Tanda Puera - Hasnan Yaccob/Fadzilah                                                                          Abdullah
  7. Anugerah Skor Muzik Asal Terbaik               - Tanda Putera - Sharon Paul
  8. Anugerah Penataan Bunyi Terbaik               -  KL Gangster 2 - Syamsul Yusoff dan                                                                                Hisham Jupri
  9. Anugerah Penggiat Belakang Tabir              -  Ali bin Hussin
  10. Anugerah Poster Terbaik                              -  Kil - Primeworks Studios (GB)
  11. Anugerah Filem Animasi Terbaik                  -  Tiada pemenang. 












Tiada ulasan:

Catat Ulasan