Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PERDANA MENTERI, TPM MERIAHKAN SUASANA DEEPAVALI MAICCI



Perayaan Pesta Cahaya atau Deepavali anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI)  dimeriahkakehadiran Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak bersama isteri Datin Seri Paduka Rosmah Mansor di Dewan Pusat Konvensyen HGH Sentul pagi tadi.

Turut hadir pada Rumah Terbuka Deepavali MAICCI ini ialah  Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa Menteri Kabinet seperti Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta Duta Khas Inftastruktur ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri  S. Samy Vellu

Ketibaaan Najib dan isteri disambut meriah dengan iringan muzik tradisional India diringi bersama oleh Presiden MAICCI, Tan Sri K.K. Eswaran dan isteri, Puan Seri Vivienne Eswaran serta mimpemimpin parti  Barisan Nasional.

Perdana Menteri meluangkan masa lebih sejam beramah mesra bersama pengunjung sambil menikmati pelbagai juadah masyarakat India  seperti Muruku, Tosai, Ladu dan lain-lainnya waima halwa telinga pula dihiburkan oleh nyanyian artis-artis tempatan India serta tarian tradisional pelbagai kaum.

Pada majlis berkenaan kira-kira 500 golongan kurang bernasib baik terdiri daripada kanan-kanak istemewa dan warga emas dijemput memeriahkan majlis di mana mereka dihiburkan dengan badut serta pelbagai permainan.  Mereka datang daripada 17 rumah kebajikan sekitar Kuala Lumpur.

Sebelum meninggalkan majlis, Perdana Menteri dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri  dikalungkan bunga malai oleh Eswaran sebagai tanda penghargaan di atas kehadiran mereka meraikan Hari Deeepavali bersama,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan