SHARP, NOJIMA BAWA EKOSISTEM GAYA HIDUP JEPUN KE LALAPORT!
KUALA LUMPUR, 29 April 2026 – Usaha memperkenalkan ekosistem gaya hidup Jepun yang menyeluruh kepada pengguna tempatan diperkukuh apabila SHARP Electronics Malaysia dan Nojima Malaysia berganding bahu menampilkan konsep runcit bersepadu di LaLaport Bukit Bintang City Centre.
Melalui kempen “Japanese Living to My Home”, kolaborasi ini bukan sekadar mempamerkan produk elektrik dan kelengkapan rumah, sebaliknya memperkenalkan satu ekosistem kehidupan lengkap yang menggabungkan teknologi, reka bentuk dan budaya perkhidmatan Jepun dalam satu pengalaman yang lebih imersif.
Pendekatan tersebut turut mengangkat konsep omotenashi yang menekankan layanan pelanggan berkualiti tinggi, sekali gus membezakan pengalaman membeli-belah daripada kebiasaan.
“Kami mahu pengguna mempunyai pilihan barangan yang boleh diharap dan jenama Jepun sememangnya tulus dan unggul,” kata Pengarah Urusan SHARP Electronics Malaysia, Ting Yang Chung.
Sementara itu, Pengarah Nojima APAC Pte Ltd merangkap Ketua Pegawai Eksekutif COURTS (Malaysia) Sdn Bhd, Tomonori Amma berkata, kerjasama itu membuka ruang kepada pengguna untuk memahami gaya hidup Jepun secara lebih dekat melalui pendekatan yang interaktif.
“Kerjasama kami dengan SHARP membolehkan kami mempersembahkan penyelesaian teknologi dan gaya hidup Jepun dengan cara yang interaktif, menarik dan bermakna untuk rakyat Malaysia,” ujar beliau.
Dalam masa sama, Ting Yang Chung menegaskan bahawa fokus utama adalah menyediakan pilihan produk yang tahan lama dan berkualiti, khususnya ketika pasaran dibanjiri barangan kos rendah.
Beliau berkata, pengguna kini lebih berhati-hati dalam berbelanja dan mencari nilai jangka panjang, justeru SHARP tampil dengan penyelesaian yang bukan sahaja premium tetapi juga praktikal untuk kegunaan harian.
![]() |
| Foto: Saful Redzuan, |
Selari dengan peningkatan kos elektrik dan perubahan gaya hidup termasuk trend bekerja dari rumah, SHARP turut mengetengahkan teknologi Inverter J-Tech yang direka untuk penjimatan tenaga, di samping menawarkan jaminan selama lima tahun sebagai jaminan keyakinan kepada pengguna.
Ting menegaskan komitmen ini akan memastikan bahawa keluarga-keluarga di Malaysia dapat menjimatkan tenaga dengan penuh ketenangan semasa halatuju ekonomi tidak menentu dan kos elektrik melambung serta boleh membantu mereka menguruskan perbelanjaan dengan lebih bijak tanpa mengorbankan keselesaan.
Ekosistem yang diketengahkan di LaLaport itu turut melibatkan jenama seperti NITORI dan Aatas Living, menjadikan lokasi berkenaan sebagai hab gaya hidup Jepun yang menggabungkan kelengkapan rumah, perabot dan elemen estetik dalam satu ruang.
Sepanjang tempoh kempen selama dua minggu bermula 28 April, pengunjung berpeluang meneroka pelbagai inovasi termasuk teknologi Ion Plasmacluster dan biomimetik menerusi pameran interaktif di ruang utama, selain mengunjungi Japanese Living Hub yang direka menyerupai kediaman sebenar.
Pendekatan ini dilihat sebagai langkah strategik dalam mentransformasikan pengalaman runcit kepada sesuatu yang lebih menyeluruh, sekali gus meletakkan LaLaport sebagai destinasi utama bagi mereka yang ingin merasai sendiri gaya hidup Jepun moden di Malaysia.
#SharpElectronicsMalaysia #JapaneseLivingToMyHome #LalaPort #Jepun #InverterJTech #fyp





Tiada ulasan:
Catat Ulasan