Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ADAKAH LAGU KEGEMARAN ANDA TERSENARAI? JOM SEMAK SENARAI 20 CALON FINALIS AJL40!


DEBARAN
kini memuncak dengan pengumuman rasmi 20 lagu yang terpilih untuk pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 40 (SFMM40) yang menjanjikan persaingan cukup sengit. 

Pemilihan ini bukan sahaja berdasarkan populariti, malah kualiti komposisi yang telah dinilai secara profesional oleh barisan juri bagi memastikan hanya karya terbaik yang layak bersaing.


Berdasarkan maklumat terkini, berikut merupakan senarai lengkap lagu dan artis yang bakal berentap di Studio 1 Glenmarie pada 17 dan 18 April 2026iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu.


Senarai 20 Lagu Separuh Akhir AJL40:


No.

Judul Lagu

Penyanyi

1

Satu Sapaan

Raeesa

2

Memori Mungkin Parah

Aisha Retno

3

Risiko

Benzooloo, Tuju, MK K-Clique & Ghidd

4

Saksama

Akim & The Majistret

5

Puja

Syamel

6

Senyawa

Siti Nordiana

7

Hening Rindu

Marsha Milan

8

Diam

Hael Husaini

9

Sinar Pelangi

Sufian Suhaimi

10

Masihkah Ada

Ernie Zakri

11

Angau

Fahimi Rahmat

12

Karya

Amylea

13

Sudah

Ara Johari

14

Satu

Stacy

15

Lebuhraya Ke Syurga

Ramli Sarip

16

Bukan Sekadar

Nadeera Zaini

17

Hanya Singgah

Sarah Suhairi

18

Lafaz

Khai Bahar

19

Retak

Shila Amzah

20

Ilusi

Haqiem Rusli



Para peminat muzik tanah air boleh menyaksikan persembahan hebat ini bermula jam 9.00 malam secara langsung dari Studio 1, Glenmarie


Selain siaran utama di saluran TV3, penonton juga boleh mengikuti strim secara eksklusif melalui aplikasi Tonton untuk merasai bahang debaran saringan ini.


Sama-sama kita nantikan siapa yang bakal memberikan persembahan vokal dan konsep yang paling mantap untuk menempah tiket ke pentas akhir AJL40 nanti.



#AJL40 #Studio1Glenmarie #TV3 #SFMM40 #Tonton #20LaguKeSeparuhAkhir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan