'GANJARAN RAKSASA' : WATSONS MALAYSIA CETUS SEJARAH, LEBIH RM10 JUTA UNTUK PELANGGAN!
WATSONS Malaysia mencipta sejarah baharu apabila memperkenalkan kempen “Ganjaran Raksasa”, sekali gus mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records bagi Nilai Ganjaran Tertinggi dalam program kesetiaan di Malaysia dengan lebih RM10 juta melalui W Rewards.
Kempen terbesar yang pernah dianjurkan itu melambangkan komitmen Watsons dalam menghargai lebih 8 juta ahli Watsons Club di seluruh negara.
Melalui ekosistem ganjaran ini, ahli bukan sahaja boleh mengumpul dan menebus mata, malah menikmati pelbagai manfaat merangkumi kategori makanan & minuman, pelancongan, gaya hidup, kesihatan dan kecantikan.
Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Ketua Pegawai Operasi, Kesihatan & Kecantikan Asia, A.S. Watson Group, Caryn Loh berkata, sejak diperkenalkan pada 2010, Watsons Club terus berkembang menjadi platform ganjaran gaya hidup yang relevan mengikut keperluan pengguna.
Menurutnya, kempen “Ganjaran Raksasa” tahun ini menawarkan lebih RM10 juta dalam W Rewards melibatkan lebih 150 rakan jenama, sekali gus memperkukuh ekosistem kesetiaan sedia ada serta meningkatkan penglibatan ahli.
“Pencapaian ini mencerminkan komitmen kami dalam memberi ganjaran secara besar-besaran kepada pelanggan di samping mencipta nilai bersama rakan niaga,” kata Caryn pada majlis pelancaran kempen 'Ganjaran Raksasa’ yang berlangsung di hadapan Lot 10, Bukit Bintang baru-baru ini.
Melalui W Rewards, ahli boleh menikmati penjimatan eksklusif, mengumpul mata bagi setiap pembelian dan menebus ganjaran serendah 10 mata. Mata juga boleh digunakan sebagai diskaun segera di kedai fizikal dan dalam talian, selain penebusan terus untuk produk terpilih dengan mata minimum.
Dalam usaha memperluas capaian kepada pelbagai peringkat pengguna, Watsons turut memperkenalkan Watsons Student Club yang menyasarkan golongan muda berumur 21 tahun ke bawah.
Program ini menawarkan ganjaran seperti 10 kali mata setiap hari Selasa untuk pembelian pertama, memberi peluang kepada pelajar menikmati lebih penjimatan.
Sepanjang kempen berlangsung, ahli baharu Watsons Club turut menerima pelbagai ganjaran termasuk baucar jenama Watsons bernilai RM5, beg edisi terhad “Ganjaran Raksasa” serta pek baucar sehingga RM300.
Selain itu, ahli menikmati kelebihan seperti 2X mata untuk produk Watsons, 5X mata pada bulan kelahiran serta tawaran tambahan diskaun dalam talian.
Bagi meraikan pencapaian ini, sepanjang kempen “Ganjaran Raksasa” yang berlangsung dari 14 hingga 19 April 2026 dari jam dari jam 10 pagi hingga 10 malam, Watsons Malaysia menganjurkan pelbagai aktiviti khas di mana pengunjung dan ahli dijemput untuk merasai sendiri ekosistem ganjaran Watsons.
Ahli Watsons Club boleh bermain permainan menggunakan mata mereka untuk memperoleh ganjaran, serta meneroka tawaran eksklusif W Rewards hanya dengan memuat turun dan menunjukkan aplikasi Watsons.
Kempen ini turut disokong dengan promosi menarik termasuk diskaun sehingga 60 peratus untuk produk kedua serta harga eksklusif ahli, berlangsung hingga 22 April 2026 di semua cawangan Watsons seluruh negara dan melalui aplikasi rasmi mereka.
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.watsons.com.my/promo-promotion atau kunjungi cawangan Watsons terdekat anda.
#WatsonsMalaysia #GanjaranRaksasa #WRewards #WatsonsStudentClub #fyp





Tiada ulasan:
Catat Ulasan