Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DARI AMPANG KE DUNIA, MR. HELMET SEDIA TEMBUSI PASARAN LUAR!


PELANCARAN
mesin sanitasi helmet automatik, Mr. Helmet, membuka lembaran baharu dalam inovasi penjagaan kebersihan penunggang motosikal apabila hampir 500 motosikal berhimpun di Taman Rekreasi Kampung Tasek Tambahan, Ampang semalam, 18 April 2026.


Produk yang dibangunkan oleh CleanXpert Sdn Bhd itu menampilkan teknologi automatik yang berfungsi menyah bau, membasmi kuman serta bakteria, sekali gus mengembalikan kesegaran helmet yang sering terdedah kepada peluh dan kelembapan cuaca tempatan.


Majlis pelancaran berkenaan disempurnakan oleh Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang menegaskan kepentingan pematuhan undang-undang jalan raya di samping mengamalkan gaya hidup sihat dalam kalangan penunggang motosikal. 


Beliau turut melihat potensi besar inovasi tersebut sebagai pemangkin kepada peluang keusahawanan baharu dalam era digital.


“Dengan kehadiran MR. HELMET di pasaran saya yakin akan membuka peluang yang luas kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan digital yang mudah dan ringkas secara tidak langsung dapat menjana pendapat pasif setiap bulan dengan masa yang fleksibel dan tidak terikat dengan sesiapa,” ujar Tengku Zafrul dalam ucapan perasmiannya yang dibaca oleh wakilnya, ADUN Lembah Jaya, Syed Ahmad Bin Syed Abdul Rahman Ad-Hadad atau lebih dikenali sebagai YB Altimet.


Turut hadir Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya Ts. Haji Hasrolnizam Shaari dan Ketua Pegawai Eksekutif CleanXpert Sdn Bhd, Razalee Yshya iaitu syarikat yang mengusahakan pengeluaran Mr. Helmat.



Menurut Tengku Zafrul, Mr. Helmet bukan sahaja menawarkan penyelesaian praktikal kepada isu kebersihan helmet, malah berupaya menjadi platform perniagaan yang mudah diurus dengan pulangan pendapatan pasif serta fleksibiliti masa kepada pengusaha.


“Saya menyeru kepada mereka yang mempunyai modal dan ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan untuk menjadikan Mr. Helmet ini sebagai platform permulaan untuk mengubah diri menjadi usahawan moden di zaman digitalisasi yang semakin canggih ini,” tambah Tengku Zafrul.


Beliau melahirkan sokongan penuhnya  terhadap usaha CleanXpert Sdn Bhd untuk memperluaskan pemasaran produk itu ke seluruh negara, khususnya di Ampang, bagi memastikan perkhidmatan tersebut mudah diakses oleh masyarakat setempat.


Turut berlangsung dalam majlis tersebut ialah pemeteraian memorandum persefahaman antara CleanXpert Sdn Bhd dan Petronas Lubricants Marketing, selain kerjasama strategik melibatkan rakan dari Indonesia dan Vietnam. 



Dengan kolaborasi itu, Tengku Zafrul berharap perjanjian yang termeterai ini akan mengharumkan lagi nama Malaysia di persada dunia. 


Sementara itu, Altimet turut menegaskan kepentingan penjagaan kebersihan helmet dalam kalangan penunggang motosikal waima ia antara peralatan paling penting yang sering diabaikan walaupun digunakan setiap hari.


Menurut beliau, dalam keadaan cuaca Malaysia yang panas dan lembap, penggunaan helmet mudah menyebabkan peluh terkumpul sekali gus meningkatkan risiko pembiakan kuman.


“Helmet ini kita pakai setiap hari, tetapi kita jarang ambil berat soal kebersihannya. Dalam cuaca panas dan humid, memang kita mudah berpeluh dan itu memberi kesan kepada keadaan dalam helmet,” katanya ketika ditemui.


Beliau turut berkongsi pengalaman sendiri sebagai penunggang motosikal yang memahami situasi tersebut, termasuk keadaan helmet yang terdedah kepada kotoran dan peluh, terutama apabila digunakan dalam pelbagai keadaan harian.



Dalam masa sama, beliau melihat inisiatif memperkenalkan mesin sanitasi helmet sebagai satu langkah positif yang bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna, tetapi turut membuka peluang kepada usahawan tempatan.


“Konsep seperti vending machine ini bukan sesuatu yang baharu, tetapi aplikasinya untuk cucian dan sanitasi helmet adalah sesuatu yang praktikal. Lokasi seperti tempat makan atau masjid sangat sesuai kerana pengguna boleh membersihkan helmet mereka sambil melakukan aktiviti lain,” jelasnya.


Dalam pada itu, Razalee memberitahu, teknologi yang digunakan dalam mesin tersebut mampu membunuh sehingga 99.9 peratus kuman, sekali gus menawarkan penyelesaian lebih efektif berbanding cucian biasa.


“Bagi tahun ini, syarikat menyasarkan kira-kira 1,000 mesin akan ditempatkan di seluruh negara melibatkan lokasi strategik seperti stesen minyak, bengkel motosikal, kedai dobi serta kawasan awam,” ujar Razalee.


Inisiatif ini dijangka mampu meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kebersihan helmet di samping merangsang peluang keusahawanan melalui model perniagaan berasaskan mesin layan diri.



#MrHelmet #TengkuZafrul #NyahBauPeluh #Altimet #CleanXPertSdnBhd #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan