ASIA RECORDS NOBATKAN ST ROSYAM MART PEMEGANG REKOD PERTAMA INDUSTRI PERNCITAN BORONG!
JENAMA runcit terkemuka, ST Rosyam Mart, berjaya mengukir sejarah apabila dinobatkan sebagai Rangkaian Hypermarket Borong 24-Jam Paling Pesat Berkembang 2025 (Pemegang Rekod Pertama) oleh Asia Records.
Pengiktirafan ini diberikan oleh badan perekod serantau tersebut bagi menghargai pencapaian luar biasa jenama itu dalam merancakkan landskap peruncitan borong di Asia, sekali gus menetapkan standard baharu bagi aspek kemudahan, aksesibiliti, dan nilai kepada pengguna.
Sebagai penerima sulung anugerah berkenaan, ST Rosyam Mart diiktiraf atas usahanya memperkasakan sektor peruncitan halal yang kini menjadi antara rangkaian pasar raya borong paling berpengaruh di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Sri Ternak, Dato Raymond Ho, menyatakan rasa bangga atas pengiktirafan daripada Asia Records itu yang menyifatkan kejayaan tersebut sebagai refleksi dedikasi seluruh pasukan.
Menurut beliau, syarikat akan terus komited untuk memperluas rangkaian mereka serta mempertingkatkan perkhidmatan demi memenuhi keperluan pasaran yang sentiasa berubah, sekali gus membantu orang ramai dan komuniti perniagaan menjimatkan masa serta kos sara hidup.
Senada dengan itu, Pengarah ST Rosyam Mart, Datuk Rosyam Nor, menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai satu pencapaian yang membanggakan hasil daripada kepercayaan pelanggan serta rakan kongsi.
Beliau memberi jaminan bahawa jenama tersebut akan kekal komited dalam menawarkan nilai dan harga mampu milik kepada seluruh rakyat Malaysia melalui model perniagaan yang unik.
Setakat tahun 2026, ST Rosyam Mart kini mengendalikan sembilan cawangan yang tertumpu di Lembah Klang dan Negeri Sembilan.
Lebih daripada sekadar pusat membeli-belah, ia menawarkan pengalaman lima bintang dalam persekitaran 24 jam dengan harga borong yang merangkumi pelbagai barangan segar, keperluan rumah, serta konsep ‘Celebrity Corner’ yang menjadi identiti uniknya.
Cawangan terbaharunya di Jakel Square turut memperkenalkan zon ‘Malaysia Selection’ yang memaparkan pilihan produk tempatan terpilih bagi memperkaya pengalaman membeli-belah di bawah satu bumbung.
Apa yang menjadikan ST Rosyam Mart lebih istimewa adalah penyediaan lebih daripada 20 perkhidmatan percuma yang jarang ditemui di pasar raya lain, termasuk bantuan kecemasan bateri kereta, pam tayar, pinjaman payung, dan perkhidmatan memotong daging secara percuma.
Dengan berpegang teguh kepada slogan ‘Berbelanja Di ST Rosyam Mart, Dompet Abang Selamat!’, jenama ini terus melangkah gagah dalam usaha memberikan aksesibiliti dan pengalaman membeli-belah yang luar biasa kepada semua.
#STRosyamMart #AsiaRecords #BerbelanjaDiRosyamMartDompetAbangSelamat


Tiada ulasan:
Catat Ulasan