T FIGHT ALL STAR 2026 GEGARKAN STADIUM TITIWANGSA, PERTARUNGAN SULONG BUAKAW JADI TUMPUAN!
STADIUM Titiwangsa bakal menjadi pusat tumpuan peminat sukan tempur apabila kejohanan T-Fight All Star 2026 berlangsung dengan menampilkan barisan atlet antarabangsa yang dijangka menghidangkan aksi penuh intensiti dan kelas tersendiri.
Acara berprestij ini menghimpunkan petarung dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Thailand, China, Indonesia, Kemboja, Uganda dan Maghribi, sekali gus mengangkat T-Fight All Star 2026 sebagai antara kejohanan Muay Thai bertaraf antarabangsa yang paling dinantikan tahun ini.
Tumpuan utama sudah pasti terarah kepada kemunculan ikon dan bintang Muay Thai dunia, Buakaw Banchamek, yang akan membuat penampilan sulungnya di Malaysia dalam kategori 70 kilogram sebagai pertarungan utama malam tersebut.
Kehadiran beliau bukan sahaja mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat, malah turut dianggap sebagai detik bersejarah buat arena sukan tempur negara.
Dalam pertarungan utama itu, Buakaw dijadualkan menentang petarung dari Beijing, Meng Gaofeng, yang membawa reputasi tersendiri di pentas antarabangsa.
Pertembungan Thailand menentang China ini dijangka menjadi antara aksi paling sengit malam berkenaan, dengan kedua-dua atlet memiliki rekod dan pengalaman yang mengagumkan di gelanggang profesional.
Secara keseluruhan, kejohanan ini akan menampilkan tujuh perlawanan yang bukan sahaja mengetengahkan bakat tempatan, tetapi turut memperlihatkan kehadiran atlet berkelas dunia, sekali gus memperkukuhkan reputasi T-Fight All Star sebagai platform sukan tempur yang semakin mendapat tempat di peringkat global.
Penganjuran edisi 2026 ini dijangka memberi pengalaman luar biasa kepada peminat yang hadir, selain mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi penganjuran acara sukan tempur antarabangsa yang semakin berkembang, sekali gus memberi peluang kepada peminat untuk menyaksikan aksi legenda dunia secara langsung buat pertama kali di Malaysia.
Maklumat lanjut mengenai tiket yang dibuka pada harga serendah RM198 boleh klik DI SINI.
#TFightAllStar2026 #MuayThai #BuakawBanchamek #BuakawBanchamek #fyp






Tiada ulasan:
Catat Ulasan