GOOGLE, ChangeX LANCAR DANA SEMARAK MALAHYSIA RM30,000 PERKASA KOMUNITI SELANGOR!
PENDUDUK dan organisasi tempatan di Selangor kini berpeluang mengubah wajah komuniti masing-masing menerusi pelancaran Dana Google Semarak Malaysia Fund: Selangor, yang direka khas untuk memupuk semangat kemasyarakatan di seluruh negeri tersebut.
Inisiatif hasil kolaborasi strategik antara Google dan platform penglibatan komuniti, ChangeX, ini menyasarkan pemerkasaan akar umbi melalui sokongan dana bagi projek yang memfokuskan kepada kemahiran masa hadapan dan kelestarian alam sekitar.
Berbeza dengan bantuan konvensional, dana ini bertindak sebagai pemangkin yang meletakkan sekolah dan organisasi tempatan sebagai pengemudi utama pembangunan setempat.
Dengan tawaran geran sehingga RM30,000, program ini membuka ruang seluas-luasnya untuk pelaksanaan idea-idea inovatif yang mampu menangani isu-isu kritikal seperti jurang digital dan cabaran perubahan iklim secara praktikal.
Ketua Pembangunan Ekonomi & Pusat Data Global di Google, Utaukwa Allen, menegaskan bahawa penglibatan syarikat itu bukan sekadar sebagai penyumbang dana, tetapi sebagai jiran tetangga yang komited terhadap kesejahteraan kawasan operasi mereka.
“Melalui kolaborasi ini, kami berharap dapat bekerjasama dengan komuniti di seluruh Selangor, dan komuniti lain di Asia, untuk membina kemahiran praktikal dan menyampaikan inisiatif mampan dalam bidang seperti pengurusan air dan tenaga,” kata Utaukwa Allen sambil meluahkan rasa terujanya bekerjasama dengan ChangeX, yang membawa kepakaran mendalam dalam menyokong program yang diterajui oleh komuniti.
Antara fokus utama dana ini termasuklah membiayai program celik digital bagi membina laluan kerjaya belia serta membantu usahawan kecil meningkatkan daya saing melalui kemahiran kewangan dan teknologi.
Selain itu, elemen perjuangan iklim turut diterapkan melalui latihan bengkel pembaikan yang diterajui pemimpin komuniti bagi memupuk budaya kitar semula dan mengurangkan sisa buangan di kawasan kejiranan.
Sementara itu, Pengasas Bersama dan Ketua Impak di ChangeX, Niamh McKenna, menyifatkan sokongan ini sebagai satu bentuk kebebasan kepada penggerak perubahan tempatan.
“Bersama Google, kami menyokong tindakan diterajui komuniti di Selangor: memanfaatkan idea yang telah terbukti, sambil memberi kebebasan kepada penggerak perubahan tempatan untuk bertindak balas terhadap keperluan setempat,” ujarnya.
Bagi sekolah atau organisasi yang ingin membawa impak positif, permohonan kini dibuka sehingga tarikh tutup pada 9 Jun 2026.
Sebagai alternatif, mereka dijemput untuk memohon pembiayaan bagi projek unik mereka sendiri dengan geran sehingga RM30,000 tersedia untuk dimohon.
Setiap permohonan akan dinilai berdasarkan impak sosial dan kesesuaian projek dengan matlamat kelestarian komuniti.
Pihak yang berminat dijemput untuk mengemukakan cadangan projek mereka melalui platform rasmi ChangeX bagi memulakan langkah transformasi komuniti di Selangor.
Semua permohonan akan disemak mengikut kriteria dana dan permohonan lain.
Ketahui lebih lanjut dan mohon di: https://bit.ly/4bB8kjI atau klik INI.
Mengenai ChangeX:
ChangeX ialah platform penglibatan komuniti yang direka untuk menyalurkan pembiayaan dan sumber secara terus kepada orang awam bagi menerajui projek berimpak di kawasan kejiranan mereka.
Ditubuhkan pada 2015, ChangeX bekerjasama dengan inovator sosial untuk memperluas penyelesaian terbukti bagi isu alam sekitar, ekonomi, dan sosial. Ia juga menjalin kerjasama dengan syarikat serta yayasan untuk menyokong komuniti tempatan melalui pembiayaan yang diperlukan. Antara penyumbang dananya termasuk Google, LEGO Foundation, Microsoft, dan Paramount.
ChangeX ialah organisasi bukan keuntungan antarabangsa yang beribu pejabat di Dublin, Ireland, dengan pasukan yang berpangkalan di seluruh Eropah, Amerika, Afrika, dan Asia. Boleh layari www.changex.org
Hubungi: susie@changex.org / aman@changex.org
Mengenai Google:
Misi Google adalah untuk menyusun maklumat dunia dan menjadikannya boleh dicapai serta berguna secara universal. Melalui produk dan platform seperti Search, Maps, Android, Google Play, Chrome, YouTube, Google Workspace, dan Google Cloud, Google memainkan peranan penting dalam kehidupan harian berbilion manusia dan telah menjadi salah satu syarikat paling dikenali di dunia. Google merupakan anak syarikat Alphabet Inc.
#Google #ChangeX #DanaGoogleSemarakMalaysiaFundSelangor #Geran #fyp




Tiada ulasan:
Catat Ulasan