Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DAVID TEO RAIKAN WARGA MIG SEMPENA TAHUN BARU CINA

BARISAN artis-artis baru dan lama MIG yang hadir.
Minggu hadapan seluruh masyarakat Tionghua akan menyambut kehadiran Tahun Baru Cina yang jatuh pada tahun monyet. Dan seperti biasa, produser terkenal, Major Kehurmat David Teo tidak ketinggalan meraikannya lebih awal sebelum beliau dan anggota keluarga merayakannya di kampung halamannya di Segamat, Johor.

Sebenarnya, inilah pertama kali Kak Fas berkesempatan berkunjung ke majlis sambutan Tahun Baru Cina yang dianjurkan David  bagi meraikan lebih 20 pelakon baru dan lama serta seluruh kakitangan MIG  di  pejabat Wisma Metrowealth, Pusat Perdagangan Petaling Jaya Selatan, Selangor.
DAVID tidak ketinggalan memberi 'ang pau' pada artis2nya.

Sejujurnya kedatangan Kak Fas ke pejabat Metrowealth adalah untuk memenuhi temujanji dengan Azhar yang bertanggungjawab mengendalikan portal MIG online. Ada beberapa perkara yang Kak Fas mahu berbincang dengan beliau.

Tup tup Kak Fas dibawa ke tingkat 7 dan alangkah terkejutnya bila mendapati ramai pula yang berkumpul di situ malah nampak pula kelibat beberapa rakan media lain disitu.

Ada majlis agaknya bisik hati. Namun sebaik sahaja melangkah masuk ke ruang pejabat, Kak Fas dipelawa oleh Fizah untuk bersama teman media lain dan menjamu makanan tengah hari.

Bila ditanya barulah Kak Fas sedar rupanya ia majlis meraikan kakitangan dan barisan artis MIG di mana majllis sedemikian sudah menjadi seperti acara tahunan apabila tibanya musim perayaan samada Tahun Baru Cina  atau pun Hari Raya Aidilfitri.

Pada majlis santai dan sederhana itu, diisi dengan aturcara membaca ayat-ayat suci Al Quran dan diakhiri dengan doa selamat sebelum acara diteruskan dengan cabutan bertuah dan sebagainya.

JANE (atas, kanan) bersama artis-artisnya.

Kak Fas benar-benar tabik dan kagum dengan David Teo. Sebagai seorang produser bukan Melayu beliau tidak ketinggalan menganjurkan majlis doa selamat  di mana langkah seperti ini jarang Kak Fas dapat lihat di kalangan produser lainnya khususnya kalangan Islam.

Barangkali ada cuma Kak Fas tidak dijemput agaknya tetapi yang pasti Kak Fas percaya David Teo tidak pernah meninggalkan acara murni ini setiap tahun sebelum meraikan perayaan apa sekali pun. Bulan Ramadan pun beliau sebuk menjamu anak-anak yatim dan menghulurkan sumbangan kepada rumah-rumah kebajikan.

Seperti katanya selalu, 'Bukan janji tapi pasti', David sesungguhna mengkotakan apa yang dijanjikannya. Belum pernah Kak Fas dengar beliau tidak mengadakan sebarang majlis keraian pada bulan Ramadan, Syawal mahu pun Tahun Baru Cina.

Berkongsi wang ringgit adalah prinsipnya. Pemberian 'ang pau' dan 'duit raya' menjadi satu kemestian. Beliau tidak kedekut untuk memberi, barangkali itulah juga kenapa rezekinya bertambah.


SERINA Redzuan (baju merah) antara artis MIG yang sudah dua tahun bersama Mr David.

ANTARA talent MIG yang hadir (L-R): Emily Chan, Syerinie Myra, Dayang Areeda, Dania Azmi & Afiera Riana
Meriah sungguh suasana yang berlangsung. Warna kuning menjadi tema majlis dan rata-rata yang hadir kelihatan mesra seperti sebuah 'keluarga'  erat tidak kira bangsa. Layanan David dan isterinya  Jane Lim, juga anak perempuan sulongnya Ruby bagaikan ibu bapa kepada anak-anak mahu pun keluarga dan bukannya seorang 'boss' lagaknya.

ANAK David, Ruby (kiri) dan Emily.

Sekiranya ada sebuah anugerah, Kak Fas mahu sahaja cadangkan David Teo sebagai penerima Anugerah Tokoh 1 Malaysia kerana tanpa prejudis, tanpa menilai warna kulit, produser yang petah berbahasa Melayu serta berpantun ini sesungguhnya seorang yang mampu mengeratkan tali silaturrahim semua kaum di bawah bumbung Metrowealth.




Syabas Mr David.  Pada tahun ini, seperti biasa David akan pulang ke Segambut untuk bersama keluarganya namun percutiannya hanya singkat.

"Raya Cina saya cuma cuti dua hari tetapi untuk Raya AIdilfitri saya selalu cuti lebih panjang," ujar David selamba.

WARGA MIG  pada majlis doa selamat.

Gong Xi Fa Cai David Teo, Jane dan keluarga serta seluruh warga Metrowealth yang menyambutnya.

Untuk peminatnya David mengambil kesempatan untuk mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua.