Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

FFM28: KONTROVERSI TERLERAI SUDAH


Sudah 28 kali Festival Filem Malaysia berlangsung dan tidak dinafikan setiap tahun penganjurannya ada sahaja kontroversi yang melanda.

Dan setiap kali timbulnya isu setiap kali pula FFM terpaksa berubah haluan  terutamanya dalam soal pencalonan. 

Boleh dikatakan pihak penganjur berlembut jugalah dalam mengambil kira pandangan ramai yang dilontarkan apatah lagi bila membangkitkan soal rasis.

Malah apabila melibatkan campur tangan Menteri, maka keputusan terpaksa jua mengikut kata Menteri walau pun pada hakikatnya terpaksa mengorbankan asas dan tujuan asal penganjurannya sejak mula dianjurkan oleh Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (EJA).

Begitulah kita.. sekali air bah sekali pantai berubah... era sains dan teknologi memaksa 'undang-undang' turut berubah mengikut peredaran masa. Dan FFM tidak terkecuali.


Oleh kerana mahu mengimbangi hak semua bangsa yang bergelar anak Malaysia, Festival Filem Malaysia terpaksa akur untuk menyatukan semua karya tidak kira bangsa di bawah satu Anugerah.


Calon Pelakon Baharu Wanita Terbaik – Raja Ilya
Tiada lagi anugerah filem Melayu dan bukan Melayu pada kali ini. Semuanya sama rata. Itu yang dimahukan semua karyawan filem tanah air khususnya generasi muda.

Tujuan kategori Anugerah Filem Bukan Melayu pada asalnya adalah untuk menggalakkan kaum bukan Melayu melahirkan filem-filem Melayu tetapi nampak gayanya objektif asal memakan tuannya kembali.

Apabila filem-filem berkualiti sudah dikeluarkan oleh pengarah bukan Melayu dengan bahasa 'rojak' di dalam sebuah filem 'Melayu' yang mendapat kutipan 'box office', timbullah rasa kurang puas hati kenapa anugerah utama diasing-asingkan.

Sebenarnya Kak Fas rasa tak salah pun jika diasingkan ke atau disekali kan tetapi kita harus lihat tujuan asal FFM ditubuhkan. Inilah satu-satunya festival yang diangkat oleh Kerajaan menjadi sebuah anugerah filem diiktirah negara. Kenapa perlu diubah?

Sudah banyak anugerah-anugerah baharu yang sedia ada anjuran pihak swasta yang mempunyai pelbagai kategori seperti pililhan penonton melalui sms dan sebagainya, jadi Kak Fas rasa tidak perlulah FFM mengikut langkah seperti Anugerah BIntang Popular, Anugerah Meletop atau lain-lain yang ada.

Biarkan Festival FIlem Malaysia dalam bentuk asalnya. Itu yang membuatkan ia berbeza daripada anugerah-anugerah lain.Tidak perlu ada kategori pilihan penonton sekali pun.

Tetapi itu pandangan peribadi kita, orang lain mempunyai pandangan berbeza... iya lah rambit sama hitam, tetapi hati lain-lain ya tak. Cuma yang sedihnya apabila ada jer bantahan kita mula menggelabah.  Kita tiada pendirian tetap... ikut untuk memuaskan hati semua orang walau pun tidak semua juga yang berpuas hati.


Kak Fas sendiri sudah lama sebenarnya 'membesar' bersama Festival FIlem Malaysia dan pernah menganggotai jawatankuasa induk beberapa kali ketika menerajui Persatuan Wartawan FIlem Malaysia (PWFM) sebagai Setiausaha.

Boleh dikatakan sudah 'lali' dengan pelbagai isu yang ditimbulkan cuma isu kali ini yang berkait dengan soal kaum sepatutnya tidak tumbul. Tidak salah kan ada pengasingan kategori 'Filem Bukan Melayu", sekurang-kurangnya ada juga kategori untuk mereka bertanding.

Tetapi keputusan akhir telah pun dibuat atas campur tangan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Kerajaan membuat keputusan membuka kategori utama kepada semua penggiat filem selepas isu mengenai kategori yang mengasingkan filem Bahasa Malaysia dengan bukan Bahasa Malaysia  hangat diperdebatkan banyak pihak.

Keputusan itu menyaksikan tiga kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik Bukan Dalam Bahasa Malaysia dimansuhkan. Malah, ditambah pula kategori baharu, Anugerah Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan.

Jadi jangan lagi ada perkara berbangkit iya tak? Entah apa pula agaknya kontroversi tahun hadapan? Emmm....

"Insya-Allah selepas ini tidak akan ada lagi pertelagahan di antara wakil persatuan apabila majoriti menyokong penganjuran FFM28 tahun ini," kata Ketua Pengarah Finas Datuk Kamil Othman  ( pix bawah, tengahpada majlis pengumuman pengacara, penyampai trofi dan artis terbabit persembahan pada malam FFM28 di sebuah hotel terkemuka baru-baru ini yang disempurnakan oleh Persatuan Wartawan dan Penulis HIburan Malaysia (WHAM).



Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah FINAS, Dato Fauzi Ayob (kiri) serta Presiden Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM), Datuk Yusof Haslam.


FFM28 akan berlangsung pada 1 hingga 3 September depan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Pada malam perasmian yang bakal berlangsung di Studio Soundstage, FINAS, Hulu Klang. akan menyaksikan Sharifah Shahora dan Wan Syarul bertindak selaku pengacara bagi majlis penyampain sepuluh anugerah awal.



Manakala malam kemuncak FFM28 pada 3 September ini bakal menyaksikan gandingan Nabil Ahmad dan Sherry Al Hadad sebagai pengacara dengan barisan penyampai anugerah terdiri daripada  Fauziah Dato' Ahmad Daud, Tam Suhaimi, Khir Rahman, Aziz M. Osman, Dr. Mahadi J. Murat, Tunku Mona Riza, Mamat Khalid, Shaheizy Sam, Maya Karin, Ghaz Abu Bakar dan ramai lagi.

Para artis yang bakal memeriahkan persembahan pentas  pada malam perasmian dan malam Anugerah pula meliputi wajah lama dan baharu  seperti   Datuk Hattan, Siti Sarah Raisudin Adira, Hazama, Kumpulan Votez,Dayang Nurfaizah, Bunkface, Man Bai, Jaclyn Victor, Tomok,  Lan Typewriter, Kumpulan Back to Basixx,Ernie Zakri. Aizat Amdan & Tomok serta Maman Teacher;s Pet dan Dewi Liana Seriestha.

Seperti tahun lepas, pemenang FFM tidak lagi menerima ganjaran bentuk wang tunai sebaliknya penghargaannya dijelmakan melalui rekaan trofi yang terdapat satu kepingan emas 916.

FFM28 akan disiarkan secara secara langsung menerusi saluran Astro Rio HD pada pukul 9 malam.

Pada FFM28 kali ini filem 'Ola Bola' menerima pencalonan terbanyak iaitu sebanyak 14 pencalonan daripada 27 pencalonan utama yang dipertandingkan. Arahan Chiu Keng Guan, filem ini meraih kutipan panggung RM15.85 juta .






SENARAI PENCALONAN PENUH FFM28:

1. Ola Bola (14 Kategori)

Kesan Visual Khas Terbaik – Bak Chee Hong
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Shivatharan Nambiar
Pelakon Baharu Wanita Terbaik – Marianne Tan
Pelakon Baharu Lelaki Terbaik – Saran Kumar
Lagu Tema Asal Terbaik Zee Avi & Rendrsa Zawawi – Arena Cahaya (Zee Avi)
Skor Muzik Asal Terbaik – San Weng Onn / San Wai Lik (Alex San)
Penataan Seni Terbaik – Soon Yong Chow
Penyunting Terbaik – Gywneth Lee
Pereka Kostum/Busana Terbaik – Elainee Ng / Weng Shum
Lakon Layar Terbaik (Filem Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia) – Chan Yoke Yeng / Tan Pik Yee
Cerita Asal Terbaik – Chiu Keng Guan / Chan Yoke Yeng / Tan Pik Yee
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Sri Balasubramaniam
Pengarah Terbaik (Filem Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia) – Chiu Keng Guan
Filem Terbaik Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia – Astro Shaw Sdn.Bhd /Golden Screen Cinema Sdn.Bhd/Multimedia Entertainment Sdn.Bhd

2. Polis Evo (10)

Penataan Bunyi Terbaik – Imaginex Studios Sdn Bhd
Penyunting Terbaik – Nazim Shah
Sinematografi Terbaik – Haris Hue Abdullah
Pereka Kostum/Busana Terbaik – Nasirah Ramlan
Lakon Layar Terbaik Ffm28 – Joel Soh / Kyle Goonting /Anwari Ashraf Hashim / Adib Zaini
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Hushairi Husain
Pelakon Lelaki Terbaik – Zizan Razak
Pelakon Lelaki Terbaik – Shaheizy Sam
Pengarah Terbaik Ffm28 – Ghaz Abu Bakar
Filem Terbaik Ffm28 – Astro Shaw Sdn.Bhd

3. Jagat (9)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Harvind Raj
Pengarah Baharu Terbaik – Shanjhey Kumar Perumal
Penataan Seni Terbaik – Esvaran Krishnan
Penyunting Terbaik – Kumaran Arumugam
Sinematografi Terbaik – Senthil Kumaran Muniandy
Lakon Layar Terbaik (Filem Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia) – Shanjhey Kumar Perumal
Cerita Asal Terbaik – Shanjhey Kumar Perumal
Pengarah Terbaik (Filem Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia) – Shanjhey Kumar Perumal
Filem Terbaik Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia – Skyzen(M) Sdn.Bhd

4. Munafik (9)

Kesan Visual Khas Terbaik – Viper Studios Sdn Bhd
Lagu Tema Asal Terbaik – Syamsul Yusuf – Kalah Dalam Menang (Syamsul Yusof & Mawi)
Skor Muzik Asal Terbaik – Syamsul Yusof
Penataan Bunyi Terbaik – Imaginex Studios Sdn Bhd
Penyunting Terbaik – Syamsul Yusof
Sinematografi Terbaik – Rahimi Maidin
Pelakon Wanita Terbaik – Nabila Huda
Pengarah Terbaik Ffm28 – Syamsul Yusof
Filem Terbaik Ffm28 – Skop Productions Sdn.Bhd

5. The Kid From The Big Apple (9)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik- Tan Qin Lin
Pengarah Baharu Terbaik- Jess Teong
Penataan Seni Terbaik- Ray Tan Yew Swee
Penyunting Terbaik – Loon Chean Hoong
Pereka Kostum/Busana Terbaik – Jess Teong
Lakon Layar Terbaik (Filem Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia) – Jess Teong
Cerita Asal Terbaik Jess Teong
Pengarah Terbaik (Filem Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia) – Jess Teong
Filem Terbaik Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia – Three Production Sdn.Bhd

6. Mat Moto – Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit ((8)



Pelakon Baharu Wanita Terbaik – Falisha Crosley
Pengarah Baharu Terbaik – Pekin Ibrahim
Penataan Bunyi Terbaik – Imaginex Studios Sdn Bhd
Sinematografi Terbaik – Raja Mukhriz
Lakon Layar Terbaik Ffm28 – Pekin Ibrahim
Cerita Asal Terbaik – Pekin Ibrahim
Pelakon Lelaki Terbaik – Pekin Ibrahim
Filem Terbaik Ffm28 – Skop Productions Sdn.Bhd / Viper Studios Sdn Bhd

7. Rembat (5)

Pelakon Baharu Wanita Terbaik – Zara Zya
Penataan Bunyi Terbaik – Addaudio Sdn Bhd / (Foo Yueh Yee)
Cerita Asal Terbaik – Lina Tan / Amri Rohayat / Tan Boon Huat
Pelakon Lelaki Terbaik – Aniu
Pengarah Terbaik Ffm28 – Shamyl Othman

8. Suamiku Encik Perfect (5)

Pelakon Baharu Wanita Terbaik – Raja Ilya
Pengarah Baharu Terbaik – Feroz Kader
Lakon Layar Terbaik Ffm28 – Feroz Kader
Pelakon Lelaki Terbaik – Aaron Aziz
Pelakon Wanita Terbaik – Lisa Surihani

9. Love Supermoon (4)

Lakon Layar Terbaik Ffm28 – Wan Hasliza Wan Zainuddin
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Anne Ngasri
Pelakon Wanita Terbaik – Nadiya Nisaa
Pengarah Terbaik Ffm28 – Wan Hasliza Wan Zainuddin

10. Nota (4)

Lakon Layar Terbaik Ffm28 – Bea Tanaka
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Allahyarham Ramli Hassan
Pelakon Wanita Terbaik – Maya Karin
Filem Terbaik Ffm28 – 42Nd. Pictures Sdn.Bhd

11. Huat The Fish (4)

Penataan Seni Terbaik – Wong Jee Meng / Nick Wong
Lakon Layar Terbaik (Filem Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia) – Lim Teik Yin / Jack Lim / Wong Jee Meng / Nick Wong
Pengarah Terbaik (Filem Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia) – Yee Kwan Huah / Silver
Filem Terbaik Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia – The Film Engine Sdn Bhd

12. Cicakman 3 (4)


Kesan Visual Khas Terbaik – Yusry Abdul Halim
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Ryqal Iskandar
Lagu Tema Asal Terbaik Edry Abdul Halim – Adiwira (Zizan Razak & Kru)
Pereka Kostum/Busana Terbaik – Hasnan Yaacob

13. Jejak Warrior (3)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Aliff Firdaus
Pengarah Terbaik Ffm28 – Saw Teong Hin
Filem Terbaik Ffm28 – U2 Media Sdn.Bhd

14. Maravan (3)

Lakon Layar Terbaik (Filem Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia) – Puvanendran A/L Selvaraja
Pengarah Terbaik (Filem Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia) – Puvanendran A/L Selvaraja
Filem Terbaik Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia – Golden Peacock Film Production Sdn.Bhd

15. Girlfriend Kontrak (3)

Pelakon Baharu Wanita Terbaik – Nur Risteena
Pelakon Baharu Lelaki Terbaik – Keith Foo
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Azad Jazmin

16. Bravo 5 (3)

Penataan Seni Terbaik – Mohd Khairul Md Dan
Sinematografi Terbaik – Md Nor Kassim
Pereka Kostum/Busana Terbaik – Hasnan Yaacob

17. Jwanita (3)


Skor Muzik Asal Terbaik – Nur Zaidi Abd Rahman
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Christina Suzanne
Pelakon Wanita Terbaik – Maya Karin

18. Chowrasta (3)

Pelakon Baharu Lelaki Terbaik – Che Amar
Skor Muzik Asal Terbaik – Azmeer
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Aminah Rhapor

19. Pilot Café (2)

Lagu Tema Asal Terbaik Nur Zaidi Abd Rahman – Untuk Cinta (Dayang Nurfaizah)
Skor Muzik Asal Terbaik – Nurzaidi Abd Rahman

20. Juvana 2 – Terperangkap Dalam Kebebasan (2)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Hasnul Rahmat
Pelakon Baharu Lelaki Terbaik – Adam Shahz

21. Langit Cinta (2)

Lagu Tema Asal Terbaik – Nur Zaidi Abd Rahman – Langit Cinta (Dayang Nurfaizah)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Fauziah Dato’ Ahmad Daud

22. Gamatisme (1)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Adeline Tsen

23. Kapsul (1)

Kesan Visual Khas Terbaik – Amru Najmi Osman

24. Villa Nabila (1)

Penataan Bunyi Terbaik – Imaginex Studios Sdn Bhd

25. Cctv (1)

Pengarah Terbaru Terbaik – Daven Raghavan

26. The Noise (1)

Kesan Visual Terbaik – Bliminal Studio Sdn Bhd

27. Biasan (1)

Pelakon Baharu Lelaki Terbaik – Mas Khan

28. Langit Cinta (1)

Lagu Tema Asal Terbaik – Nur Zaidi Abd Rahman – Langit Cinta (Dayang Nurfaizah)