Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AYDA JEBAT, REDZA ROSLI WAJAH BAHARU TONTON


Penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat serta rakan seperjuangannya, Redza Rosli dilantek sebagai duta terbaharu Tonton mengggantikan Mia Ahmad dan Shahrul Ridzwan yang kedua-duanya kini telah mendirikan mahligai bahagia.

Kak Fas amat setuju dengan pelantikan Ayda Jebat yang semakin hari mencipta nama dalam industri hiburan tanah air. Banyak menggondol kemenangan dalam beberapa anugerah yang dianjurkan ,,,, penampilan Ayda sebagai duta Tonton dipercayai mampu mempengaruhi khalayak khususnya golongan sebayanya.

Tonton kini memiliki hampir 7 juta ahli dengan penambahan 18,000 ahli baharu setiap minggu malah mencapai 1.5 juta muat turun di iOS dan Android dengan kadar peningkatan 25% setiap bulan.

Tambahan pula, pengguna sudah menstrim kandungan-kandungan di tonton sejumlah 8,240,556 jam dalam masa setahun sejak Tonton diperkenalkan.

Dan dengan peningkatan kandungan melebihi 29,000 jam filem, drama, catch-up, acara-acara eksklusif siaran langsung dan saluran-saluran premium dengan 200 jam dimuat naik setiap minggu, tidak mustahil angka ini akan terus meningkat apatah lagi Ayda Jebat sebagai dutanya.

Sebagai  servis penstriman terbesar tempatan dan pertama Malaysia, Tonton telah memperkayakan katalog-katalognya dengan 30 drama bersiri diteribit oleh Media Prima & tonton, di mana 10 drama akan ditayangkan 6 bulan terlebih awal sebelum di kaca televisyen dan acara-acara ekskusif seperti bola sepak, konsert, rancangan realiti dan sebagainya disiarkan secara langsung dalam 125 Definisi Tinggi (HD).



Sempena ulang tahun pertamnya itu, Tonton memberi kelainan apabila melantik Ratu Tonton di samping duta-duta baharu Tonton yang terdiri daripada Ayda Jebat, Redza Rosli serta pasangan duo Mandopop, Thomas.Jack  (Thoma Kok dan Jack Tan) bagi kandungan berbahasa Cina. Thomas.Jack menggantikan Henley Hi dan Soo Wincci (Dr. Soo Wincci).

Siapa pula Ratu Tonton? 

Ya... semua dah tahu kan... orang yang dimaksudkan itu tidak lain daripada Pegawai Eksekutif Empayar Beauty, Dato Seri Vida yang kelibatnya sudah sinonim dengan saluran tv media prima. Wajah pemilik 'Qu Puteh' ini dah macam 'belangkas' pada stesen televisyen berkenaan khususnya pada saluran tv3.

Bayangkan walau pun 'Mentor Milenia 2017' tahun ini mendapat tajaan utama daripada telefon bimbit jenama Neffos tetapi tup tup pada minggu lalu... muncul juga wajah  Dato Seri Vida sambil mempromosikan produk 'Milenia' nya.

Sudah tentulah banyak pelaburan yang diberikan sebagai penaja sehingga Dato Seri Vida pada majlis meraikan ulang tahun Tonton baru-baru ini tanpa berselindung berkata, "Saya bayar untuk jadi Ratu Tonton tau.....




Emm... memang lah ... haruslah berbayar barulah dapat tampil ke hadapan ya tak? Malah dengan penajaan yang sudah tentu menelan belanja tinggi, tentu sekali faedahnya juga harus setimpal...

Khabarnya, penglibatannya itu bukan sahaja bertindak sebagai Ratu Tonton malah akan mempunyai sebuah salurannya tersendiri. Di situ Pamoga akan diberi penghormatan untuk mejadi sebahagian daripada keluarga tonton. Malah penonton turut berpeluang menyaksikan sisi personaliti Dato Seri Vida mahu pun melihat kediaman mewahnya.

"Bukan nak menunjuk-nunjuk," katanya. Apa pun tujuan dan nawaitunya... Dato Seri Vida sudah tentu mahukan 'mileage' yang luas apabila bertindak sebagai penaja. Tak gitu?

Bagaimana pun, sempena sambutan ulang tahun Tonton yang pertama, orang ramai dijemput merebut peluang menjadi tonton vip selama setahun dengan percuma.

"Kami amat terharu dengan sokongan para pelanggan tonton sepanjang tahun. Dan sebagai tanda terima kasih kami telah memperluaskan arkib kami dengan pelbagai program menarik dengan genre berbeza yang bersesuaian untuk dinikmati semua golongan, " ujar Airin Zainul, Pengarah tonton, Pelesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, dalam ucapan aluan ringkasnya.

Malah, untuk meraikan para pengguna tonton vip, satu acara istimewa, 'Jom Tonton' akan diadakan pada 22 April ini (Sabtu) bertempat di The Curve, Mutiara Damansara pada jam 10 pagi hingga 10 malam.



Jadi kalau ko orang nak mendekati artis-artis kesayangan disitu ... haruslah pergi,, mana tahu dapat berselfie dengan idola masing-masing. Selain Ayda Jebat antara para artis undangan lain terdiri daripada Ning Baizura, Bunkface, Kaka Azraff, Waris, Sufian Suhaimi, Azlan & The Typewriter, Fourteen, Alvin Chong dan ramai lagi.

Pelbagai aktiviti menarik juga akan disediakan termasuklah memperkenalkan kandungan terbaharu tonton, street bazaar, pemainan menarik, sesi ramah mesra bersama selbriti terkenal dan banyak lagi....

Nak tahu.. jom 'tonton' dan pergi ke Mutiara Damansara pada 29 April ini ya...

Pelan langganan VIP bermula ari RM3 (sehari). RM5 seminggu, RM10 sebulan dan RM96 bagi setahun  

Paling best selama ini Kak Fas dan tak dapat membuka Tonton disebabkan lupa 'password' tetapi alhamdullilah  kakitangan Tonton, Halim sudi membantu Kak Fas mencari keahlian lama malah mendaftar nama Kak Fas sebagai ahli tonton vip dengan langganan percuma untuk setahun.

Terima kasih daun keladi kerana membantu .... sekarang lebih mudah Kak Fas layari tonton jika 'miss' tengok drama bersiri... memang 'miss' pun selama ini hahaha.... tapi sekarang tak perlu risau.. .boleh tengok kembali dalam tonton kan? 


Happy Birthday Tonton!