Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MENANGI HADIAH PERCUTIAN KELUARGA KE TAIWAN SUMBANGAN KKDAY


Jika Kak Fas tanya... siapa suka melancong? 

Sudah tentu ramai yang memberi jawapan positif  kan... tak ada sesiapa yang tak suka melancong.

Kak Fas pun suka melancong. Boleh dikatakan sudah separuh dunia Kak Fas jelajah baik kerana tugasan  mahu pun sekadar 'makan angin' kata orang.

Maklumlah sejak berusia 5 tahun Kak Fas dah dibawa menaiki kapal terbang dan destinasi pertama adalah New Delhi, India. Pemergian ke India adalah kerana ayahanda ditugaskan ke sana selama lebih kurang empat tahun.

Dan setelah kembali ke tanah air....selepas tiga tahun ditugaskan pula ke London. Jadi sebahagian besar dari kehidupan remaja Kak Fas berada di luar negara. 

Sehinggalah sebagai wartawan di Utusan Melayu... ada   lah beberapa negara yang Kak Fas ditugaskan untuk penulisan seperti di Oman, Tokyo, Indonesia antaranya malah penglibatan Kak Fas dalam persatuan perfileman membawa pula Kak Fas mengikuti beberapa acara Festival Filem Asia Pasifik seperti ke Korea, New Zealand sehinggalah ke Taipei, Taiwan.

Selain itu, Australia dan Amerika Syarikat juga tidak ketinggalan Kak Fas jelajahi bersama rakan-rakan, Malah dua kali Kak Fas lawat Amerika iaitu ketika anak kedua Kak Fas belajar di sana menamatkan pengajian Falsafah Kedoktorannya dalam bidang Pelancongan pulak tu.

Oh oh... jauh benor pulak Kak Fas bercerita... itu lah bila cakap bab pelancongan ni memang topik kesukaan Kak Fas.

Jadi kerana itulah juga Kak Fas sanggup menerima undangan dari seorang rakan blogger, Ellie Toh untuk bersamanya hadir ke majlis pelancaran KKday baru-baru ini. Jangan tersilap pulak... bukan KK Mart tau hihi...

Apa itu KKday? 

Satu persoalan yang Kak Fas sendiri pun sebenarnya tidak tahu pada awalnya.

Tetapi setelah hadir dan diberikan penerangan mengenai KKday... barulah Kak Fas faham.. jadi eloklah Kak Fas pula ceritakan kepada ko orang ya... apa kisah KKday ini dan bagaimana kaitannya dengan industri pelancongan?

Ditubuhkan pada tahun 2014, beribu pejabat di Taiwan, KKday adalah platform e-commerce yang kini semakin terkenal di kalangan para pelancong seluruh dunia di mana KKday kini sudah berkembang sehingga ke Hong Kong, Jepun, Singapura, Thailand dan sekarang membuka cawangannya di Malaysia.

Pada awalnya, KKday memulakan perkhidmatan pelancongan untuk destinasi sekitar Asia sebelum berkembang ke Eropah dan Amerika di mana sehingga kini telah menawarkan pengalaman melancong kepada lebih 6,000 pelanggannya dari 53 negara dan 170 bandar utama seluruh dunia.

"Kami memberikan setiap pelanggan satu pengalaman melancong yang unik, mengujakan  sehingga mereka akan kenang sepanjang hidup," ujar Encik Ming Chen, (CEO KKday  (gambar bawah, kiri) dalam majlis pelancaran kempen  #flywithpama  yang membawa maksud terbang bersama papa dan mama.

Kempen sempena menyambut 'Parents Day" yang jatuh pada 1 Jun setiap tahun itu memberi peluang kepada anda untuk menikmati percutian 5 hari, 4 malam  percuma bersama 3 ahli keluarga ke Taiwan dengan kerjasama Biro Pelancongan Taiwan KL atau Persatuan Pelawat Taiwan KL yang turut dihadiri pengarahnya, Encik Tony Wu.

Encik Tony Wu  (kanan) juga adalah Pengarah bagi biro dan pelancongan Taiwan untuk 8 negara lain seperti Thailand, Indonesia, Filipina,Vietnam, Brunei, Myanmar, Kemboja dan Laos.



Ok mengenai kempen yang menawarkan percutian keluarga percuma tu sudah tentu menarik kan? Siapa tak mahu melancong  percuma bersama  keluarga kan.... semua disponsor lak tu...emm... tinggal bawa duit shopping je...

Dengan segala 'itenerary' dikendalikan sepenuhnya oleh KKday, pemenang akan menerima empat tiket penerbangan pergi balik, penginapan hotel, 'airport transfer' bahkan  sekali dengan insurans perjalanan yang ditaja oleh Tune Protect.

Wah teruja tak? Tetapi bagaimana caranya ya?

Mudah je....

Terbuka kepada semua warganegara Malaysia, anda cuma perlu mengekspresikan luahan kasih sayang terhadap ibu bapa dan menghantarkan mesej itu  ke laman sosial http://event.kkday.com/zh-tw/campaign/flywithpama.

Peserta juga perlu 'like' laman 'facebook' KKday dan kongsikan mesej berkenaan pada social media masing-masing dengan #flywithpama dan #travelwithKKday sebelum 19 Jun 2017.

Lepas itu... rajin-rajinlah lawat 'facebook' KKday dimana mesej yang paling menyentuh perasaan akan dipilih waima diumumkan pemenangnya. Dan pemenang yang bertuah bolehlah bercuti dengan keluarga ke Taiwan pada antara bulan  Jun dan November tajaan KKday sepenuhnya.

Menurut Ming Chen, keluarga bertuah berkenaan akan dibawa melawat beberapa tempat menarik termasuk perkampungan tradisional di Jiufen, Shifen dan Yehliu. Juga beberapa pusat ikonik di Hualien seperti pantai Qixington dan Pasar Malam  Dongdamen.



"Malah mereka juga berpeluang melawat Menara Taipei 101 di mana kami akan memberikan diskaun eksklusif sekiranya mereka mahu naik ke puncak," tambah Ming Chen.

Apa yang menarik Kak Fas berkaitan kempen ini adalah ketika Encik Tony Wu. bercerita  mengenai pakej pelancongan Muslim yang tidak kurang menariknya di Taiwan.

Ya lah... ko orang pun tahu kan bila berada di negara Cina ini sudah tentu soal makanan paling sukar bagi pelancong Islam maklumlah rata-rata iklan dalam bahasa Cina.





Teringat Kak Fas ketika berada di sana bertahun lamanya dahulu sewaktu menghadiri Festival Filem Asia Pasifik... berpusing kita orang cari restoran halal. Nasib baik pelakon Eja yang bersama masa itu membawa kami ke satu restoran yang beliau akui memang halal.

Kak Fas tak ingat dah mana tetapi yang Kak Fas ingat dalam restoran itu ada banyak duit kertas daripada pelbagai negara dipamerkan di bawah cermin meja restorannya...

Namun semasa  di Taipei,, Kak Fas tidak sempat  melawat beberapa  tempat  pelancongan yang menarik  memandangkan masa terhad dan perlu ikut jadual acara.



Jadi apabila dengar Encik Tony Wu bercakap  mengenai pakej Muslim yang disediakan.. Kak Fas pun agak tertarik untuk kembali ke Taiwan dan meninjau lebih dekat bagaimana negara itu boleh menarik pelancong Muslim.

Bila dan terlaksana kah harapan Kak Fas itu hanya Allah yang mengetahui.. kita hanya mampu merancang In Shaa Allah... jika ada rezeki ... bolehlah Kak Fas 'story' lanjut ya... semoga selepas itu masyarakat Islam tidak ragu-ragu atau takut untuk melawat Republik China ini.

Apa pun.. sila layan sedikit snippets mengenai  apa yang menarik di Taiwan.....enjoice!