Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

3.15 JUTA TONTON 'BATTLE' MENTOR MILENIA 2017


Walau pun Kak Fas belum berkesempatan untuk menyaksikan Konsert Mentor Milenia 2017 yang berlangsung di studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam namun tidak bermakna Kak Fas ketinggalan perkembangannya.

Kak Fas menontonnya setiap minggu di rumah dan jika 'miss' pasti akan menyaksikan siaran ulangannya pada hari Jumaat. 

Malah ketika di Malam Anugerah DFKL pun baru-baru ini Kak Fas sempat berbual seketika dengan kelima-lima protege terutamanya Usop yang sering 'viral' di platform sosial media...

Khabarnya siaran  Mentor Milenia 2017 minggu lalu, yang telah bersiaran secara langsung pada pukul 9.00 malam Ahad lepas berjaya mencecah 3.15 juta penonton! (sumber: Nielsen Audience Measurement).

Wah... semakin 'trending' dan popular penangan kesemua peserta tahun ini lebih-lebih lagi Usop dan Balqis (protege Hazama). Hanya Hazama yang masih mengekalkan kedua-dua anak buahnya waima mentor lain seperti Black, Tomok dan Akim mempertaruhkan hanya seorang peserta masing-masing sahaja.

Pun begitu agak mengejutkan apabila Balqis antara peserta yang menduduki tempat dua terbawah bersama Along. Tetapi debaran peminat mereka dapat menarik nafas lega apabila tiada penyingkiran diumumkan.

Kak Fas pun lega sebab semua peserta minggu lalu membuat persembahan yang menarik.

Sudah ternyata formula mentor Tomok, Black, Hazama dan Akim berkesan setelah program ini berjaya mencetus fenomena dan menarik perhatian penonton di luar sana untuk terpaku di depan kaca televisyen dan menyokong kelima protégé yang masih bertanding. 

Menurut Zurina Othman, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan, TV3 & TV9, “Bukan mudah bagi sebuah program realiti untuk mencecah rating setinggi ini kerana mempunyai saingan daripada saluran televisyen lain. Sejujurnya kami sangat berbangga dengan pencapaian Mentor Milenia 2017 yang berjaya mengangkat kebolehan dan bakat barisan protégé ke mata penonton

"Selain itu, kami juga kagum dengan kemampuan keempat-empat mentor yang berbakat dan kreatif ini terutamanya dalam pemilihan protégé-protégé mereka yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh kedua-dua belah pihak mentor dan protege pasti melahirkan insan seni yang dapat melakar nama di persada dunia seni. Terima kasih juga kepada para penonton setia Mentor Milenia 2017 dan terus bersama kami hingga ke peringkat akhir yang bakal diadakan pada 7 Mei ini,” ujarnya lagi.

Konsert battle kelapan yang juga merupakan battle suku akhir sebelum memasuki peringkat separuh akhir bakal berlangsung Ahad ini. Bagi menghangatkan lagi suasana pada minggu ini, Mentor Milenia 2017 akan menjemput seorang penyanyi yang kian melonjak nama dan popular iaitu Sufian Suhaimi. Beliau akan menghiburkan penonton dengan dua buah lagu hit “Harus Aku” dan “Terakhir”. 


Lebih menarik lagi, battle minggu ini turut menampilkan penyanyi tersohor Yasin Sulaiman sebagai juri jemputan. Seperti minggu-minggu sebelum ini, keputusan persembahan para protégé terletak kepada jumlah markah daripada juri tetap dan juri jemputan sebanyak 50%, undian penonton menerusi laman web rasmi Mentor Milenia sebanyak 30% dan 20% daripada juri awam di studio. 

Siapakah di antara Syeera, Elica, Along, Usop dan Balqis yang akan mara ke peringkat seterusnya? 

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Mentor Milenia 2017 yang bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam – 11.00 malam dan Jurnal Mentor Milenia yang memaparkan aktiviti mentor dan protege pada setiap Ahad bermula 6.00 petang selama 30 minit.