Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

WANITA MOROCCO RATU MUSLIMAH ENIGMA BUTIK


PIX : Sumbangan Cyril Hassa

'Malam Pelengkap Hati Enigma' sesungguhnya sebuah majlis yang melengkapi bukan sahaja hati tetamu yang hadir tetapi 8 finalis pencarian model Muslimah bersesuaian dengan slogan penganjur 'Beauty Till Jannah".


Malah bagi penyanyi Ayu Damit juga sudah pasti hatinya lengkap  apabila dipilih sebagai duta Enigma Butik apatah lagi berpeluang menyampaikan lagu di hadapan tetamu kehurmat mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Tun Jeanne Abdullah. Ayu menyampaikan 'single' terbaharunya, "Pelengkap Hati" yang liriknya ditulis oleh pengarah Enigma Boutique sendiri, Puan Norazizah Abu Bakar.

Lebih daripada itu, hati tiga orang para tamu paling bertuah turut dihadiahkan hadiah bernilai tinggi seperti antaranya jam tangan mahu pun rantai emas dalam cabutan bertuah yang berlangsung pada malam berkenaan yang berlangsung di Grand Ballroom Tropicana Golf & Country Resort baru-baru ini.

Malam yang mewah berkenaan sebenarnya bertujuan memperkenalkan logo baru Enigma Boutique sekali gus penjenamaan semula seluruh produk Enigma. Logo baharu berpaksikan kepada perkataan "EB" yagn membawa maksud Enigma Boutique.


Dan pengisian kepada imej baharu itu Enigma Boutique turut menganjurkan pencarian model muslimah di mana daripada 8 finalis terpilih, Fatiha Sawif dari Morocco yang bertuah dinobatkan sebagai juara untuk di 'tabalkan" dengan mahkota bersalutkan berlian bernilai hampir setengah juta rekaan dari pakar pembuatan barang kemas dari Kelantan. 
























Tetamu yang hadir turut dipersembahkan dengan tayangan filem pendek berjudul "Pelengkap Hati" karya CST Production.

Kak Fas sempat bertemu dengan Puan Noorazizah yang memberitahu, Enigma Boutique  yang sudah pun mempunyai  14 stokis iaitu setiap satu stokis untuk setiap negeri seluruh negara sedang merancang untuk meningkat gandakan stokis malah mahu memberi peluang kepada suri rumah atau mereka yang komited untuk menjadi ejen jualan.

Terkejut Kak Fas dengar apabila Noorazizah memberitahu,,,, mereka yang berminat hanya perlu membayar dalam RM150 sebagai ahli untuk mendapatkan produk Enigma bernilai RM5,000.

"Tapi kami adalah tempoh atau sasaran jualan berapa yang perlu dihasilkan, " ujar Noorazizah.


Enigma boutique sebenarnya telah ditubuhkan seawal 2015 namun dengan penjenamaan semula ini melibatkan kos RM2 juta, pihaknya berharap mampu berkembang hingga ke peringkat antarabangsa.

Dan sebagai memenuhi permintaan pelanggan yang mahukan desain moden tetapi masih mengekalkan tuntutan syariah, Enigma Boutique sering mengeluarkan desain baharu setiap dua minggu.


Banyak sebenarnya yang ingin Kak Fas ceritakan mengenai produk-produk Enigma Boutique ini namun disebabkan kekangan masa untuk bercakap panjang dengan Pengarah Urusannya... maklumlah orang penting dan sebuk sewaktu majlis,... Kak Fas mengambil nombor telefon bimbit untuk temuramah selanjut.



Pun begitu.... memandangkan beliau masih sebuk agaknya... panggilan tidak berjawab malah wats app pun tiada balasan jadi apa yang boleh Kak Fas nyatakan di sini jika ko orang nak tau lanut apa kata layari website mereka di  www.enigmaboutique.com.my;
Facebook: https://www.facebook.com/enigmaboutiquemalaysia dan  Instagram: https://www.instagram.com/enigmaboutique__

Dan kalau nak bercakap lebih lanjut boleh aje telefon Enigma Boutique di talian 012 444 5835 atau emel ke contact.enigmaboutique@gmail.com


BERSAMA rakan-rakan bloggers.

Pun begitu, Kak Fas nak kongsikan juga iaitu pada majlis malam tersebut sempat juga berbual mesra dengan Tun Abdullah seketika sambil mengimbau kepada beliau kisah lama semasa Kak Fas buat temu ramah 'Personaliti" dengan beliau  dalam majalah WANITA lebih 15 tahun lalu.


"Wah ,... lama tu...." sebut Tun Abdullah sambil senyum... 

Ya memang lama... masa itu Tun belum pun menjadi Perdana Menteri....tetapi Alhamdullilah Tun masih ingat dengan kisah yang Kak Fas ingatkannya di mana waktu itu Kak Fas bertemu dengan Tun di kediaman beliau di Bangsar dan sampai sekarang Kak Fas ingat bahawa Tun sukakan bunga orkid dan itulah tanaman yang menyerikan kediamannya ketika itu.... sayangnya tak sempat Kak Fas nak bergambar terbaharu dengan Tun...
takkan nak selfie kan haha...!!



Meh Kak Fas bagi ko orang layan pix-pix lain sekitar malam tersebut ya.....