Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

CAWANGAN KEDUA 'LES NEREIDES' DIBUKA DI PAVILION KUALA LUMPUR

PATRICK (kiri) bersama Feeling Wong (empat dari kanan) memotong kek perasmian butik 'Les Nereides' di Pavilion KL baru-baru ini. Turut hadir artis Shrifah Shahirah (kanan) dan para VIP  lain yang dijemput.

Baru-baru ini Kak Fas mendapat jemputan daripada seorang rakan yang Kak Fas kenali sebagai usahawan muda yang memperkenalkan produk bag tangan jenama Pangoi iaitu Patrick Goi.

Sebenarnya, Kak Fas mengenali Patrick dalam satu majlis lain sebelum ini namun atas kemesraannya hubungan diteruskan apabila Patrick sering menghubungi Kak Fas berkaitan perniagaannya… cuma masa tidak mengizinkan Kak Fas untuk berkunjung dan melihat sendiri produk Pangoi.

Pun begitu, ‘wats app’ terbaharu yang diterima mengundang Kak Fas untuk hadir pada pelancaran pembukaan cawangan kedua butik barang kemas kostum terkenal dari Paris di bawah label ‘Les Nereides’ (disebut Lay-ney- ray ).

Sejujurnya Kak Fas agak ‘blur’ seketika apakah produk tersebut? Dan sebelum sempat Kak Fas nak tanya Mr. Google… Patrick terlebih dahulu memberitahu ia sebenarnya rangkaian produk barang kemas kostum buatan tangan.
PIX: Miera Nadhirah.


Menarik juga fikir hati…. Jadi pada hari berkenaan Kak Fas dan tujuh  lagi blogger yang dijemput hadir ke Lot P2.03.00, Tingkat 2, Pavilion Kuala Lumpur bagi menyempurnakan jemputan.

Sebaik sahaja sampai ke premis… dua perkataan yang dapat Kak Fas bayangkan adalah seperti judul lagu arwah Achik Spin dan Siti Nordiana iaitu ‘Paling Comel”…

Ya… produk-produk ‘Les Nereides’ paling comel…..rasanya belum pernah Kak Fas diperkenalkan kepada barang kemas kostum yang semuanya cun cun belaka…. dan Kak Fas percaya bukan sahaja kanak-kanak yang berminat malah wanita dewasa pun terpegun melihat setiap rekaan produk yang unik rekaan dan halus pula buatannya.




Dan melihat pula pada harga-harga yang ditampal pada setiap produk… boleh tahan juga mahalnya….. jadi mulalah hati bertanya kenapa tinggi sangat harga bagi produk-produk ini?

Off course lah… pertama sekali ia diimpot khas dari Negara asalnya, Paris tetapi yang membuatkan ia bernilai tinggi adalah kerana setiap produk adalah buatan tangan. Bila sebut Paris terngiang-ngiang pulak dalam fikiran melodi lagu "I Love Paris in the morning....." tralalalalala.... hihi...

Jadi dah sah sah la jauh datangnya… itu yang mahal… bayangkan koleksi ‘ballerina’ umpanya… setiap butir kristal pada skirt dipasang sendiri dengan tangan bersadurkan emas 14 atau 18 karat.




Sudah tentu ketelitian dan tumpuan perlu ada pada pembuatnya agar mengikut spefikasi barang yang dihasilkan. Bukan mudah you alls… tambahan kecil-kecil pula bentuk barangannya.

Untuk pengetahuan ko orang, jenama “Les Nereides” ini telah ditubuhkan di Paris oleh pasangan Enzo dan Pascale Amaddeo sejak tahun 1980. Lama tu kan… tetapi baharu sekarang Kak Fas tahu hihi…

Walau pun pernah melawat kota Paris yang terkenal dengan dunia fesyen itu tak pula Kak Fas terjumpa dengan produk berkenaan… maklumlah kita pergi melancong mana ada duit ‘spare’ nak membeli-belah barang mewah ya tak… 



Bagaimana pun, koleksi ‘Les Nereides” samada rekaan untuk gelang, rantai, anting-anting dan sebagainya diilhamkan pembuatannya oleh  alam semula jadi, haiwan dan emosi perekanya melalui kaca mata sekeliling.

Paling ketara Kak Fas lihat koleksi  signaturnya ‘Pas De Deux’ atau disebut ‘ballerina” (penari ballet) diutamakan dalam ruang  pamer jualan dan inilah rangkaian produk klasik  yang paling comel lagi menarik perhatian tetamu yang hadir. Koleksi ini diinspirasikan daripada gaya santun seorang penari balet opera Paris.

Pix kredit Liveliflah...

Tidak hairanlah pada majlis pelancaran cawangan kedua ‘Les Nereides” di Kuala Lumpur selepas yang pertamanya terletak di The Gardens Mall yang beroperasi sejak 2015…. Kehadiran empat orang ‘ballerina’ sebagai penyeri majlis diundang malah mereka mempersembahkan tarian balet sebagai pengisian gimik pelancaran.

Seperti Kak Fas… tetamu yang hadir terpegun melihat beberapa koleksi unik lain mengikut tema rekaan antaranya seperti koleksi bertemakan flora, haiwan, lambang dan tema khas khususnya atas permintaan atau pun meraikan sesuatu perayaan istemewa.

Pendekata, rabun mata Kak Fas melihat setiap rekaan yang unik dan halus  serta berkualiti pembuatannya itu. Dah terbayang produk mana yang sesuai untuk dibeli sebagai hadiah hari jadi anak, cucu atau pun ibu, kakak dan adik sekali pun.

Cuma pemiliknya perlu cermat memandangkan barang kemas kostum yang diperbuat daripada emas 14 atau 18 karat ini mudah luntur jika sering terkena air atau parfum.


Jadi disyorkan agar jauh daripaa bahan kimia pewangi mahu pun sering terdedah pada air. Menurut penjualnya, sebaiknya selepas pakai digosok dan disimpan dalam kain baik-baik agar terpelihara cahaya sinar disebalik butiran batu permatanya.



Bagi golongan kanak-kanak barangkali boleh terpesona dengan koleksi N2 yang didilhamkan oleh cerita dongeng seperti “Alice in Wonderland’, ‘Little Red Riding Hood”, “Little Mermaid’ mahu pun “Uniorn’ dan seumpamanya yang memang anggun belaka.

Dalam  bahasa mitologi Greek, Nereides  ada lah anak perempuan peri laut Nereus, seorang tua di laut. Ia satu nama jenama yang dipilih oleh datuk Pascale ketika mencipta logo produk.

Majlis pelancaran yang disempurkan oleh Pengarah Urusan Twin Sun Vibrancy Sdn Bhd., Puan Feeling Wong bersama Patrick Goi sebagai rakan usahawan dan penganjur majis menyaksikan acara memotong kek serta pemotongan riben yang turut diraikan oleh ratu-ratu cantik pelbagai kategori serta selebriti antaranya Sharifah Shahirah.




Khabarnya, cawangan ketiga ‘Les Nereides” akan dibuka di Pulau Pinang tidak lama lagi dan ini tentu sekali petanda baik pada penerimaan jenama barang kemas kostum ini di kalangan netizen Malaysia.

Okey u alls meh kita layan beberapa keping gambar lagi pada persekitaran pelancaran butik 'Les Nereides ini" dan jika nak tengok  lanjut barangan eksklusif ini boleh sahaja layari laman facebook mereka di www.facebook.com/lesnereidesmalaysia.


FEELING Wong melayan salah seorang tetamu yang hadir.

FEELING Wong (tiga dari kanan) bersama kakitangan butik 'Les Nereides' di Pavilion KL.