Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PENCARIAN CLEVER GIRL MALAYSIA BERMULA HARI INI



Mungkin anda dahulu terlepas untuk menghadiri sesi uji bakat 'Clever Girl"  disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan... seperti bawah umur... tidak dapat cuti atau apa sahaja lah...

Usah gundah gelana... asalkan tidak berputus asa anda masih boleh menjadi salah seorang daripada 14 'Clever Girl" pada musim terbaharu tahun ini.

Ya... Clever Girl Malaysia, sebuah program realiti “gameshow” TV3 yang menampilkan 14 gadis pintar dari seluruh Malaysia kembali dengan musim kedua!

Pada musim lepas, kita telah menyaksikan ketangkasan dan kepintaran Fatin dari Kelantan ketika menjawab kuiz yang diberi sehingga beliau berjaya dinobatkan sebagai Clever Girl Malaysia pertama sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000.

Untuk tahun ini,  pencarian gadis-gadis bijak ini diteruskan bermula pada 1 April dan akan berakhir pada 7 Mei 2017. 

Jangan bimbang walau pun hari ini 1 April adalah 'April Fool's Day' tetapi ini betoi-betoi bukan main-main.. bukan juga satu gurauan hihi.

Yang terlepas peluang dahulu sekarang boleh bersiap sedia untuk menghadiri sesi uji bakat berdekatan anda. Lihat tarikh dan lokasinya seperti berikut:

1 April – The Zenith Hotel, Kuantan, Pahang
8 April – Klagan Regency Hotel, Kota Kinabalu, Sabah
15 April – Merdeka Palace, Kuching, Sarawak
22 April – Persada Johor Convention Centre, Johor
29 April – Setia Spice Convention Centre, Pulau Pinang
6 & 7 Mei – Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor

Terbuka kepada peserta wanita yang berada dalam lingkungan usia 18 hingga 30 tahun, warganegara Malaysia, berperwatakan menarik dan mempunyai pengetahuan yang luas merupakan kriteria utama untuk menyertai Clever Girl Malaysia.

Tetapi jika tarikh-tarikh yang disebutkan itu masih tidak kelapangan ... anda ada peluang cara lain.

Bagaimana caranya?

Dengar sini.....gadis-gadis yang celik media sosial boleh mencalonkan diri mereka sendiri atau rakan-rakan lain di laman sosial Instagram dengan memuatnaikkan rakaman video berdurasi 60 saat dengan hashtag #clevergirlmy, beserta huraian “mengapa anda adalah Clever Girl yang kami cari” atau  “mengapa rakan anda adalah seorang Clever Girl”.

Tetapi jangan lupa untuk tetapkan akaun Instagram sebagai umum (public). Peserta yang berjaya akan dihubungi melalui akaun Instagram mereka untuk ke peringkat saringan.

Peringkat kedua uji bakat pula merangkumi ujian penulisan di mana para peserta harus menjawab 30 soalan pengetahuan am, dan sesi temu bual di hadapan kamera yang menguji personaliti mereka. 28 peserta yang berjaya kedua-dua peringkat uji bakat ini akan disenaraipendekkan untuk menyertai “boot camp” Clever Girl Malaysia yang akan diadakan dengan kerjasama Mensa pada bulan Mei kelak.

Puan Zurina Othman, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan, TV3 & TV9, berkata, “Clever Girl Malaysia merupakan program realiti ‘gameshow’ Nombor 1 di Malaysia. Konsepnya yang berbeza daripada program realiti lain berjaya menarik perhatian penonton kami. Atas respon penonton yang memberangsangkan, kami meneruskan program ini untuk musim kedua. Kami yakin, sesi uji bakat kali ini juga akan mendapat sambutan hangat setelah peserta-peserta tahun lalu menjadi inspirasi kepada gadis-gadis di luar sana untuk menunjukkan kepintaran mereka.”

Anda berani menyahut segala cabaran untuk menjadi gadis terpintar di Malaysia yang seterusnya? 

Jom sertai sesi uji bakat Clever Girl Malaysia yang bermula pada hari ini - 1 April  sehingga  7 Mei 2017!

Panjang masa itu.. jadi boleh ambil cuti dan buat pelan perancangan untuk ke lokasi-lokasi yang disebutkan di atas tadi.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/clevergirl dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia