Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AVON HOME, RIZALMAN GABUNG REKA DEKOR RAYA - 'LILIA ROSA'


Buat pertama kalinya Avon Home yang terkenal dengan mencipta rekaan barangan rumah melangkah ke satu 'level' yang lebih tinggi apabila mengambil keputusan bergabung tenaga dengan pereka terkenal tanah air, Dato Rizalman Ibrahim.

Ya siapa tidak kenal Rizalman... labelnya sering diguna pakai barisan selebriti popular malah Kak Fas sendiri pernah bekerjasama dengan beliau sewaktu bertugas di Majalah WANITA beberapa tahun dahulu.

Banyak koleksi Rizalman yang Kak Fas pinjam untuk diperagakan model-model fesyen mahu pun menjadi fesyen dipakai 'cover girl'.

Setelah bertahun-tahun tidak bertemu... akhirnya Kak Fas dapat juga bertanya khabar pereka terkenal ini sewaktu menghadiri majlis pelancaran rangkaian dekorasi kediaman daripada Avon Home dan Dato Rizalman  di bawah label 'Lilia Rosa" baru-baru ini.

Malah seperti mana lamanya Kak Fas tidak berjumpa dengan Rizalman begitu juga lamanya Kak Fas tidak hadir pada majlis anjuran Avon.

Jadi undangan untuk hadir ke upacara anjuran Avon yang diterima tidak Kak Fas lepaskan apatah lagi hari berkenaan Kak Fas memang lapang. Sebelum itu ada satu undangan  yang Kak Fas gagal hadir 'last minit' gara-gara beberapa halangan tertentu yang tidak dapat dielakkan.


Namun lebih menarik lagi, undangan kali ini agak istemewa memandangkan Avon akan memperkenalkan rangkaian produk terbaharunya khas dibuat untuk menyambut kedatangan Aidilfitri tahun ini.

Dan bersama Dato Rizalman sudah tentu President Avon Malaysia, Romulus Sirbu serta Ketua Pemasarannya, Katarzyna Ostrowska-Mohamed dan Pengurus Kategori Avon Home, Arlina Amdan

Ya... in sha Allah pada hujung bulan Jun nanti kita akan menyambut bulan Syawal dan sudah tentu persiapan ke arah itu perlu dibuat awal walau pun bulan Ramadan belum menjenguk.

Dan bagi mereka yang sudah bertukar perabot, bersalin kain langsir dan segalanya lah serba baru untuk menyambut Raya.... barangkali rangkaian produk 'Lilia Rosa" ini boleh difikirkan.

Lebih-lebih lagi sekiranya anda berminat pada rekaan gaya British kontemporari macam Kak Fas... yang suka sangat rekaan  Inggeris ini. Barangkali agaknya sebab masa remaja dulu sewaktu tinggal di London,UK bersama keluarga Kak Fas sudah terbiasa dengan kelengkapan ala British sedemikian.

Kak Fas memang suka bunga-bunga seperti ros, lilac, lavendar dan seumpamanya dan inilah elemen yang diterapkan melalui sentuhan Rizalman pada setiap rekaan 'Lilia Rosa".



Lilia Rosa mengetengahkan konsep Inggeris kontemporari dengan gabungan flora moden Mawar Gallica, Lavender, Lilac, Lili dan dedaunan segar serta rona latar pastel yang menenangkan. Hiasan kediaman komprehensif ini merangkumi perhiasan linen rumah dan kamar tidur serta barangan pinggan mangkuk dan hidangan.


























Dengan 25 tahun pengalaman dalam industri fesyen tanah air dan terkini melebarkan karya seninya pula kepada dunia hiasan dalaman, tata rias Rizalman memperlihatkan identitinya tersendiri.


Seperti mana akuinya, "Setiap rekaan nampak sangat identiti dan sentuhan Rizalman kan," diikuti leraian ketawa panjang,

“Kolaborasi bersama Avon dalam menata rias kediaman merupakan sebuah kerjasama yang amat saya nantikan, dan Lilia Rosa adalah koleksi se mpurna yang menyerlah gaya dan keanggunan,” ujar Dato’ Rizalman dalam ucapan aluannya.

“Berilhamkan corak flora sebagai trend dekorasi rumah pilihan 2017, motif bungaan Inggeris diterapkan secara kreatif dalam setiap aksesori Lilia Rosa bagi mewujudkan keharmonian eksklusif, sekaligus menyuntik ciri elegan pada kediaman,” tambah Rizalman yang kelihatan masih awet muda dan tetap bergaya seperti dahulu.

Pada majlis tersebut, Avon Home memperlengkapkan empat bilik di lokasi acara ia itu di Roof Top, Pusat Konvensyen Sime Darby di mana setiap bilik - ruang tamu, ruang makan dan dua kamar tidur dihias dengan semua produk 'Lilia Rosa".

Bak kata orang putih, "You name it... we have it" (sebut sahaja apa... kami ada'). Lihat foto-foto ini kalau tak percaya... cantik kan?

Rangkaian linen Lilia Rosa umamanya menggabungkan fabrik poliester dan organza bercetak yang berkualiti, manakala barangan linen kamar tidur menampilkan tiga saiz katil dengan corak berbeza iaitu ‘super single’, ‘queen’ dan ‘king’ yang diperbuat daripada fabrik serat mikro yang selesa. 





Emm... terasa nak terju tidor aje... tengok katil dihiasi cantik begitu huhu...

Jamuan Aidilfitri juga lebih meriah dengan gandingan pinggan mangkuk dari kaca opal yang menawan serta penghidang versatil dalam rona pastel segar.





Jadi you alls...Syawal pasti menjadi lebih sempurna dengan koleksi LilIa Rosa ini malah harga pun berpatutan dengan kualiti yang diberikan. Ada lebih kurang 22 produk 'Lilia Rossa' yang boleh di pilih dari serendah RM12.90  bagi sarung kusyen hingga RM399.90 bagi pembelian langsir..


























Tetapi untuk mendapatkannya anda kenalah bersabar dan tunggu apabila jualan dibuka mulai 1 Mei 2017. 

Dapatkannya melalui Wakil Avon anda atau lawati mana-mana Butik Kecantikan AVON seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-22-AVON (2866) atau layari  http://www.my.avon.com

Selamat menghias ya!