Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DAG PERKENAL BANTAL HOTEL CONG CODEI


Sepanjang kehidupan ini sudah tentu sebilangan besar daripada kita pernah tinggal di sebuah hotel samada ketika bercuti ke luar kota atau apa sahaja alasan yang menyebabkan kita perlu menginap di luar rumah.

Dan apabila memilih hotel bertaraf empat atau pun lima bintang, tidur anda pasti nyenyak dibuai mimpi dek kerana kepala lena di atas bantal yang putih empuk.

Ya… tidak dinafikan selalunya hotel bertaraf empat atau lima bintang ini  menyediakan bantal putih lengkap cadar sama rona.

Jadi, sekiranya anda merindui suasana sebuah bilik penginapan hotel yang menyediakan bantal dan tilam empuk, anda boleh merasai nikmat tidur yang sama jika segala kelengkapan seumpama berada di kamar tidur rumah anda sendiri kan?

Perkara itu kini tidak mustahil dengan wujudnya syarikat Das Abdul Global Sdn Bhd atau ringkasnya DAG yang merupakan syarikat bumiputra milik sepasang suami isteri, Das Abdul dan Sapinah Muhammad yang sama-sama berusia 33 tahun.

DAG yang merupakan syarikat pembekalan bantal pada mulanya kini melangkah setapak lagi dengan pelancaran produk DAG Home yang bukan sahaja membekalkan bantal tetapi tilam, tuala dan sarung bantal dengan rekaan menarik ala jenis hotel gayanya.

Dan pada majlis pelancaran yang berlangsung baru-baru ini, DAG tidak ketinggalan memperkenalkan siri terbaharunya dalam edisi pengeluaran bantal yang di namakan Bantal Hotel Cong Codei.

Nah! Bila sebut Cong Codei, anda mesti tahu kan perkataan itu dihasilkan oleh siapa? 

Ya Cong Codei sebenarnya adalah loghat Kelantan yang disebut oleh pelakon,pelawak  dan pengarah terkenal, Sabri Yunus yang dimaksudkan Hotel Concorde huhu...

Agak-agak Hotel Concorde beli tak? Memang sesuai kalau dibeli ya tak haha!

Apa pun jom layan  apa kata Sabri Yunus dalam iklan ini….




Tetapi apa yang membuatkan Sabri atau lebih popular disapa Pok Ya mahu bekerjasama dengan DAG untuk menghasilkan Bantal Hotel Cong Codei, waima beliau telah bertindak mempatenkan nama Pok Ya Cong Codei  bagi mengelakkan jenama telefilem berkenaan daripada dimanipulasikan individu tidak bertanggungjawab.
BANTAL Cong Codei

"Cong Codei sudah menjadi satu jenama pilihan orang ramai. Bertepatanlah Bantal Cong Codei dihasilkan khas untuk DAG yang mempunyai rangkaian produk perhotelan,” ujar pelakon kelahiran Pengkalan Cepa, Kelantan ini.

Selain Bantal Hotel Cong Codei, DAG Home mempunyai beberapa jenis bantal yang berbeza spesifikasinya iaitu Polyester Helix-DAG, M Series-Microfiber, H-Class, Memory Foam dan Down Feather yang merupakan bantal organik yang diperbuat daripada bulu itik serta diimport khas dari luar negara.

“Produk kami sangat selesa dan berkualiti tinggi,  tahan lasak, tidak berdebu dan antialergi dengan harga mampu milik iaitu serendah RM35 hingga RM280 bagi DAG Hotel dan RM40 hingga RM50,” ujar Das Abdul selaku Ketua Pegawai Eksekutif syarikat di samping isteri sebagai  Ketua Pegawai Operasi.

Pengalaman pasangan suami isteri ini memulakan perniagaan agak menarik di mana kata mereka, berbekalkan modal wang simpanan sebanyak RM2,680 mereka mendapatkan bekalan bantal yang selesa bertaraf hotel dengan menjualnya secara ‘car boot sale’ sekitar kawasan Parit Raja.

Perniagaan itu bermula apabila keduanya mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan masing-masing sebagai Jurutera Awam di Tanah Merah, Kelantan sebelum berpindah ke Parit Raja, Johor.

Selepas melepaskan jawatan, pada awalnya mereka tidak jelas produk apa yang ingin diniagakan sehinggalah pada suatu pagi Das terpandang sebiji bantal di bilik tidur mereka.

“Dari situlah timbul idea untuk berniaga bantal. Tetapi pada hari pertama menjual bantal merupakan momen yang sukar dilupakan kerana sejak pukul 3 petang hingga Maghrib tidak satu pun terjual sehingga kami hampir berputus asa,” kenang Das.

“Kami hanya mampu berdoa dan mengharapkan keajaiban daripada Allah SWT, apatah lagi ketika itu kami berdua sudah berhenti kerja,” tambahnya yang ketika itu anak kedua baharu berusia 44 hari.

Dalam suasana kesempitan  itu, doa mereka dimakbulkan apabila berjaya menjual 30 biji bantal selepas waktu Maghrib.

Dan sejak itu, Das dan isteri tidak menoleh ke belakang lagi tetapi terus mengorak langkah untuk mengembangkan sayap perniagaan mereka.

Dari kiri ke Kanan: WHITE Dark Down Feather, DAG Memory Form, Microfibre dan Bantal Organik.
Pengalaman Das yang pernah bertugas di resort sebelum ini banyak membantu untuk mengenali jenis serta ciri-ciri bantal hotel terbaik, bagaimana mendapatkan bekalan dan cara pemasarannya.

Kini, DAG berjaya meraih jualan sehingga 400,000 unit dalam tempoh dua tahun beroperasi malah mempunyai gudang sendiri yang beroperasi di Semenyih yang boleh memuatkan lebih 50,000 biji bantal dalam satu-satu masa malah telah memenangi START-UP ENTERPRENUER AWARD di BANGKOK.

Dengan lebih 1,300 wakil jualan di seluruh Malaysia termasuk di luar negara seperti Singapura dan Brunei, DAG mampu menjual 12,000 bantal sebulan dengan hasil jualan mencecah RM500k.

Dari Kiri ke Kanan:: H Class Pro, H Class Classic dan Polyester Helix.
Selain bantal, DAG juga menyediakan semua kelengkapan tidur termasuk tilam, selimut dan cadar.

Bersyukur kerana dapat bantu agennya meningkatkan pendapatan melalui bisnes bantal sahaja DAS terus mahu membuka peluang kepada mana-mana individu yang mahu menjadi ejen dengan bayaran RM825 bagi ejen DAG Hotel dan serendah RM300 sebagai ejen DAG Home.

Produk DAG Home merangkumi bantal, tilam, tuala dan sarung bantal dengan rekaan lebih menarik serta berwarna pastel manakala produk di bawah DAG Hotel berwarna putih waima rekaannya  minimalis tetapi sesuai untuk kegunaan lasak dan selesa.

Apa pun sebarang maklumat lanjut mengenai Bantal Cong Codei  atau lain-lainnya boleh didapati di laman web rasminya atau klik INI.

Jadi bagi sesiapa yang mahu memperoleh pendapatan sampingan yang lumayan bolehlah 'join' sekarang sebab setiap ganjaran di atas kerja keras kalian, syarikat akan menghadiahkan kereta Ford Ranger gitu!

Dengan taglinenya,  ‘Ingat DAG, Ingat Bantal Hotel! serta keyakinan memberi kepuasan, keselesaan, kebersihan, kemewahan, kenikmatan setiap malam seperti bermalam di Hotel 5 Bintang, Kak Fas yakin produk-produk keluaran DAG mampu mencapai kejayaan cemerlang apatah lagi kedua peniaga ini memperoleh ilmu dan tunjuk ajar daripada Mentor Pemasaran No 1 di Asia, Doktor Azizan Osman sebagai sifu mereka.




Tiada ulasan: