Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MAHARAJA LAWAK MEGA 2018 KEMBALI LAGI 2 NOV


Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) kembali lagi.

Bagi peminat yang suka berhibur dengan program lawak jenaka sehingga gelak pecah perut kata orang tentu suka baca berita ini kan?

Ya MLM2018,,,, sebuah program persembahan komedi yang paling dinantikan oleh para peminat lawak di rantau ini bakal membuka tirai pada setiap hari Jumaat bermula 2 November 2018, jam 10.00 malam selama 12 minggu berturut-turut. 

MLM 2018 akan dipancarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124) dan untuk pilihan alternatif, program realiti pertandingan komedi ini turut boleh ditonton menerusi platform digital Astro GO dan ‘on demand’.
    

14 barisan peserta yang akan menjayakan MLM 2018 terdiri daripada peserta solo; ‘Dany Beler’ dan ‘Hilmy Ashley’, peserta duo; kumpulan ‘Taman’, ‘Shiro’, ‘Puteh’ dan ‘2B’ serta peserta trio; kumpulan ‘Bocey’, ‘Abata’, ‘Joras’, ‘Kiut’, ‘Masin’, ‘Abioso’, ‘Zero’ dan ‘Chilok’.


“Untuk penganjuran musim ke-7, kami sekali lagi berjaya menghimpunkan bakat-bakat komedi terhebat dari Nusantara; Malaysia, Indonesia dan Singapura. Ada yang boleh dianggap senior dalam kalangan pelawak dan ada juga muka baharu yang terlibat dalam edisi kali ini. Sungguhpun begitu, kesemua mereka mempunyai pengalaman beraksi di pentas besar sebelum ini dan setiap daripada mereka mempunyai identiti tersendiri dalam persembahan lawak yang dipentaskan. Kepelbagaian ini dirai dan pastinya saingan sengit dapat kita saksikan dalam pertarungan kesemua peserta dalam merebut gelaran juara MLM 2018," ujar Encik Namanzee Harris selaku Ketua Kandungan Strategik (Komedi) (kanan),


Tambahnya, besar harapannya agar MLM 2018 dapat merekodkan kejayaan yang lebih hebat daripada pencapaian musim-musim terdahulu. 

"Sokongan padu daripada pelbagai pihak terhadap program ini menyuntik semangat kami untuk terus komited dalam mengangkat industri komedi ke tahap yang lebih tinggi. Maharaja Lawak Mega kini umpama ‘dream stage’ buat pelawak-pelawak di rantau ini di mana penyertaan mereka dalam program ini telah membuka pintu kepada mereka untuk memperkembangkan bakat jenaka yang ada kepada lebih ramai orang dan seterusnya melebarkan kerjaya seni masing-masing melepasi sempadan negara," sambung Namanzee.

Dihoskan oleh Datuk AC Mizal, MLM2018 menawarkan hadiah seperti berikut:
  •      Juara – RM 500,000.00 dan trofi
  •      Naib Juara – RM 250,000.00 dan trofi
  •      Tempat Ketiga – RM 150,000.00 dan trofi
  •      Tempat Keempat – RM 50,000.00 dan trofi
  •      Tempat Kelima -  RM 15,000.00 dan trofi

Daripada segi format pemarkahan pula, 70% jumlah pemarkahan akan diberikan oleh barisan juri manakala 30% daripada undian penonton melalui aplikasi TikTok dan akan dibuka secara rasmi pada 2 November 2018 jam 10.00 malam.

Antara tema persembahan mingguan pada musim ini adalah percutian, duit, muzikal, loghat & dialek, dikir barat, parodi, kenangan, mata pelajaran sekolah dan pelbagai lagi. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan