Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

POTONGAN RM20 BAGI PELANGGAN PEK SUKAN ASTRO

Bundesliga Jerman menjadi liga utama pertama di Eropah yang disambung semula selepas pelan permulaan semula diluluskan oleh kerajaan Jerman. Kredit foto AFP.

Adakah anda pelanggan kediaman ASTRO dan melanggan Pek Sukan? Susulan penangguhan banyak acara sukan di peringkat global ekoran wabak COVID-19, Astro menawarkan potongan khas sebanyak RM20 sebulan bagi dua bil berikutnya. 

Pandemik COVID-19 telah menggangu banyak acara sukan di seluruh dunia, termasuklah siaran langsung beberapa jenis sukan terutamanya sepanjang dua bulan terdekat ini. 

Malah temasya sukan yang paling dinanti-nantikan, Olimpik 2020 yang sepatutnya berlangsung di Tokoy, Jepun juga ditangguhkan hingga 2021.

“Oleh itu, kami yakin potongan khas secara one-off adalah tindakan yang betul bagi pihak kami,” ujar Ketua Bahagian Sukan Astro, CK Lee.

CK Lee. Pix kredit Pressreader.com
Menurut beliau, pelanggan aktif Pek Sukan sehingga 31 Mei akan menerima potongan harga dalam 2 bil berikutnya pada bulan Jun dan Julai.

Keputusan itu merupakan antara langkah-langkah proaktif yang diambil syarikat televisyen berbayar itu bagi membantu meringankan beban pelanggannya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), termasuk penyediaan saluran dan kandungan tambahan secara percuma.

Kini, dengan PKP Bersyarat, pelanggan Pek Sukan boleh terus menyaksikan semua saluran secara percuma sementara pelanggan lain boleh menikmati saluran Berita, Pembelajaran, Filem Asia dan ‘Stay Home Concert’ secara percuma.

Baru-baru ini, Astro telah pun menyiarkan secara langsung acara sukan Bundesliga, K-League dan UFC.

“Kami gembira melihat siaran langsung acara sukan membuat kemunculan semula. Selain memilih momen-momen terbaik dan kandungan sukan lain, Astro akan menyiarkan lebih banyak acara dan liga sukan secara langsung apabila mereka disambung semula. 

“Kami kini dalam perbualan proaktif bersama pemegang hak tentang kemunculan semula siaran langsung acara sukan,” ujar Lee.

Untuk maklumat lanjut, layari www.astro.com.my manakala bagi jadual siaran acara sukan secara langsung, ikuti laman media sosial Astro dan Stadium Astro.

Ingat ya tawaran ini hanya diberikan kepada pelanggan Astro kediaman sahaja tau! 

Cukup bulan Jun dan Julai nanti pastikan anda periksa bil Astro anda bagi memastikan pemotongan itu telah dilaksanakan.

Gambar hiasan. Pix stadiumastro.com

#Astro #Sukan. #Bundesliga. #K-Leaque #UFC #COVID-19. #StadiumAstro

9 ulasan:

el berkata...

dah lama cut astro..tp mmg seronok sesiapa yang sport lover tu boleh tengok dah sport dgn senyum lebar..

Farhana Jafri berkata...

bestnya sports lover dah boleh langgan pek ni dan tengok league kegemaran diorang. Mesti kedai mamak dah excited dengan news ni

Fanahalim berkata...

Bagus tu. Untung untuk siapa yang minat rancangan sports ni. Dapat potongan rm20 lagi tu.

Fadima Mooneira berkata...

Wow!!!!!!! Berita baik utk peminat sukan especially bola. Thank you for sharing this information. Saya pun dah lama x follow bola. Zaman uni dulu gila btul dgn bola. Hahaha.

Coretan Masa berkata...

Kak fas sport lover rupanya.. Kita tak tahu pulak.. Hehe

Sis Lin berkata...

Lama sungguh tak bukak channel sukan sejak kalau segala Piala takde berlangsung...bukak kalau ada game badminton atau bola aje hehehe liga English pun tak tengok gak hahaha

Lia Hasty berkata...

Wah bestnya siapa peminat sukan tu. Siapa Yang purchase sport channel kat astro memang beruntunf lah kan.

Aerill Hassan berkata...

okay dah lama tak tengok astro. hehe. selalu layan youtube je. dkt rumah parent je ada astro :)

Marsya berkata...

Izin promo ya Admin^^

Bosan gak tau mau ngapain, ayo buruan gabung dengan kami
minimal deposit dan withdraw nya hanya 15 ribu rupiah ya :D
Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa
- Telkomsel
- XL axiata
- OVO
- DANA
segera DAFTAR di WWW.AJOKARTU.COMPANY ....:)