Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

TRANSFORMASI WAJAH VIDEO CABARAN 'LATHI', ANAS ZAHRIN JADI PERHATIAN DI INDONESIA


KUALA LUMPUR:  Tidak mahu memberi komen atau maklum balas terhadap beberapa artis atau agamawan yang memberi pelbagai reaksi terhadap dirinya yang menyahut cabaran Lathi atau “Lathi Challenge”, pengasas produk kosmetik terkenal ANAS Cosmetics, Anas Zahrin bagaimanapun berbangga usahanya menampilkan proses transformasi solekan khas dipuji ramai.

Bahkan penyanyi asal lagu Lathi  dari Indonesia yang menggelarkan diri mereka sebagai Weird Genius secara kolaborasi bersama penyanyi cantik molek Sara Fajira, juga penulis lirik yang dikenali sebagai “@ybrap” serta jurusolek muda popular “@jharnabhagwani” yang mempunyai jutaan pengikut Indonesia dan Malaysia di laman instagram juga memberikan komen sangat membina buat anak muda dari Malaysia ini

Malah penyanyi, komposer, warganet dari seberang termasuk Instafamous terkenal, Mimi Peri juga melayangkan ucapan pujian kepadanya. Ini menjadi salah satu platform terbaik buat anak muda ini untuk membuka mata semua bahawa, hasil seni sebegini juga boleh di terima sehingga ke negara seberang


Tak ketinggalan selebriti tempatan seperti Datin Diana Danielle, Zulin Aziz, Bella Astillah, Uyaina Arshad, Nadiyah Shahab serta ramai lagi juga memuji usahanya itu.



Video  transformasi wajah lelaki biasa kepada putera jawa seterusnya  menjadi sosok seram yang dimuat naik itu juga ditonton hampir 600,000  orang selain lebih 7 ribu komen diterima dan mendapat reaksi lebih 20 juta di laman Twitter & Instagram, membuatkan video yang di muat naik Anas antara yang terbaik di Malaysia dan Indonesia setakat ini

“Setiap orang ada pandangan, reaksi dan terjemahan masing masing dalam hal ini. Ia sangat subjektif. Ada yang menerima dan sebaliknya.

“Saya menerima semua komen dengan hati terbuka dan lapang dada. Mengejutkan ramai yang memuji usaha saya menampilkan transisi solekan yang rata rata melihatnya cukup sempurna dan kreatif.

“Lebih utama saya mahu orang ramai menghargai sentuhan dan bakat jurusolek tidak mengira samada komersial (beauty makeup) atau kesan khas (sfx makeup),” katanya.


Anas berkata dia melihat terjemahan video cabaran berkenaan kepada realiti kehidupan yang mana video yang di terjemahkan ada maksud tersendiri. 

“Manusia tidak pernah sempurna. Pasti akan ada satu perasaan, rasa nakal, jahat, rasa negatif dalam diri kita yang kita cuba dan sedang lawan supaya tidak menguasai diri kita. Syaitan itu benar wujud dan sedaya upaya nak buat kita fikir benda bukan bukan, hasut buat benda tak baik serta nak hancurkan hidup kita semua umat manusia.

“Jadi  sosok Putera Jawa menunjukkan sisi baik atau positif dalam diri kita kita manakala Makhluk Jahat atau dianggap hantu pula melambangkan sisi negatif. Kedua  sisi ini cuba berjuang serta lawan antara satu sama lain. InsyaAllah, jika sisi baik dalam diri kita kuat, cekal juga tabah dan dengan izin kuasa Allah, pasti berjaya lawan semua perasaan negatif dan jahat

“Kesimpulannya yang saya sendiri buat ialah kita manusia biasa ada sisi baik (positif) dan sisi satu lagi (negatif). Dua sisi itu berperang sesama sendiri. Semoga kita semua menjadi insan positif dan lakukan kebaikan serta beri manfaat kepada orang lain. Terus positif,” katanya.

Anas memberitahu dia mengambil masa tiga hari melunaskan cabaran solekan berkenaan.

“Proses menyolek ini memakan masa apatah lagi ia membabitkan kesan visual khas. Bayangkan proses suntingan pun memakan masa satu hari.

“Semua ini takkan dapat direalisasikan dengan khidmat jurusolek profesional artis serta jurusolek profesional kesan khas. Merekalah yang menghidupkan semua ini. Fungsi dan peranan mereka amat penting serta wajar dikedepankan

“Malah menerusi cabaran ini juga ramai teman jurusolek bergabung melakukan video transformasi solekan, bila lagi kita nak lihat jurusolek dan jurusolek kesan khas bergabung, lihat dari sudut yang positif,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Anas memberitahu yang jenama ANAS Cosmetics akan mengeluarkan koleksi Edisi Klasik bertemakan batik yang di reka sendiri oleh pereka profesional dengan harga mampu milik hujung bulan ini yang mana pilihan warna mengikut kesesuaian warna kulit wanita asia, juga menampilkan selebriti terkenal Datin Diana Danielle sebagai wajah koleksi ini.

“Serlahkan Warna Sebenar Anda (Show Your True Colours) menjadi tagline khas untuk semua,” katanya lagi.

#AnasZahrin #DianaDanielle #LathiChallenge #ANASCosmetics

17 ulasan:

Hasif Hamsyari berkata...

Kagum juga bila tengok ramai buat challenge make up ni sebab iyalah, nak dapatkan make up yang perfect macam tu bukannya susah. perlukan kesabaran dan kreativiti yang tinggi! Btw lagu Lathi ni addictive betul!

SalinaJohari berkata...

Menjadi betul make up ...real look. Sal teruja tengok siap belek lagi ..hahaha. Unik sangat dan bukan senang woo nak dapat kesan gitu

Marina Bashah berkata...

Cantik betul make up dia. Marina yang pompuan ni pon tak pandai make up. Hihi

Fanahalim berkata...

Malaysia dengan trend tak dapat dipisahkan. Macam-macam pesen lah kan.

Ikashoid berkata...

Oh ya dah tgk dah anas punya video. not bad hee

Coretan Masa berkata...

Skrg ni byk y buat challenge ni.. Boleh dikatakan tgh trending la skrg. Apa pun sy berharap kita semua dapat mengekalkan untuk berada di dalam posisi yang positif

Hanny Abdullh berkata...

Very kreatif, tapi dalam masa yang sama seram pulak tengok..hehehe. Macam2 cara kan utk naikkan produk

Cik Puan Ena berkata...

Kalu nampak je video lathi challenge takut nak klik. Hehe nanti terkejut tengok. Menjadi trending skrg ntk yg mahir tnjuk skill makeup.

Kayathre berkata...

Very good makeup skills. Really impressive job. Very talented people.

Sis Lin berkata...

Woww makeup diaa, bersih dan nampak dramatik sungguh...ni kalau perempuan yang makeup gitu, mesti lawa juga ni...

AyuArjuna BiGoshh berkata...

Cabaran ni mmg perlukan skill.mekap yg tinggi. Say.mmg suka dengan lagi dia. Mmg best

Airah Syahirah berkata...

Tengok video dia haritu dekat twitter itupun tengoj laju2 sebab kita takut hahahaha

Wan Syahida Kahar berkata...

Ooh ini lah Lathi Challenge yang tengah trending ni rupanya.. saya baru tahu.. nampak hebat lah make up dia. Sangat professional... Berapa lama lah nak siap tu..

Zaza Azman berkata...

Hebat makeup2 dorang buatkan tapi tu la elok kita jgn terikut sgt benda2 mcmni but yerpulang lah pada diri masing2.. Janji bahagia

Mohd Zarin berkata...

Memang cantik dan nampak real sungguh makeupnya tu... nampak menyakinkan dan gambarnya pun sangat profesional

Tini Alif berkata...

Basically, bila ramai yang memperkatakan perkara yang negatif berkenaan Lathi, nampak sangat masyarakat kita ni taunya asyik nak menghentam je... padahal Lathi ni berasal dari tanah Jawa dan merupakan suatu seni... basically, anak saya dan saya (dahulu) terlibat sebagai penari tradisional dan ya, memang sungguh klasik, sangat halus dan penuh dengan makna apabila mendendangkan juga menarikan muzik (lagu) berunsur sebegini... yang penting adalah kita tetap maintain dengan kepercayaan dan tidak melakukan perkara yang menyekutuiNya...

Marsya berkata...

mari gabung bersama kami di Aj0QQ*c0M
BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
BONUS REFERAL 20% seumur hidup.