Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DI MANA BERBUKA PUASA?

1. "Selera Warisan Citarasa  Ramadhan" - di Restoren Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur.
Harga: Bufet Ramadhan RM72++  seorang dewasa - RM42++ seorang kanak-kanak berusia 3-11 tahun.
Diskaun 10% kepada pengunjung yang tempah di minggu pertama Ramadhan.
Lebih kurang 100 lauk pauk termasuk kuih muih dan manisan disediakan sambil halwa telinga dihiburkan dengan gesekan alunan biola secara solo, persembahan kebudayaan  oleh Kumpulan  Chenggong Production, bermula jam 8.30 malam. Semua hidangan dihiasi berpandukan elemen desa seperti di dalam nyiru kelapa, periuk tanah dan lesung supaya pengunjung dapat merasai hidangan seolah berada di kampung halaman masing-masing.
Sebaik melangkah masuk, pengunjung dibekalkan dengan bubur lambuk dan pada hari tertentu mereka juga berpeluang mendapat bekalan dodol secara percuma. Kemudahan surau membolehkan pengunjung menunaikan solat sehingga 30 jemaah  sekali gus.
Seri Melayu turut menyediakan  perkhidmatan katering sepanjang Ramadhan dengan minima tempahan 100 orang ke atas. Manakala  kemudahan dewan juga disediakan dengan harga serendah RM50++ seorang.

2. Dewan Besar Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang turut menerima tempahan berbuka puasa dan majlis rumah terbuka AIdilfitri dengan minima 100 orang dan ke atas. Harga bufet dan set Ramadhan bermula dari RM50 seorang.

3. Restoran Berputar Seri Angkasa di Menara Alor Setar - Bertemakan  "Sajian Ramadhan Jelajah 1 Malaysia" menghidangkan lebih dari 100 jenis menu berbuka puasa berasaskan lauk pauk kampung.
Harga RM43++ seorang dewasa dan RM25++ seorang kanak-kanak berumur 4-12 tahun. Tempahan katering luar juga dibuka untuk berbuka puasa atau rumah terbuka Aidilfitri.
Sebarang pertanyaan hubungi En Ameir Aladin Endin di talian 03-21451833 samb 103.

Tiada ulasan: