Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

HAPPENINGS - MENARA KL

PESTA NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Menara Kuala Lumpur dengan sokongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang mengadakan Pesta Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur @ Menara Kuala Lumpur di Perkarangan Kampung Budaya 1Malaysia, Menara Kuala Lumpur mulai 1 Julai 2011 hingga 17 Julai 2011.
Ianya akan dibuka secara PERCUMA kepada pengunjung mulai jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam.
Pesta Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini diadakan bagi memperkenalkan kebudayaan, kesenian, permainan tradisonal, makanan dan pameran sejarah Kuala Lumpur.
Diantara gerai-gerai yang mengambil bahagian bersempena dengan Pesta Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur @ Menara Kuala Lumpur ialah Restoran Seri Melayu, Felda D’Saji, Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru, Snoopy House dan jualan pakaian dari Yan’s Creation.

SEMENTARA itu, sempena KL Fest 2011 dan bertepatan dengan tema Bandaraya Taman Bercahaya, langit malam bandaraya Kuala Lumpur bertambah ceria apabila Menara Kuala Lumpur dilimpahi dan diterangi oleh pencahayaan tiga warna iaitu Biru, Ungu dan Jingga setiap malam sepanjang bulan Julai ini.
Pencahayaan  akan bermula dari jam 8.00 malam sehingga 12.00 tengah malam untuk hari Isnin hingga Jumaat manakala untuk hari Sabtu dan Ahad, pencahayaan dilanjutkan sehingga jam 1.00 pagi.
Ianya akan bertukar setiap 15 minit dan akan turut diselangi dengan persembahan cahaya cerah selama 15 minit setiap jam yang pasti menerangi suasana malam bandaraya Kuala Lumpur.

FAKTA: Bersesuaian dengan namanya sebagai "Jewel In The Sky", Menara Kuala Lumpur merupakan menara pertama di dunia yang dipasang dengan penetapan cahaya dan teknologi bunyi sebegini. Terletak di puncak Bukit Nanas ia juga merupakan menara telekomunikasi keenam tertinggi di dunia dan tertinggi di Asia Tenggara. Menara Kuala Lumpur telah dianugerahkan ‘Kuala Lumpur Mayor's Tourism Awards 2011 - Award for Outstanding Achievement in Tourist Attraction” oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang mengiktiraf tempat tarikan pelancong di Kuala Lumpur dimana ia telah mencapai tahap tertinggi kecemerlangan dalam menyediakan pengalaman pelancongan yang unik dan menarik serta sumbangannya dalam meningkatkan imej Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan