Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KALENDAR RAMADAN

  


25 Julai -  31 Ogos : BAZAAR AIDILFITRI  di Shah Alam Convention Centre (SACC)M, dari jam
11 pagi hingga 1 pagi (hari biasa) dan 11 pagi hingga 3 pagi (hujung minggu).
Pengunjung boleh membeli-belah pelbagai barang bermutu daripada 45 gerai yang disediakan. Berkonsep 'one stop centre', SACC turut menyediakan bufet berbuka puasa dengan  lebih 100 jenis hidangan lauk pauk termasuk yang istemewa seperti "Kambing Kebuli".
Sambil membeli-belah atau pun berhajat berbuka puasa, pengunjung diberikan kemudahan membayar zakat di kaunter pungutan zakat yang disediakan serta ruang solat  Maghrib mahu pun Terawih.
SACC turut memperkenalkan pakej CSR Jalinan Kasih serendah RM150 ++ bagi pihak korporat yang bercadang mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim. Istemewanya segala persiapan dari penyediaan dewan, menu makanan mahu pun  pengangkutan disediakan untuk menjemput anak-anak yatim dari rumah Anak Yatim sekitar Lembah Kelang.
Bagi memeriahkan suasana Ramadan, persembahan nyanyian nasyid daripada kumpulan In Team dan UNIC diundang manakala anak-anak yatim turut berpeluang bergambar dan bertemu Upin dan Ipin.
Antara artis yang telah menempah gerai jualan termasuk penyanyi Zainal Abidin dan Deja Moss.
Majlis pelancaran Bazaar Aidilfitri telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SACC, Dato Zulkifli Mohammed baru-baru ini.


1 - 31 Ogos : ARAB RAMADAN FESTIVAL 2011 - Berlangsung di I-City Shah Alam,
Sebanyak 80 gerai jualan barangan Arab dari Timur Tengah seperti Syria, Lebanon dan
lainnya akan didirikan dalam kawasan perkampungan warisan bagi menampung kira-kira                   600,000 pengunjung dalam tempoh sebulan.  
Sambil membeli-belah untuk keperluan Hari Raya, pengunjung boleh menikmati pelbagai hidangan berbuka puasa sambil melakukan  solat terawih dalam sebuah khemah yang mampu menampung sejumlah 500 jemaah sekali gus, di bawah pimpinan Imam yang diterbangkan khas dari Saudi Arabia, Iraq dan Nigeria. Selain itu suasana Ramadan diserikan dengan persembahan kebudayaan Arab, nasyid mahu pun bacaan Al-Quran dan upacara Khatam Al-Quran setiap hujung minggu.
Anjuran Media Hub Connection dengan tema "The Blessings of Ramadan... 1 Malaysia",  festival dibuka dari jam 5 petang hingga 1 pagi setiap Isnin hingga Selasa dan 5 petang  hingga 3 pagi setiap hujung minggu. Pelajar dari sekolah mahupun institusi pengajian tinggi dialu-alukan untuk menyertai program Khatam Al-Quran mahu pun membaca Al-Quran sahaja dengan menghubungi pihak urusetia di talian 03-42532978. Malah bagi para peniaga yang ingin berniaga masih boleh menempah gerai berukuran 10 x 10 dengan harga RM5.000.
 Pihak penganjur tidak ketinggalan meraikan anak-anak yatim dengan menyediakan1,000  pek makanan termasuk 100 kg kurma buat hidangan berbuka puasa sepanjang festival. 
Tarikan: * Pengunjung berpeluang menunggang unta di mana dua ekor unta disediakan.
                * Pameran Al-Quran terbesar di dunia berukuran 11'x 8' hasil Ustaz Hazimin.
Majlis pelancaran akan berlangsung pada 2 Ogos di kawasan I Walk, I-City, Festival mendapat kerjasama dan sokongan Kementerian Pelancongan Malaysia dan JAIS.
   



                                     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan