Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

30 LAGU BERENTAP KE FINAL AJL - 29 JAN 2012

Kesemua 30 lagu yang layak bertanding di peringkat separuh akhir Muzik Muzik hebat-hebat belaka. Sukar sebenarnya untuk memilih 12 yang terbaik untuk ke peringkat akhir Anugerah Juala Lagu yang bakal dilangsungkan pada 29 Januari tahun hadapan.

Bakal dipertandingkan dalam tiga bahagian bermula  18 November (11 lagu); 25 November (11 lagu) dan 2 Disember (8 lagu) yang akan disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, setiap Jumaat bermula jam 9 malam, keputusan 12 lagu yang terbaik akan diumumkan oleh juri profesional yang dilantik pada minggu ketiga.

Lebih menarik, pada pusingan separuh akhir Muzik Muzik 25, para penonton dihiburkan dengan persembahan artis jemputan setiap minggu seperti Hazama yang akan membawa medley lagu "Kata/Sonata Musim Salju; kumpulan Ilusi dengan medley irama klasik serta Aris Ariwatan yang akan tampil dengan medley lagu popularnya seperti 'Lamunan Terhenti/Cinta Tak Kenal Siapa".

Masih mengekalkan gandingan popular, Cheryl Samad dan Faizal Ismail sebagai pengacara, Muzik -Muzik 25 bakal menyaksikan wajah baru dan lama mewarnai pentas bagi merebut kejuaraan yang diidam-idamkan semua.

Majlis mencabut undi bagi menentukan kedudukan peserta telah pun diadakan di Bentley Music baru baru ini di mana nama-nama popular seperti Yuna, Aizat, Hujan, Faizal Tahir, Sixth Sense dan Mizz Nina bakal berentap dengan wajah-wajah baru seperti Najwa Latif, kumpulan Drama, Project Pistol atau pun yang lahir daripada program realiti antaranya Shahir, Akim, Nubhan atau pun Salma.

Siapa yang bakal ke peringkat akhir,,, tunggu dan lihat jawapannya pada minggu ketiga ... tahniah kepada mereka yang berjaya....

Kak Fas: Suka semua lagu... cuma terkilan jika Anuar Zain memang benar tidak mahu menyanyikan lagunya, "Sedetik Lebih " yang turut mendapat pencalonan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan