Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JEJALAH FFM24 KE JOHOR BAHRU: 28-29 OKTOBER 2011

Seramai 52 artis popular tanah air yang tercalon dalam Festival Filem Malaysia ke 24 dijangka memeriahkan Jelajah FFM24 yang dijadualkan berlangsung di Johor Bahru  pada 28 Oktober ini.
Para peminat hiburan di Johor Bahru pastinya akan teruja dengan kehadiran barisan artis yang tercalon antaranya sepeeti Aaron Aziz, Addy Putra, Shaheizy Sam, Lyana Jasmay, Lyana Samsudin malah ramai lagi.

Majlis pelancaran Jelajah FFM24 akan berlangsung di perkarangan Plaza Angsana di mana berlangsungnya juga karnival yang turut dimeriahkan dengan kehadiran artis artis terlibat bagi bertemu peminat dan berpeluang menandatangani autograf.  Sebelum itu beberapa artis akan menjayakan permainan golf amal antaraya seperti Dato Rahim Razali dan  Betty Benafe.

Menurut Pengerusi  Jawatankuasa Promosi FFM24,  En Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali dengan panggilan Mat London,  rombongan artis bersama media dijangka bertolak bersama dua bas pada 28hb dan kembali ke Kuala Lumpur keesokan harinya (29hb Oktober 2011),

Ini merupakan jelajah FFM24 kali terakhir di mana sebelumnya GAFIM selaku penganjur telah berkunjung ke Pulau Pinang dan Ipoh, Perak.

Dalam usaha untuk melancarkan program, GAFIM berharap pihak media yang telah diundang memberikan kerjasama untuk  mengesahkan kehadiran secepat mungkin untuk pengurusan hotel dan sebagainya.


Kemuncak FFM24 akan berlangsung pada 19 November 2011 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). FFM24 tahun ini mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila buat pertama kalinya mendapat pencalonan terbanyak iaitu 41 filem cereka yang bertanding bagi merebut Anugerah Gemilang Cipta dan Anugerah Gemilang Perdana yang menyediakan 25 trofi keseluruhnnya.

Siapa yang bakal menggondol hadiah utama  seperti Pengarah Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Filem Terbaik... hanya akan terjawab pada malam Anugerah yang akan disiarkan secara langsung melalui Astro Prima 105  bermula jam 9 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan