Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KEMPEN SIMPLISITY DI HATI - TEMUI DATO SITI NURHALIZA DI KUALA TERENGGANU 3 DISEMBER 2011


Dato Siti Nurhaliza melangkah setapak lagi dalam usahanya menunaikan tanggongjawab sosialnya dengan beramal kepada golongan yang memerlukan. Kali ini Siti memilih untuk memberi bantuan kepada dua kanak-kanak yang menhidap sakit jantung - adik Nur Syahira, 6, dan adik Tan Jia Yong, 3, yang memerlukan RM70,000 bagi rawatan perubatan di IJN, Untuk itu satu kempen dinamakan KEMPEN SIMPLYSITI DI HATI akan dimulakan dari 1 Disember 2011 hingga 15 Januari 2011 dengan kerjasama Watson di mana pembeli produk Simplysiti dengan jumlah rm100 berpeluang turut membantu usaha murni tersebut kerana RM5 dari pembelian disalurkan ke tabung Yayasan Institut Jantung Negara.
Dengan pembelian tersebut, pengguna juga berpeluang memenangi hadiah melancong ke destinasi menarik dengan Air Asia X.  Syarikat penerbangan tambang murah ini menyediakan 20 tiket  penerbangan untuk dimenangi di samping baucer penginapan di Putrajaya Marriot Hotel & Spa. Mereka hanya perlu mengisi borang di samping mengisi slogan "Simplysiti Di Hatiku kerana....." dan memasukkan borang penyertaan di dalam kotak Kempen Simplysiti Di Hati di setiap kaunter di Watson seluruh negara.
Bagi memeriahkan lagi kempen, peminat diva nombor satu negara itu juga berpeluang bertemu dan bermesra dengan Siti di mana mereka juga boleh meminta segala tips kecantikan daripada beliau. Siti telah memilih tiga lokasi utama bermula di Kuala Terengganu pada 3 Disember 2011; di Kangar, Perlis 10 Disember dan terakhir di Semua House pada 30 Disember 2011.
Selesai majlis sidang akhbar yang berlangsung di hotel Marriot Putrajaya semalam (21 November), Siti khabornya menginap di situ bagi persediaan untuk penerbangan ke Seoul, Korea hari ini (22 Nov) selama tiga malam. Tujuannya membawa beberapa pihak media melawat kilang Simplysity di negara itu dan tentu sekali dengan objektif melawat kilang produk SimplySity bagi membuktikan ia halal dan bersih. Selepas ini khabornya Siti akan membawa pula peminat dan pengguna bertuah ke Korea dalam siri lawatan keduanya, Barangkali elok juga Siti membawa wartawan daripada beberapa majalah dan tidak tertumpu pada media perdana sahaja khususnya akhbar. Apa komen Siti?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan