Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

RASA HALAL LAOS & THAILAND DI ASTRO OASIS 6 DISEMBER 2011

Mungkin kah anda sudah bercadang membawa keluarga bercuti ke Laos mahu pun Thailand bulan ini?
Jika itu destinasi yang ditujui sebaiknya menonton program kembara masakan, "Rasa Halal Laos & Thailand" bermula di Astro Oasis (106) pada 6 Disember ini, jam 7.30 malam setiap Selasa.

Memasuki musim ke 6 dengan mengekalkan hosnya, Farah Diana Anuar, program terbitan produksi E-Style Sdn Bhd yang bakal bersiaran selama 13 episod ini khabornya antara program yang mendapat rating terbaik daripada penonton saluran Astro Oasis.

Mengakui demikian, Penguus Saluran Astro Oasis, Hj Izelan Basar berkata, sambutan yang diberikan terhadap program Rasa Halal Orient ini menyakinkan pihaknya untuk menyambungkannya bagi musim ke 6.

"Melalui musim terbaru ini, kami menggabungkan dua destinasi sekali gus di mana lima episod dikhaskan untuk Laos dan selebihnya di Thailand," tambah Izelan pada majlis sidang media yang dilangsungkan di Restoran Thai-Thai, Sunway Piramid hari ini.

Program kali ini turut mendapat sokongan dan kerjasama dari Honey Vacation.Sdn Bhd yang dipimpin En. Abu Hassan dan diarahkan Erland Kok. Seperti kebiasaannya, selain membawa penonton menikmati beberapa tempat menarik, Farah turut memperkenalkan makanan halal yang boleh diperoleh di Laos dan Thailand.

"Pengalaman yang saya peroleh di kedua dua destinasi cukup menarik apatah lagi berpeluang bermain dengan dolphin atau pun menyaksi dengan sendiri bagaimana seekor gajah bernama Tongsan boleh menulis perkataan 'Rasa Halal Thailand"," cerita Farah yang kelihatan berseri dan wajahnya sudah bersih daripada masalah jerawat yang satu ketika dahulu menganggu penampilannya.

Khabornya, Farah mendapat rawatan daripada seorang doktor di Kulim di mana  ubat pil dan vitamin E yang diberikan agak serasi dengan kulitnya sehingga dalam masa seminggu sudah nampak kesan wajahnya semakin pulih daripada masalah jerawat.

Kata Farah kepada Kak Fas, sudah banyak doktor yang beliau rujuk di Kuala Lumpur namun tiada yang serasi dengan kulitnya sehinggalah dipertemukan dengan doktor di Kulim oleh adiknya.
Walaupun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan  ratusan ringgit namun Farah melahirkan rasa puas hati  masalah jerawat sudah tidak lagi menganggunya.

Pun begitu, kata Farah, dia tetap  mendapat nasihat dan rawatan susulan supaya kulit wajahnya sentiasa bersih.

"Sehingga kini saya masih makan ubat yang diberikan doktor termasuk vtamin E," ujar Farah.

Bila Kak Fas  menasihatinya agar tidak mengamalkan ubat apatah lagi jika bercadang menimang cahaya mata, Farah nampak positif dengan cadangan tersebut sambil berkata, "ya betul tu, jadi Farah rasa elok Farah ambil vitamin E sahaja kan, Terima kasih kak  atas nasihat yang baik," sambung Farah.

Sama-sama kasih Farah....

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan