Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ONE NIGHT ONLY & TOMOK BERGABUNG SEMANGAT

George (tengah) vokalis One Night Only bersama anggota lain.
Sudah lama sebenarnya Kak Fas tidak turun padang menyaksikan konsert kerana rasa lebih selesa menonton di rumah sahaja apa tah lagi jika mahu meredah kesesakan lalu lintas dan orang ramai yang berpusu-pusu. Pun begitu, entah kenapa tergerak pula hati untuk menutup tirai tahun 2011 dengan menonton Konsert Semangat Inspirasi yang diadakan di Arena Tertutup Bukit Kiara Equestrian anjuran TV3 dan penajanya, Coca-Cola baru baru ini.
One NIght Only bersama Tomok
Barangkali juga kerana kehadiran kumpulan daripada UK, One Night Only yang bergandingan bersama Tomok menimbulkan rasa keinginan untuk Kak Fas tampil ke lokasi yang pertama kali juga Kak Fas kunjungi. Maklumlah, apa sahaja yang berasal dari UK mempunai pautan rapat dengan hati Kak Fas waima sudah menganggap negara British itu sebagai 'kampung' kedua..apatah lagi Kak Fas pernah lima tahun tinggal di sana ketika persekolahan menengah. Jadi sudah tentu ingin tahu perkembangan kumpulan muzik di sana sejak populariti The Beatles mahu pun The Monkeys.Nak juga tahu siapa kumpulan One Night Only ini?
Ditubuhkan pada tahun 2003 di Helmsley, North Yorkshire, kumpulan rock indie ini kini dianggotai lima pemuda - George Craig (vokalis/gitar), Mark Hayton (gitar/backup vokal), Daniel Parkin (bass), Jack Sails  (keyboard) dan James Craig (dram).
Sebelum konsert bermula, pertemuan dengan One Night Only hanya dibenarkan 15 minit. Jadi apa sangat yang boleh dibicarakan dalam waktu terhad itu. Selain melahirkan rasa teruja mereka dapat berkunjung dan berkolabrasi dengan Tomok membawa lagu "Buka Semangat" atau dalam bahasa Inggeris nyanyian mereka berjudul "Can You Feel It Tonight", vokalisnya, George memberitahu akan melahirkan album terbaru mereka tahun hadapan selepas memiliki dua album sebelum ini - "Started A Fire" dan "One Night Only",


Apa pun yang nyata persembahan mereka walau pun cuma dua lagu, di dahului dengan lagu mereka "Say You Don't Want It',  mampu menghiburkan kira-kira 2,000 penonton yang hadir. Sesuailah dengan nama kumpulan "One Night Only" - persembahan hanya semalam barangkali sudah cukup untuk memperkenalkan diri mereka pada peminat di sini. Sama seperti mereka memperoleh nama kumpulan itu apabila diminta membuat persembahan di satu malam gig... kerana masih tiada nama, mereka memilih "One Night Only" gara gara persembahan itu pun untuk satu malam sahaja. Sejak itu nama itu melekat sehingga kini.

Selain mereka dan Tomok, turut memeriahkan konsert terdiri daripada kumpulan Wings, Shila Amzah, Bunkface, Adam & VIP, dan Meet Uncle Hussein. Konsert Semangat Inspirasi yang dianjurkan sempena kempen "Buka Coca-Cola, Buka Semangat' dan disiarkan secara langsung turut diadakan serentak di tiga lokasi berasingan lain  iaitu di Pulau Pinang, Pasir Gudang, Johor dan Kota Kinabalu Sabah.
Dalam pada itu ramai yang menggeleng kepala terhadap nyanyian Shila Amzah yang pada malam itu nyanyiannya agak sumbang kala menyanyikan  lagu popular Alif Satar iaitu "Wanita Seperti Aku".

Kenapa ek??? 

Tiada ulasan: