Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]
Kumpulan Osbon

SELAMAT DATANG 2012

Waktu kini tepat jam 12.01 .... Selamat Datang 2012 Kak Fas ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia dan Dunia di mana jua mereka berada. Tahun ini, Kak Fas mengambil keputusan untuk meraikan 2012 dengan menatap suasana kemeriahan sambutan 2012 di kaca tv sahaja. Berdentum dentam bunyi bunga api memancarkan sinarnya mewarnai langit gelap detik 12 pagi 2012.

Mengakhiri 30 Disember 2011 Kak Fas berada di Stadium Melawati Shah Alam menyaksikan Maharaja Lawak Mega Akhir di mana seperti yang sudah diketahui umum, kumpulan Osbon yang diketuai oleh Mohd Yusof Abdul Hamid (Os)  dan Sharizan Ahmad (Abon)  berjaya menewaskan kumpulan Boboi yang dianggotai Afdlin Shauki serta Harun Salim Bachik.

Kak Fas percaya wang yang dimenangi Os dan Abon  sebanyak RM350,000  nerupakan hadiah bagi membuka lembaran baru pada tahun 2012 bagi kedua mereka, mahu pun  Afdlin dan Harun. Begitu juga dengan pemenang ketiga, kumpulan Saehu dari Indonesia dan Syok yang masing masing memperoleh wang RM150,000 dan RM50,000. Tahniah buat  kesemua mereka.

Namun lebih terharu lagi apabila Kak Fas dengar  kata-kata jujur Os yang memberitahu akan terus membawa teksi walaupun sudah mempunyai wang kemenangan yang lumayan. Menurutnya, sebahagian dariapda wang itu akan digunakan untuk menghias dan memperelokkan wajah teksinya dan selebihnya untuk keperluan harian waima mempunyai ramai anak. Syabas kepada Os yang sentiasa merendah diri dan barangkali itulah  'hadiah' Allah atas kesabarannya selama ini.

Jika persembahan Maharaja Lawak Mega membuat Kak Fas terhibur  lain pula rasanya bila menonton teater "Semerah Padi" di Istana Budaya sehari sebelumnya. Jika di bandingkan dengan "Sri Mersing" daripada  produksi terbitan sama, Kak Fas agak kecewa dengan pementasan "Semerah Padi".


Walau pun Kak Fas diberitahu teater itu kurang menarik, namun hati ingin juga menontonnya untuk menilai sendiri. Dan ternyata, bagaikan benar komen yang Kak Fas dengar. Pada awal persembahan jalan cerita agak lembap dan kurang tarikan malah ada yang keliru apa sebenarnya yang ingin disampaikan lebih lebih lagi dengan kemunculan watak watak Nafsu yang berwajah macam 'mutant'. Walau pun diakui dari sudut kreativiti ia satu kelainan  namun ia mampu mengelirukan penonton yang kurang peka dengan maksudnya apatah lagi jika ditonton oleh bangsa asing. Kemunculan mereka agak menganggu keaslian pada keseluruhan set dan suasana kekampungan Semerah Padi. Pun begitu, pujian pada watak antagonis yang dilakonkan Opie yang nampak  sangat kejamnya apatah lagi menggunakan tapak kaki menyapu  pipi Dara yang tatkala Kak Fas menonton ia dilakonkan oleh Abby Nazeri menggantikan Jue Aziz.
 
Sesungguhnya pementasan Semerah Padi yang menutup tirai Istana Budaya agak kurang ummph bagi mengakhiri tahun 2011 namun kedinginan itu bakal dihangatkan dengan persembahan Konsert Awie dan Ella membuka persembahan kedua tirai IB tanggal 12 -15 Januari ini. Ssbelumnya pada 7 dan 8 Januari pesemabhan ballet akan menyemarakkan pentas terlebih dahulu.

Dalam pada itu Kak Fas tak sabar menantikan pementasan Konsert Kugiran Pop Yeh Yeh 60an yang akan berlangsung  selama tiga hari bermula 20 hingga 22 Januari di IB. Ia bakal menampilkan persembahan otai 60an seperti J. Sham, Dato Jefridin, Dato L. Ramlie, Dato A. Rahman Hassan,  Datin Azizah Muhamad,  A Halim, A Rahman Onn dan ramai lagi.

Malah melihat pada jadual setahun pementasan Istana Budaya yang telah diumumkan baru-baru ini, Kak Fas yakin seni teater akan terus berkembang dan mendapat sambutan serta perhatian khalayak.

Sekali lagi, Selamat Tahun Baru Kak Fas ucapkan... semoga segala kesilapan tahun lalu dimaafkan...nak pinjam kata kata Zizan dan Dira dalam Melody ...'Elakkan kontroversi tingkatkan prestasi."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan