Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MEJAR DAVID TEO KONGSI REZEKI LAGI SEMPENA GONG XI FA CAI

Majlis Kesyukuran MIG meriah dengan tema merah...
Mejar David Teo dan isteri, Jane, pasangan ideal.
Sempena meraikan tahun naga air dalam menyambut tahun baru Cina, MIG di bawah teraju produser prolifik, Mejar Kehormat David Teo sekali lagi berkongsi kejayaan syarikat dengan mengadakan Majlis Kesyukuran Gong Xi Fa Cai di Hotel Sunway baru-baru ini.

Dengan tema rona merah lambang tuah dan rezeki pada tahun naga air, MIG sekali lagi membelanjakan hasil pendapatannya lebih RM100,000 bagi melaksanakan majlis jamuan petang serta hadiah cabutan bertuah di samping memberi 'ang pau' kepada sebahagian artis dan pihak media.

Dalam ucapannya, David mendedahkan MIG tergolong pada tempat kedua dalam senarai kutipan box office di Asia selepas China di mana MIG juga berada di kedudukan pertama mendominasi kutipan filem tempatan.

Menurut David, Malaysia merupakan negara paling berjaya di Asia Tenggara dengan kutipan kasar sebanyak RM108 juta diraih melalui perfileman.

"Daripada itu MIG bangga kerana berjaya menjadi penyumbang utama sebanyak 22.2% atau meraih RM24 juta lantas menduduki tempat kedua kutipan box office negara Asia," tambah David.

Untuk tahun 2012, MIG katanya, akan menerbitkan 29 judul filem dengan matlamat  mampu menghasilkan 100 filem keseluruhannya, menjelang 2013, sejak ditubuhkan. Malah  sepanjang 11 tahun berada di dalam industri MIG ternyata telah banyak menghasilkan bintang ternama antaranya seperti Shaheizy Sam dan Lisa Surihani dan tidak ketingalan melahirkan pengarah muda seperti Farid Kamil, Bob Ismail, Yana Shamsudin dan ramai lagi malah melalui MIG Talent, David mempunyai 75 artis berbakat baru.

Selain berjaya mencapai sasaran melahirkan 10 pengarah muda melalui Skim 10 Pengarah Muda yang diperkenalkan, usaha pembangunan modal insan itu akan diteruskan dengan penambahan 10 lagi pelapis muda di kalangan wajah baru khususnya pelajar bidang perfileman.

Keseluruhannya, MIG sudah menerbitkan 72 judul filem di mana  54 daripadaya telah ditayangkan. Filem-filem yang membuka kalendar Tahun Naga 2012 meliputi Sumpahan Kum Kum (26 Januari); Hantu Dalam Botol Kicap (9 Februari); Adnan Sempit 2 (23 Februari); 7 Petala Cinta (15 Mac); 3 Temujanji (5 April); Nongkrong (10 Mei); X (7 Jun) dan Hanya Aku Cinta Kau Seorang yang bakal ditayangkan pada 14 Jun 2012.

Dalam pada itu, 2012 juga bakal melihat MIG bergerak aktif dalam menghasilkan filem animasi membabitkan sistem CGI (Imej Janaan Komputer) dengan sasaran sebuah filem setahun dengan melahirkan 500 animator terlatih.

Untuk David dan Jane, tahniah atas produktiviti MIG yang memberi nafas segar serta  menyuntik semangat terhadap perkembangan dan kemajuan industti perfileman tempatan dan Selamat Tahun Baru Cina sekali lagi.

Kak Fas: Berkongsi Tahun Naga bersama David Teo dengan harapan 2012 akan membawa rezeki melimpah ruah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan