Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

GERIMIS MENGUNDANG 27 MAC-8 APRIL DI ISTANA BUDAYA

Barisan pelakon "Gerimis Mengundang"
Selepas teater muzikal  "Impak Maksima" mendapat sambutan daripada peminat, produser dan pengarah Ahmad Idham Ahmad Nadzri tampil sekali lagi dengan  karya prekuel kepada filem terbarunya, 'Gerimis Mengundang'  (GM) di Istana Budaya (IB) bermula 27 Mac hingga 8 April ini.

Dengan kos mencapai RM1.2 juta, GM dijangka menperlihatkan satu sejarah pada pementasan IB apabila buat pertama kalinya penonton akan dibawa melihat kedua watak utamanya, Kamad Adli dan Mikha Tambayong menuruni sebuah helikopter ke pentas.
"Untuk segmen ini, ia akan dilakukan melalui teknik khas dengan menampilkan sebuah helikopter di atas pentas, " ujar Ahmad Idham pada majlis doa selamat teater itu bersama media di IB baru-baru ini.

“Saya berpuas hati dengan komitmen kesemua para pelakon dan yakin  teater muzikal terbaru ini akan mendapat sambutan daripada peminat,” katanya. Turut hadir Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk  Mohamed Juhari Shaarani yang dalam ucapannya juga memuji kreativiti dan keupayaan Excellent Pictures membawa satu pembaharuan kepada pentas IB
Istemewanya karya Ahmad Idham kali ini apabila beliau menggabungkan tiga pelakon dari tiga negara berasingan - Malaysia (Kamal Adli), Indonesia (Mikha Tambayong) dan Singapura diwakili pelakon Shenthy Feliziana.
Selain bertujuan membawa teater muzikal itu ke pentas di Singapura dan Indonesia, Ahmad Idham percaya ia satu langkah awal untuk mewujudikan kerjasama kukuh yang telah dijalinkan selama ini.
"Memang ada perancangan untuk membawa teater muzikal ini dipentaskan di Singapura dan Indonesia cuma masa akan menentukannya, Jika mendapat sambutan hangat tentu sekali saya akan pentaskan di kedua negara itu, " tambah Idham.


Sementara itu, kedua Kamal dan Mikha yang ditemui mengakui menghadapi kesukaran untuk berlatih menari apatah lagi perlu dihayun mahu pun diangkat serta dilambung,


"Banyak kali saya terjatuh dan Kamal juga tetapi sekarang setelah beberapa latihan saya sudah boleh melakukannya,' kata gadis manis pelakon drama "Nada Cinta" ini. Kata Mikha, jika disuruh menyanyi dan berlakon ia tiada masalah tetapi bab menari ia sesuatu yang belum pernah dilakuka sebelum ini.

"Saya pula pernah menari dahulu tetapi sudah lama tidak melakukannya namun setelah berlatih, saya sudah dapat langkahnya," ujar pula Kamal yang kelihatan sudah bermisai dan berjambang.
Apakah ini imej barunya?

"Oh tidak, ini sebab saya tiada masa nak menguruskan diri memandangkan saya rasa stress dan penat apatah lagi cuma 20 hari melakukan latihan. Saya sebenarnya rasa takut sebab latihannya dalam masa yang pendek," cerita Kamal yang kelihatan susut di mana berat badannya turun 10 kilogram berbanding 85kg sebelum ini.

Selain menari, Kamal dan Mikha juga dikehendaki bernyanyi dan mereka akan melakukannya secara 'live'. Bagi Mikha yang juga seorang penyanyi sudah tentu nyanyian merupakan 'makanan'nya namun bagi Kamal Adli, beliau mengakui ia bukan penyanyi tetapi akan melakukan yang terbaik.

Teater muzikal Gerimis Mengundang ini berkisar mengenai kisah cinta seorang juruterbang muda, Zamani, yang berhadapan dengan dilema dan kemelut percintaan dua orang gadis yang meminatinya.
Tiket-tiket menyaksikannya kini laris dijual dengan harga RM35, RM55, RM75, RM95, RM125, RM185 dan RM305. Sebarang pertanyaan boleh  menghubungi 03-4026-5558 atau layari www.ticket2u.biz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan