Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NIDJI DUTA JENAMA MISTER POTATO

Penulis bersama kumpulan Nidji
Baru-baru ini Kak Fas berpeluang bertemu dengan kumpulan yang popular dengan lagu kegemaran Kak Fas iaitu "Laskar Pelangi," Dan bila bercakap mengenai "Laskar Pelangi" Kak Fas  masih menganggap filem itu yang terbaik pernah Kak Fas tonton selama ini, Ceritanya cukup 'touching' dan menyentuh jiwa. Sampai kapan pun kata orang Indonesia.. Kak Fas akan mengingati filem yang meraih Filem Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik itu.
Kehadiran Nidji ke Kuala Lumpur baru-baru ini merupakan rangka promosi mereka bukan sahaja untuk memenuhi undangan persembahan malah lebih bertuah lagi, mereka dilantik sebagai duta jenama Mister Potato yang merupakan rakan snek global Manchester United, pasukan bola sepak Inggeris yang terkenal itu.
Pengumuman kolabrasi itu dilakukan di sebuah hotel terkemuka di Damansara oleh Timbalan Pengurus Besar, Jualan dan Pemasaran, Mamee Double Decker (M) Berhad, Pierre Pang Hee T.
Kak Fas ingin mengucapkan tahniah kepada Nidji yang dalam menyambut ulang tahun mereka yang ke 10 dalam industri muzik, sudah berjaya melebarkan sayap mereka secara global.
Pemilihan mereka, menurut Pierre berdasarkan kepada populariti dan pencapaian baik mereka di rantau Asia malah dengan cadangan merakamkan album berjudul "Victory Liberty' di Melbourne, Australia ia menepati harapan Mister Potato untuk menggabungkan muzik dan hiburan pada satu pentas.
Kak Fas percaya pemilihan Nidji sebagai duta jenama Mister Potato sesuatu yang tepat dan pastinya satu peluang keemasan yang diperoleh mereka. 
"Kami merasa bangga dengan kolabrasi ini dan akan memberikan yang terbaik untuk terus berkarya demi sukan dan muzik," ujar vokalis utamanya, Giring yang sudah bertukar imej daripada berambut afro kepada pendek dan kemas.
 
Khabarnya, Misteri Potato akan terus mencari kumpulan atau penyanyi yang sudi berkolabrasi dengan mereka untuk memaju dan memperkembangkan lagi gabungan muzik dan sukan.
Beberapa nama sudah pun disebutkan oleh Pierre antaranya seperti Tomok, Hujan, Bunkface mahu pun sesiapa sahaja yang terbuka untuk menjalinkan kerjasama.
"Kami terbuka untuk menerima cadangan atau kerjasama daripada mana mana penyanyi atau kumpulan  dari Malaysia kerana kami mempunyai banyak lagi program  membabitkan sukan dan muzik," jelas Pierre.
Agaknya adakah penyanyi atau kumpulan kita yang sanggup tampil jika tidak dijemput oleh Mister Potato sendiri? Mungkin Hujan, Bunkface dan sesiapa sahaja yang mahu kolabrasi bolehlah berjumpa dengan pihak penganjurnya ,Mamee Double Decker (M) Berhad.
Jangan malu-malu untuk bertanya kata orang... kelak terlepas peluang kerana Mister Potato khabarnya akan berkolabrasi dengan beberapa lagi pasukan bola sepak ternama di dunia.
Kak Fas: Suka makan chips Mister Potato...


Tiada ulasan: