Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

UJI BAKAT PENCARIAN PENGACARA ASTRO BERMULA

AZNIL & SUHAIMI..juri tetap
Mungkinkah azam baru anda untuk tahun 2012 ini mahu menjadi pengacara versatile dan popular seperti Hj Aznil Nawawi  aka Pak Nil yang telah memenangi beberapa anugerah seperti antaranya Anugerah  Bual Bicara Terbaik di Anugerah Televisyen Asia yang berlangsung di Singapura pada tahun 2005?
Jika itu lah impian dan azam anda, barangkali program terbaru Astro yang dinamakan "On Air" boleh menjadikan impian anda satu realiti.
"On Air" merupakan program realiti terbaru khas dirancangkan untuk mencungkil bakat baru dalam bidang pengacaraan yang bakal dikelolakan oleh dua ikon pengacara popular iaitu Aznil dan Suhaimi Sulaiman.
Mengumumkan pemmilihan Aznil dan Suhaimi dalam satu sidang media yang berlangsung di Bangsar hari ini, "On Air" membuka peluang kepada mereka yang berbakat untuk menyerlahkan potensi dalam bidang pengacaraan yang bukan hanya terhad kepada televisyen tetapi kepada seluruh entiti industri penyiaran tempatan termasuk radio.
Aznil yang bertindak selaku ketua juri dibantu Suhaimi bertanggung jawab untuk melatih dan membimbing para peserta menjadi seorang pengacara yang versatil.

Selain juri tetap, "On Air" buat julung kalinya juga akan membawa  beberapa pengacara berpengalaman untuk bersama-sama menjadi juri jemputan sewaktu proses uji bakat. Antara nama yang disebut-sebut terdiri daripada Datin Seri Normala Samsudin,  Dang Suria mahu pun Sarimah Ibrahim.

Menurut Aznil, para peserta yang berjaya dipilih kelak perlu menjalani kursus melalui silabus yang telah ditentukan untuk memantapkan lagi pengetahuan dan ilmu mereka  daripada pelbagai genre pengacaraan.

"Mereka akan diberi tunjuk ajar, pendedahan serta tugasan tertentu selama 10 minggu yang berlandaskan format televisyen iaitu Berita, Majalah dan Hiburan," tambah Pengacara TV Popular ABP sejak 2003 sehingga kini itu lagi.

Juara  bakal memenangi  kontrak sebagai Artis Residen Astro selama tiga tahun dan pelbagai hadiah sampingan lain yang kelak akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Empat buah negeri telah dikenal pasti sebagai lokasi uji bakat seperti berikut:

1. Pulau Pinang - Red Box Karaoke, Gurney Plaza  - 14 dan 15 Januari 2012
2. Johor Bahru  - The Puteri Pacific, Johor Bahru    - 21 dan 22 Januari 2012
3. Sarawak   - Merdeka Palace, Kuching   - 28 dan 29 Januari 2012
4. Kuala Lumpur -Pusat Penyiaran Asia (Astro) Bkt Jalil - 4 & 5 Februari 2012

Kaunter pendaftaran bagi setiap sesi uji bakat dibuka dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari di mana para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakan.

Syarat penyertaaan: Lelaki atau Perempuan bujang atau berkahwin, warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 30 tahun. Boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.

"Selain mempunyai personaliti yang menarik, mereka haruslah mempunyai pengetahuan am yang luas malah mampu menangani sebarang tugasan secara spontan. Kerana itu mereka haruslah bijak dan rajin membaca untuk menjadi seorang pengacara yang universal pengetahuannya," ulas Suhaimi Sulaiman yang berpengalaman di bidang pengacaraan seawal tahun 1990.

Pengacara 'Agenda Awani' dan "Focus Economy'  itu berharap dengan terbitnya rancangan realiti ini dapat melahirkan pelapis baru dalam bidang pengacaraan bagi mengemudi beberapa program terbitan Astro dalam pelbagai genre.

Para peserta uji bakat dinasihatkan tidak lupa membawa  salinan kad pengenalan, resume dan sekeping gambar berukuran 4R.

"On Air"  bakal bersiaran di saluran rasmi Astro Ria (saluran 104) di mana episod uji bakat  akan ditayangkan pada setiap hari Rabu, jam 9 malam bermula 25 Januari ini untuk mengimbas kembali rakaman semasa sesi ujibakat sehinggalah pemilihan tujuh peserta lelaki dan wanita ditemui.

2 ulasan:

  1. ingat nak pegi tpi klo bahase inggris 2 skadr boley paham je..ley try je ke dlu paknil..?

    BalasPadam
  2. jumpa di pejabat pengurusan astro bukit jalil pada 4hb nanti! saya dtg ujibakat =)

    BalasPadam